Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, March 5, 2008

< The Chosen One !! >

" Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.... " [ Al-Hajj(22):78]

Kini diriku mempunyai 2 supervisor untuk tesis, 2 RA sebagai co-supervisor, 2 group tesis untuk berbincang bersama dan akan menyebabkan aku punyai doube dateline dari orang lain..Mungkin tak semua orang bisa tahan pada sesuatu yang 'double'..Tapi pasti ada hikmahnya, supaya dapat memberikan tekanan yang cukup kuat buat diriku supaya extra dan 'double' rajin dan supaya langkahan tesisku lebih teratur..Bukankah du'at itu perlu sentiasa optimis?? Terima kasih Allah..

Yok kita koreksi apa yang telah Dia beri pada kita, agar kita menjadi hambanya yang sangat bersyukur..(Sukarkah menjadi hambanya yang bersyukur??)

Kisah cikgu baik akan tamat kerana kelasnya telah tamat..aku pasti merindui celotehnya..
Semoga Allah tidak menamatkan pahalanya kerana telah menyentuh hati-hati kami..
Mencari ruang yang berharga di celah-celah kesibukan untuk men'tersurat'kan isi hati agar merasa puas yang sangat..puas memberi apa yang kita punyai..

No comments: