Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, June 19, 2008

< Didikan ini didikan kehidupan >

Didikan ini adalah didikan tentang kehidupan, didikan untuk hidup.. Pasti ramai yang belajar taktala melalui proses didikan ini..

Saya mula belajar kembali membawa kereta setelah berehat di matrikulasi juga kerana didikan. Saya di paksa membawa kereta oleh insan bertuah MKB [mesti banyakkan pahala dia paksa saya bawa kereta dulu, sehingga saya jadi hantu driving]. Tub..tub.. "Nah akak bawa kereta". Mengigil tanganku waktu itu, 1st time tuh bawak kereta, nak..nak terus kene bawak unser, dahLa unser baru. Sampai dapat statement "Akak, slowLa sikit, mcm orang mabuk je" ^_^ Tapi ituLah sebuah permulaan kembali membawa kereta. Paksaan dari sebuah didikan.

Saya belajar mengenai rumah dan seisinya juga kerana didikan. Bil air, bil elektrik, sewa rumah, deposit rumah, paip bocor, tukar paip. Kalau di rumah semuanya "Ayah, ...", " Ibu, ...", "Alang, Uda, paip bocor camne ni....". Disini, nak diharap pada siapa kalau bukan kami sendiri. IniLah peluangnya untuk belajar. Mencari sendiri isi-isi first aid kid dan tool box [kewajipan bagi setiap rumah], belajar memilih dan mengetuk paku [siapa kata perempuan tak boleh buat benda-benda ni?? Seperti mana lelaki boleh memasak O_0']. Belajar menjadi interior designer tak bertauliah, belajar memilih rumah.Rumah pilihan ini istimewa, kerana rumah ini bernyawa, kerana rumah ini rumah didikan, rumah ini rumah bersama.

Didikan juga mengajar untuk mengkoreksi potensi diri..Sebuah almari baju [kayu] boleh diangkat dengan hanya menggunakan tenaga 6 wirawati [Mak cik kata " Kuat jugak korang ni?? "..huhu.. apa nak buat O_o']. Lori 3 tan boleh dipenuhi oleh perobat dengan hanya menggunakan tenaga 7 wirawati + ibu tambahan + 2 jejaka tambahan. Wirawan?? ..hehe..

Didikan banyak mengajar sesungguhnya hidup ini sebatian suka dan duka, tawa dan tangis, tegar dan sabar, kuat dan tabah, adunan rata pahit, manis, masin. tawar dan masam. Soalnya hidup ini bukan hanya ada cinta..[pesanan yang ku kirim pada adik-adik lalu]

6 comments:

Anonymous said...

Bagusnya korang...memang berdikari dan cekap la dalam menguruskan lumah..Sepanjang dok di lumah ikhwah dulu, di jalan 3/8, rasanya kitorang tak delah sehebat perancangan korang...korang tiap ada tool box lagi..memang mantop! Patutlah ikhwah di Bangi tidak naik-naik, penggerakya manja! huhuhu

(pencinta hadis)

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

siapa kata..
"[siapa kata perempuan tak boleh buat benda-benda ni?? Seperti mana lelaki boleh memasak O_0']"

[ Nazihah ] said...

to Mujahid:
Saya kata pada diri sendiri..sebab kalau tidak sendiri pasti tak merasa untuk berdikari. Macam orang lelaki kalau asyik di rumah dengan ibu, mana mungkin bijak memasak??

Anonymous said...

kakak, saya suka dididik dan mendidik. mendidik diri supaya dapat mendidik orang lain. tp, ada masa bila saya rasa saya terlebih didikan, saya perlu didikan lagi.
hee~
ketuk paku tahu.
masak tahu.
bawak kete je kalah nga awak.
hu~

[ Nazihah ] said...

didikan takkan mengajar rasa puas..makin orang belajar, makin terasa kurang..haha..awak kalah dengan kita..Baik awk belajar bwk kete cepat..ummah memerlukan awak yang boleh sentiasa mobile..^_^

Anonymous said...

nama uteh,anjang,nor,achik x der ker???...