Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, March 9, 2008

< A Dating.. >

Khamis yang lalu sempat dating dengan kawan-kawan matrix..Dibah, Kak Jah, Kak Mimi dan Zai(alhamdulillah, she's ok..boleh la jalan slow..slow). Macam biasa, kalau jumpa mesti update news kawan-kawan satu malaysia (macam ramai jer..).Tapi ada satu cerita yang sangat tak best, kisah tentang 'along', khabarnya berkawan dengan nurse..kawan lama katanya..dapat berita dari atok di Bangi, dia memberi keluhan ketidakpuas hatiannya. Semua orang tahu 'along' sangat baik..TAPI diriku sangat tidak percaya kata-kata ini keluar darinya..

Muslimat ni baik luar dan dalam
macam tak layak dan tak sesuai jer

nazihah -> Kalau nak ajak benda mungkar memang ah tak layak dan tak sesuai..bukan ke indahnya berpacaran selepas menikah (ni kene rujuk orang pro ^_-)

Waktu dengar tu rasa macam membara jer jiwa..nasib baik takde depan mata, kalau tak mesti kene ketuk guna tukul gandin, kalau dia se'aliran' denganku pasti teruk kukerjakan, boleh kene silat walaupun tak reti silat *sangat geram*, silap hari boleh masuk wad. Baik pun jadi satu kesalahan ke??Dia ni kene bagi baca dan hayati hadis yang satu itu..Kenapa pentingnya pilih yang BERAGAMA !!

Semoga Allah kurniakan yang terbaik dan terlayak untuk dia..

No comments: