Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, March 20, 2008

< Ulang dengar >

Tengah ulang dengar suara cikgu muda ketika bagi tazkirah subuh hujung minggu yang lalu...

Siapa sahabat yang paling hampir dengan Rasulullah ??

Pasti saje orang akan sebut Abu bakar, 'Ali, 'Umar, Bilal dan lain-lain
Semuanya lelaki..sahabat tu mesti semuanya lelaki ke?takde ke perempuan yang menjadi teman akrab ar-Rasul??Tak layak ke orang perempuan jadi 'teman akrab' insan istimewa??mesti tak adilkan pada perempuan, asyik lelaki jer..

Jangan pesimis sangat eh..Jom 'menyelam' dalam sirah jap
Saat soalan itu ditanya, satu nama yang inginku lontar keluar, sahabat yang paling akrab dengan ar-Rasul ialah KHADIJAH
Percaya tak??

Siapa orang yang pertama memberi kata perangsang sewaktu ar-Rasul 'down' taktala turunnya IQRA' ??
Siapa insan pertama yang menyelimuti Rasulullah??(jap,ada ke orang lain yang selimutkan Muhammad?)
Siapa yang bawa Rasulullah jumpa dengan Waraqah?
Siapa sebenarnya orang yang pertama yang membenarkan kata-kata ar-RasuL?? Abu bakar membenarkannya sewaktu isra' dan mi'rajkan?
Siapa orang pertama yang beriman dan membenarkan kata-kata ar-Rasul taktala seluruh tanah arab mengatakan dia pendusta??
Yang paling penting..siapakah insan yang tak bisa Rasulullah lupakan sehingga hujung hayatnya walaupun insan itu telah lama wafat??Sampai 'Aisyah pun cemburu yang amat...

JAWAPANNYA ---> KHADIJAH


No comments: