Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, March 1, 2008

< cikgu baik berkata lagi.. >

Aku gemar ke kelas cikgu baik pasti ada mutiara yang akan dia hamburkan untuk kami..akan ada mutiara yang tersemat di hati..Dia tidak lokek..Kami jarang tertidur atau bosan di kelasnya, pasti akan ada cerita yang dia kongsikan..Seronok ke kelasnya, orang yang sengaja tuang pasti akan rasa kerugian yang sangat..seronok ke kelasnya, walaupun dia hanya mengajar 1 slaid aje..
Semoga Allah ganjarinya pahala yang berganda-ganda dan syurga yang indah kerana menyentuh hati-hati kami...[seringkah kalian doakan guru or asatizah kalian?] Adui...schoolsick pulak..nak pergi sekolah...rindu..RINDU banget sih.

Ada orang tanya dalam satu program agama
-> kalau pakai jam batal tak solat ???

Pertanyaan itu membuatkan aku tersengih, sampai kene sound dgn cikgu baik tentang sengihan itu sebab duduk depan.[mestilah dia nampak..] Sesungguhnya sengihan itu bukan kerana aku memperlekehkan persoalan itu, tetapi sesungguhnya sengihan itu untuk diriku..banyak lagi 'kerja' yang perlu dibuat..dengan kejahilan yang nyata itu, adakah layak kita punya kerehatan yang melampau??layakkah untuk miliki tidur yang panjang??

Wahai du'at yang tabah
kerja kita masih belambak
masyarakat kita berada dalam kejahilan yang nyata
jangan tambahkan lagi kejahilan itu dengan dosa-dosa kita
siapa yang akan merubah mereka
kalau bukan kita siapa?
kalau bukan sekarang, bila?

Tiada kerehatan untuk orang yang punya maruah agama
Orang yang sibuk adalah orang punya aganda besar dalam hidup...
[ayat-ayat dari 'iddad duat yang 1st]

No comments: