Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, March 12, 2008

< JadiLah Hackers Selamanya >

Masa tengah dalam kelas security in computing beberapa hari yang lalu..alhamdulillah Dia bagi ilham ini..

Hackers/Penggodam biasanya orang yang baik..yang akan sentiasa menguji sebarang sistem untuk memastikan sistem tersebut sentiasa selamat dan sempurna..dan memberitahu kepada pemiliknya untuk dibaiki sistem itu..
[Bukankah Kita hackers yang menggodam sistem hati dan sistem akal bahkan sistem keimanan..supaya sistem-sistem itu hanya berpaksikan Dia yang Maha Agung, dulu, kini dan selama-lamanya dan sistem-sistem ini perlu dibaiki dalam keadaan SEDAR..bukan hanya PENDEDAHAN tanpa PENDIDIKAN ]

Seorang penggodam perlu mempunyai:

1. Motif [supaya tiada fitnah yang melata dibumi ini selain kalimah Thoiyibah yang sangat mulia itu, supaya manusia hanya mengimani dengan sangat yakin bahawa Dialah tuhan Yang Maha Segalanya..supaya kita bisa menjadi khalifahnya yang sangat tabah..]

2. Metod [gunaLah apa cara sekalipun..janji paksi itu hanya Dia..bukankah Allah kuniakan Aqal untuk berijtihad?? tapi INGAT, matlamat tak akan pernah menghalalkan cara..]

3. Peluang [selagimana Dia masih memberi nikmat sebuah kehidupan dan setiap ketika pabila bertemu dengan makhLuk sang Khaliq]

JadiLah 'Penggodam' yang menjadi usahawan yang tidak akan pernah rugi..

6 comments:

Mashizaki Keikan said...

Selagimana tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Qur'an dan tidak ada ijtihad ulama yang menyatakan ttg hal ini, maka ianya adalah diterima. So, hacklah beramai-ramai site² yang tak berguna..!

[ Nazihah ] said...

haha..itu namanya attackers = perosak..tapi boleh jer jadi 'perosak' untuk kebaikan huahauhua ala macam sheltox tuh..

pharie said...

seriusly this post ni is so interesting! huhu.

Anonymous said...

ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membawa kita lebih rapat dengan PENCIPTA... whoa! syukran ukhti! jazakillah!

[ Nazihah ] said...

Wa iyyakum...

Maryam said...

jom jadi hackers.. he he he