Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, June 22, 2007

< Bila Hati Menjadi Kentang Busuk >

[1] Kenapa kita dikurniakan perasaan geram, dendam, marah?? Walaupun sebenarnya kita tahu itu adalah Akhlak Mazmumah yan perlu diHALAU keluar dari kita. Perasaan itu hanya layak diBARA-BARAkan untuk musuh ILAHI termasuk Syaitan yang terkutuk walaupun kadang-kadang atau selalunya menjadi kawan kita..dan perasaan itu tak LAYAK dan TAK BOLEH ada dalam hati kita walau sesaat untuk sahabat-sahabat sePERJUANGAN kita..Tulah sebabnya kenapa Ar-rasul kata JANGAN MARAH, dan orang yang hebat ialah ORANG YANG MELAWAN PERASAAN MARAH[yang ni tak tahu kata-kata sape]..dan TIDAK BERIMAN SESEORANG DARI KAMU SEHINGGA KAMU MENCINTAI TEMANMU SEPERTIMANA KAMU MENYINTAI DIRIMU SENDIRI..Kita berharap bila kita buat salah ada orang yang tegur, kita nak sangat orang rationalize kita balik kalau kita salah dengan rational bukan emosi[teringat sessi konsolidasi di dalam dapur hari rabu hari tu haha..] kita berharap dengan sangat orang maafkan kita bila kita buat salah dan menerima kelemahan dan kekurangan kita sebab kita adalah manusia yang LEMAH DAN KERDIL..Kita nak orang buat camtu kat kita tapi KITA SUSAH NAK BUAT CAMTU PADA ORANG??

Teman..maafkanlah sahabat-sahabatmu yang melakukan kesilapan,.janganlah kau simpan dendam itu lama berpanjangan didalam DADA. Jika lama dendam itu disimpan, hati akan menjadi seperti KENTANG BUSUK yang dijinjing merata-rata. Bau dan rupanya sangat buruk dan MENJIJIKKAN..Jangan lupa maafkan kesilapan dan KETERLANJURAN sahabatmu sebelum tidur yea..

[2] Bertemu yang TERSAYANG[buat kontrovesi lagi..]. Jangan su'nu Dzan dulu yeah..Semalam baru berjumpa dengan gelang tersayang, yang IBU bagi selepas 2 BULAN berpisah dan berjauhan..haha.Jumpa dalam poket baju. Dan semalam baru kembali bercermin mata..Moralnya, Jadilah orang yang cermat dan berhati-hati dan jangan jadi seperti saya yang selalu CARELESS..Saya kena belajar menjadi CERMAT dan TELITI sebab orang yang selalu tolong saya mencari barang saya yang hilang atau missplace akan fly[terbang macam burung ke??] bulan 9 nanti..HUhuHu..

[3] Countdown to KONSIS, 7 Jam LAGI..Tak sabar nak pergi KONSIS dan jumpa BUDAK-BUDAK tak matang Batch 5..Kitaorang ada yang matang ke?AdaLa sorang, dua daripada ramai-ramai tu..Tajuk aper yea yang akan jadi topic HANGAT??Tau dah..Memang dah tau.. Lagi-lagi dari orang yang jadi driver dari Johor tue :p Semoga pertemuan dan perpisahan yang bakal menjelma nanti AKAN di redhoi dan berkatiNya..Ameen..

nazihah -> Buat kontroversi lagi..pastu pandai-pandaiLah tanggung.. haha

Wednesday, June 20, 2007

< Kaween Lagiii >

Kalau korang takde masa JANGAN BACA ENTRI NI..sebab ia sangat panjang

Pagi tadi dok melayan sorang akak ni bercerite pasal topik tue..ingatkan habis kat situ je, rupanya ada sambungan sessi malam pulak, siap ada group dicussion lagi..baru habis beberapa minit yang lalu..di tempat aku study pulak tue...[dengar dan LAYAN..walaupun PANAS sebab MINGGU DEPAN nak EXAM la..tak paham2 ke!!]



Ntah..kadang-kadang bosan la..asyik-asyik dengar topik tue je..boleh termuntah di buat nyer.Hidup ni banyak bender lain lagilah selain KAWEEEN.Cubalah citer bender lain pulak..apa yang intresting hari ni,camne gan adik usrah,STUDY CAMNE..paling best sekali cuba bincang dan discus IMAN KITA CAMNE HARI NI..sama ke bertambah atau BERKURANG kan lebih bermanfaat..Kawen tu 1/10 je dari kehidupan kita..banyak BENDER lain yang lebih INTERESTING..[takde hasil].



Satu hari tu punyalah bosan..sampai tetiba aku menyuarakan tahap kebosanan pada sorang KAKAK ni[senior sekolah..bape banyak senior da..] " Bosanlah kak asyik2 dengar pasal kaween jer muak la dengar macam takde hasil"[bukan statement anti tau cuma BOSAAAAN]. Kakak tu jawab "Memangla awak rasa muda utk itu, tapi derang dah sampai waktunya untuk pikirkan perkara tu.." Haha redhoLah jealah mendengarkan kata-kata nasihat daripada KAKAK tu..sebab statement dia tu ada betulnya jugak,kebetulan pulak dia dah kawin..Alhamdulillah ayat-ayat bosan tu meluncur pada orang yang dah kawin, dpt ayat-ayat yang MATANG sikit..

Nasib baik aku cuma hadapinya di matrix dan di sini jea, kalau dari sekolah lagi mesti aku bukan sekadar sangap jer terus TETIDO agaknyer..[aaaa BOSAN... kaween bukan segala-galanya lah..] Aku ingat masa kat matriks time kitaorang mengalami krisis ni, mama pesan “ korang tak yah nak susah-susah pikir, akan tiba saat dan waktunya yang sesuai utk kamu dan dia, di tempat dan situasi yang sesuai ,serahkan sepenuhnya dan sebulat-bulatnya pada Allah dan jangan putus BERDOA agar Allah kurniakan yang TERBAIK untukmu”.Bayangkan aku terima statement ni taktala aku baru berusia 19 Tahun..

Yang ni statement aku sendiri..[bukan ditujukan untuk sesiapa tapi kalau ader yang nak terasa pun bagus gak] ingat tak statement bapak Sarah pada Fendy masa Fendy suruh dia tackle mak Saprol, “ Kenapa kita mesti kejar bende yang kita tak pasti.Kita sepatutnya bersiap untuk perkara yang kita dah pasti akan terjadi ” [Haha EXAM minggu depan dan satu pojek ROBOT yang kene hantar]. Mana yang korang yakin terjadi KAWEEN[buat sesape yang tak kawen lagi] ke MATI??Walaupun korang nak kawen esok, belum tentu korang selamat sebab MATI tu boleh datang bila-bila je..Jangan jadi ORANG-ORANG YANG RUGI..

Yang akhawat, risau kawin lambat, lagi-lagilah buat mereka yanga ada pressure dari keluarga..kawin tak nak lambat, MATI kalau boleh nak lambat-lambat.[Apada..].Yang ikhwah pulak, kalau boleh,nak yang cantik, kalau yang cantik tu tolak terus down, terus give up, terus tinggalkan dakwah dan tarbiyah..[kalau mesin fuzzzy mesti dia akan tanya HOW CANTIK IS CANTIK??haha]

Aku teringat kata-kata sorang ikhwah UKM ni[senior lagi..bape banyak senior da..] Sesungguhnya kita bersama jemaah ni BUKAN UNTUK KAWEEN tapi kerana kita SANGAT-SANGAT memerlukan dakwah dan tarbiyah ni..Now i know want he means, walaupun mungkin ada perbezaan pemahaman dan penerimaan serta penghayatan huhu.

Segelintir orang akan kata kebanyakkan masalah tarbiyah ni akan settle dengan KAWEEN.Tapi aku rasa TAK JUGAK dan TAK SEMUA semuanya berkaitan dengan hati..kalau hati tak settle,urgensi dakwah tak lepas..bagi KAWEEN 4 pun tak guna..Merosakkan ummah lagi ada..

Haha aku bolehLah cakap camtu sebab aku tak berada di tempat akak-akak tu..dan bak kata senior aku tu, belum tiba umur yang sesuai untuk aku pikir kihkihkih..[mesin kata lagi: When umur sesuai untuk fikir??]
Sekadar mengingatkan dan ingatkanLah aku kembali seandainya aku TERLUPA .. Kerana sesungguhnya aku adalah insan yang PELUPA dan kadang-kadang perlu MELUPAKAN...

Monday, June 18, 2007

< Hatikah Yang Gusar >

[1] Sedarkah setiap kesukaran dan kepayahan yang melanda diri adalah kifarah dosa-dosa lalu..Lantaran kesukaran dan keJARANGan tuan punya jasad untuk merintih dan menyesali dosa-dosa,keLALAIan dan keLEKAan serta keMALASan yang dilakukan secara sengaja atau tidak.Mampukah kita menanggung kifarah-kifarah itu? Hati dan jasad pasti akan kata TIDAK..Namun,hati dan jasad perlu redha dan menerima segalanya gara-gara TUANNYA YANG MENZALIMI SI HATI DAN SI JASAD ITU..Lakukanlah dosa dan kelalaian yang anda mahu sebanyak-banyaknya,layanlah kemalasan anda itu selama-lamanya, kerana tiada siapa yang akan rugi selain DIRI ANDA SENDIRI,kerana andalah ORANG-ORANG YANG RUGI..adakah anda TERGOLONG dalam golongan orang-orang yang RUGI ?? Nak menerima kifarah dosa pun rasa tak mampu, lagikan pula nak jadi penghuni Neraka..

[2] Hari Bapa..Hari untuk ayah.Semalam ayah menyambut father's day dengan menghantar 2 orang anaknya ke tempat yang bukan di Johor..Membuatkan aku teringat kata-kata seorang senior di matrix dulu.. " Kamu melihat ayah kamu seolah-olah cool je, seolah-olah tiada punya perasaan.Namun apakah kamu sedar sesungguhnya ayah kamu itulah yang menangis di hadapan tuhan agar anaknya hidup sejahtera di redhaiNya ".Lantaran ayah menjadi ahli kempen 'Satu rumah,sorang Hafiz', maka dia telah mengimplemenkan 'seluruh rumah Huffaz'..Moralnya, aku kene menghafaz sepertimana aku menghafaz di sekolah dulu atau lebih baik dari itu.[kenapa banyak benda yang aku buat di sekolah dulu, tak mampu ku laksanakan sekarang??TERUKNYA DIRI INI].Kesimpulannya, ada 3 kempen yang aku perlu Grummkan..Kempen huffaz ayah, 1P1M[yang sekarang ni dah tukar jadi 10,yang komit pulak tu], kempen menjadikan hari ni lebih baik dari semalam[kalau boleh nak jadi lebih baik dari nazihah zaman sekolah dulu] InsyaAllah..Semoga Dia Yang Maha Perkasa dan Bijaksana membenarkan segalanya..

Ya Allah kau tempatkanlah Ayah dan Ibuku
dikalangan hambamu yang Kau redhai
dan tempatkanlah mereka di kalangan Syuhada' yang menghuni Jannah al-Firdaus U

[3] Perkasa..Sesungguhnya peserta-peserta PERKASA memang hebat-hebat belaka.Korang memang hebat,habiskan surah As-Soff hanya 3 hari..[tak bile-bile ntah nak habiskan surah tu..]Kerdilnya..macam kuman pulak rasa..

[4] Sedarlah wahai diri, 'anugerah' itu Allah berikan padamu bukan sebagai bebanan hanya agar kau terus dekat pada-Nya, menjadi insan yang lebih bertawakal, lebih redho dan lebih segalanya bahkan kurang segala mazmumah diri dan hati..Walaupun hari-harimu akan terus menjadi 'himpit' dan 'padat'..Namun pergantungan dan penyerahan itu hanya layak pada-Nya..

-> Aku telah kembali..walau tidak sepenuhnya.Tapi mungkin aku menjadi orang yang berbeza..BERBEZA?? Nak inqilabkan diri dan menjadi orang yang BARU..

Saturday, June 16, 2007

< Hari - hari Ku >



[1] Semasa didalam kelas,sorang lecturer ni mengeluarkan statement " Pasangan suami-isteri tidaK wajar diletakkan di satu department supaya semasa menilai pencapaian pekerja takde yang BIAS" Daa..kenapa pulak macam tu? Bila time menilai, nilai lah betul-betul mengikut apa pekerja tu dah buat, apa pulak kene-mengena dengan sebarang ikatan dan talian[bukan talian telepon eh..].Taktala itu tergiang-giang kata-kata Ar-Rasul " Seandainya Fatimah yang mencuri,pasti aku akan memotong tangannya".Kenapalah manusia susah nak bersifat adil,lagi-lagi lah jika anda seorang muslim?KELIRU..

[2] Esok ada seorang member akan ke Bandung..Hehe apa lagi,mengeluarkan operasi memesan buku lah..Haha.Maaf sejak kebelakangan ini berminat dengan amat sih pada buku-buku indonesia,kata-katanya seolah-olah punya sentuhan yang tersendiri.Dah..dah.. rosak bahasa orang.Tapi masih lagi mencari buku yang best-best..Balik kene tanya kat kak roha.

[3]Jelous dengar orang-orang yang di PERKASA..Cemburu bangat sih..Semalam dalam rancangan mereka akan 'Menjejak hutan' dari pukul 10 malam sampai 4 pagi.Waa.. seronoknya!!

Tuesday, June 12, 2007

< BluRR >

Graf Iman: Tak stabil.Turun naiknya macam mesin mengesan denyutan jantung di hospital.

Berhasrat untuk masukkan entri baru TAPI tak tahu nak cerita tentang apa.Tiada apa yang menarik perhatian sejak kebelakangan ini. Melainkan sesuatu yang agak mengecewakan
sebab terlepas untuk menJELMAkan diri di Johor sempena Walimah Mr Zakri dan Ms Hazwani..

Saat ini rasa tak sabar menanti hujung minggu,walaupun terpaksa tidak menghadirkan diri ke program alumni dan tidak dapat membantu ajk PERKASA..gara-gara ada kelas hari sabtu dari pagi hingga ke petang,Tapi tak sabar untuk jumpa family setelah SEMINGGU tak jumpa.. Nak dapat balik notebook dan hari ahad kami akan berJALAN-JALAN ke Intec,Shah Alam..Hantar sorang ABDULLAH untuk buat PERSEDIAAN mental, Jasmani dan Rohani..Hahaha

Friday, June 8, 2007

< Rindu Kenangan Lalu >

Semalam ada meeting operasi,tengah-tengah meeting tu tiba-tiba teringat meeting operasi Nadwah di Hidayah 5 tahun yang lalu..[Aduh,rindunya..].

Waktu tu dibawah pemerintahan Ihsan Shahrin [sekarang dia memerintah jepun pulak..Fuuyo terornyer].Pengalaman meeting postmoterm sampai 2 pagi,saat semua orang dah takde peluh untuk ditumpahkan dan mata pun kene letak batang mancis.Sampai ada yang tersengguk-sengguk time postmoterm tu..

Kenangan waktu tu memang sangat INDAH dan MANIS[lagi manis dari lolypop],pengarah sampai tak sempat iron baju untuk perasmian,nasib baik ada orang jadi 'Tukang Iron'.Yang duduk dalam bilik komputer,sampai MERENG-MERENG mengadap komputer,sampai ada yang kene marah, ada yang kantoi mengigau dalam bilik komputer.Tapi ajk makanan tak pernah lupa simpankan makanan untuk kami yang ada dibilik komputer..[kan djah kan..].Cuma kami yang tak berselera,sampai ada yang pucat..

Ya Allah..Rindu baagat gue sama kalian..Dimanakah kalian sekarang? Semoga kalian terus tsabat di JALAN INI..Terus BERJUANG disegenap inci bumi tuhan..

Thursday, June 7, 2007

< Yang Ada DiSisi Kita Hanya Sementara >

Setelah dua minggu menziarahi hospital, semalam,alhamdulillah sempat menziarah ke hospital lagi..untuk kembali melihat dan menghayati BETAPA TABAHNYA MANUSIA, dan ada orang lain yang lebih tabah dari kita sendiri..

Huuh 'silent killer'..Ya,dia memang pembunuh dalam senyap.Pembunuh yang membunuh tanpa mengira usia atau status.Begitu juga kematian, pabila tiba saatnya,dia pasti datang,tiada penangguhan..Tapi tidak mustahil, 'pembunuh' itu akan terbunuh sebelum dia membunuh.Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersiap untuknya..[jangan tangguh-tangguh solat,nanti kalau mati tengah-tengah jalan,menyesal sampai ke kubur].

Sesungguhnya UJIAN ITU MENINGKATKAN DARJAT DAN PENGHAPUS DOSA..Imam Hassan al-Banna pernah berkata " Sesungguhnya penjara itu kemuncak tarbiyah ikhwan" [madrasah hassan al-banna]. Bukan nak suruh korang masuk penjara tau..cuma nak kata ikhwan dulu diuji dengan penjara..Kita sekarang diuji dengan???[tepuk dada tanya iman]

Teman-teman..yuk kita doakan KETABAHAN sahabat-sahabat kita dalam mengharungi UJIAN ini..Sesungguhnya ibu mereka adalah ibu kita, ayah mereka adalah ayah kita, keluarga mereka adalah keluarga kita kerana mereka adalah adik-beradik kita..

Teman moga kalian terus TABAH dan SABAR
Semoga Allah memberikan kalian JANNAH YANG INDAH..
->Jangan lupa masukkan dalam borang muhasabah -->Menziarahi sahabat-sahabat yang sakit..

< Buat yang lelah 2 >

Rasulullah pernah memohon pada Rabb-Nya," Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-mu keteguhan didalam melaksanakan perintah dan tekad yang utuh untuk memberi petunjuk"

Himmah(cita-cita), semangat yang tinggi benar-benar menggelegak di dalam dada orang-orang yang memilikinya seperti air mendidih dalam kuali.Ia mendorong pemiliknya untuk terus menerus bekerja dari pagi hingga sore hari, sehingga terwujudlah penuturan Imam Syafi'i " bagi rijal istirehat itu sama dengan LALAI "

Betapa rijal membutuhkan himmah yang tinggi itu.Himmah yang tidak mengenal kata MUSTAHIl, yang tidak berhenti kerana adanya aral melintang; apa pun itu.

Benarlah kata orang, " Apabila jiwa-jiwa itu besar, tubuh kan lelah memenuhi keinginannya".

Amal islami bukanlah aktivitas yang cukup dikerjakan di saat anda memiliki waktu luang dan bisa anda tinggalkan disaat sibuk.TIDAK !! amal islami terlalu agung untuk diperlakukan sebegitu.Kita dapati 'Ammar bin Yasir,beliau berangkat perang saat usia beliau telah mencapai 90 tahun.PERANG!! bukan berdakwah,mengajar orang-orang ber'amar ma'ruf nahi mungkar.Beliau berangkat perang saat tulang-belulang beliau sudah rapuh,tubuh telah renta,rambut telah memutih,dan kekuatan sudah jauh berkurang.

Orang-orang yang hanya menyumbangkan sisa waktu,membelanjakan sedikit sekali dari kekayaan,serta mengerahkan upaya yang sangat minima untuk Islam mestinya tahu bahawa 'Allah itu Maha Baik,tidak menerima kecuali yang baik'.Sebagaimana Allah tidak menerima sedekah yang buruk,Allah pun tidak menerima amal yang buruk,jika itu sengaja dipilih untuk Islam.

Sesungguhnya yang dikehendaki oleh Islam adalah sebahagian besar waktumu, hampir seluruh hartamu, dan segarnya masa mudamu.Islam menghendaki dirimu, seluruhnya.Islam menghendaki saat kamu bertenaga, bukan saat telah loyo.Islam menghendaki masa mudamu, masa kuatmu, masa sihatmu, masa perkasamu, bukan masa rentamu.Islam menghendaki semua yang terbaik, termulia dan teragung darimu.

Sesungguhnya Islam membutuhkan orang yang memberikan segalanya untuk diennya; kehidupannya,waktuny,hartanya,tenaganya,ruhnya,rumahnya,mobilnya,dan semua yang dimilikinya.Kita menghendaki seseorang yang 'menjual dirinya kepada Allah'.

-> Alhamdulillah..menaip lagi dari [Penawar Lelah Pengemban Dakwah]

Wednesday, June 6, 2007

< Tema Hari Ini >

Pastikan hari ini anda lebih baik dari semalam..


Anda mungkin tak setabah dan tak sehebat orang lain
tapi andalah orang paling tabah dan paling hebat
untuk menjadi
DIRI ANDA SENDIRI
- kata-kata yang tiba-tiba menerjah ke otak semalam -
Seadainya jiwa-jiwa itu mempunyai KEINGINAN YANG BESAR
Jasad akan LELAH menurutinya..
- Penawar lelah -


-> Terlupa bawa buku Penawar Lelah, rancang nak masukkan some of words yang ada didalam tu.Tapi takpelah lain hariye..

Tuesday, June 5, 2007

< Mukrin Dalam Kenangan >

[Setelah 6 jam berjalan tanpa henti..My groupmate yang tabah dan senyum alwayz Asmah]




[ Kenangan kesesatan 2 jam ]



[Lets panjat bukit]




[Puncak yang tak bisa ku tawan kerana serender di masa-masa akhir ]



[ Debat: Kahwin Muda]



[debat: Ayam Bandar dan Ayam Kampung mana lebih sihat.Haha berjaya menyorok]


[Suasana COMEL,berdoa dengan kekhusyukkan]



[Marilah masuk gua]



[Inilah urusetia-urusetia yang BEST..bukan bodek eh..]





[Adoi..tangan along nak kene muka kita.Inilah muka-muka comot dan comel dalam gua]


Perasaan yang tidak terkata..sesungguhnya biarlah kenangan dan hikmah mengembara itu terpahat di sanubari..

































































































































Monday, June 4, 2007

< Nak Jugak Masukkan Gambar Ni >

[ Kami pinjam Kak Safura Kejap Tau]

Untuk tatapan semua

Terutama buat yang kejauhan

tapi janganlah kerinduan
[Jangan komfius..kerana sesungguhnya mereka adik-beradik]

< ..... >

Izinkan aku menjadi 'orang biasa' untuk entri yang satu ini..

[1]
Hujung minggu yang lalu mengalami perasaan 'Kalau camni natijahnya,malas la nak kahwin'.. Apa yang berlaku,biarlah rahsia.Sesungguhnya sangat ku ketahui nikah itu adalah sunnah,
"Jika kamu tidak melaksanakan sunnahku,kamu bukan dikalanganku"[na'uzubillah].Tapi sesungguhnya diriku ini tidak bersalah..Kalau orang yang didera atau dirogol[na'uzubillah] sesungguhnya mereka pasti akan fobia,tapi itu bukan salah mereka[ada tak agaknya 'Kahwin Fobia'?].Orang-orang disekeliling mereka yang bersalah.Takut!,takut disaat detik itu ada yang bercerai-berai semata-mata tak dapat menghadiri majlis itu..[fuuh..masalah yang remeh ke?]TAK NAK..Dan sebenarnya ayat jemputan pun kene betul gak.."Kalau takde papehal dan berkelapangan jemputlah datang".Sesungguhnya setiap orang ada kelapangan yang tersendiri,ada urusan yang tersendiri.


Hari ini berazam dengan diri sendiri tak nak jadi emotional,tak nak cepat marah dan benggang dengan orang lain..Nak menjadi orang yang mencari ketabahan dengan senyuman bukan tangisan.
Sesungguhnya sabda Rasulullah: " Aku mengagumi seorang mukmin yang apabila mendapat nikmat dia tersenyum dan bersyukur dan apabila dia ditimpa ujian dia tersenyum dan beristigfar" [selalu dengar di IKIM tapi tak jumpa perawinya lagi..]

Friday, June 1, 2007

< Walimah >

Alhamdulillah,rasa sangat PUAS sebab dapat pergi dua walimah semalam,walimah mak cik sebelah ibu dan walimah kak Safura[dah lambat nasib sempat],walaupun sebenarnya ada KERJA yang ditinggalkan di Bangi.Maaf,kene jugak balik.


[Hantaran Dari Belah Perempuan]


Time Makcik nikah sabtu pagi tu tak dapat nak tengok gara-gara siapkan santapan diraja.Hanya sekadar mendengar dan gelak dari jauh.Time tengah siapkan santapan diraja,sempat hantar masej pada 2 orang kakak yang menikah disaat dan waktu yang sama.Tapi yang pasti memang takde perasaan ketika itu, biarlah tuhan yang tahu segalanya..

[Inilah MakCikku]


[Welcome to new comers]

TengahHari sabtu dengan sengaja meingatkan ibu untuk ke Walimah Kak Safura,waktu ni baru ada perasaan..SERONOK..GEMBIRA..EXCITED.Sebab?ntahla,tak pasti..mungkin sebab manisnya ukhwah dan nak jumpa semua orang yang dah lama tak jumpa.Siap boleh pasang niat nak merajuk kalau tak dapat pergi..Haha,Apelah.Tapi tak dapat jumpa ramai, sebab datang lambat.Dapatla jumpa sikit.


[ Biarlah gambar yang mengatakan segalanya]

* lihatlah gambar pernikahan Kak Safura di fotopages Zakri

Tapi yang paling best, walaupun awal-awal tu duduk semeja dengan ibu dan adik-adik, tapi akhirnya melangkah duduk semeja dengan ALUMNIans GurL+ Sisters Kuantan. Ada hikmahnya beralih meja, sebab lepas beberapa ketika meja yang ibu duduk di keremuni oleh ALUMNIans boyz..

To: Cik Nor & Cik Ham, Along & Akh Hazim, Kak Safura & Akh Nizam

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KALIAN PERNIKAHAN YANG BARAKAH, MAWADDAH WA RAHMAH

< Latihan Industri >

Alhamdulillah,setelah menanti dan berusaha selama 3 bulan dan saat yang sukar untuk membuat keputusan walaupun hanya diberi 2 pilihan,akhirnya dapat keputusan LI..

Pilihan hanya 2:

-Di Johor.Tak perlu mengeluarkan kos kehidupan,sewa rumah,pengangkutan sebab boleh fully PAMA.'Bekerja'? dimana-mana pun boleh menjadi medan kerja seorang da'ie.Tapi jika berada di Johor,aku akan menyebabkan kelompongan medan di Bangi..Balik hujung minggu macam Bai? TIDAK,tak mungkin,sebab aku mungkin tidak setabah Bai untuk travel setiap hujung minggu dan berjuang dengan kepenatan travel..Yang pasti aku akan berada dalam kerisauan yang amat jika aku berada di Johor..

-Di Bangi.Bukan ongkos kehidupan yang aku pertimbangkan,tapi amanah yang aku galas [Yang menggalas amanah bukan bebanan -ciplak Hussaini punya ayat.Takde copyrightkan?].

Teringat kata-kata seorang kakak:
"Nazihah dok la sini,buat praktikal kat sini"
"InsyaAllah jika itu yang Allah tetapkan untuk orang.Tengoklah nanti.Bukannya orang tak minta, ada..Tapi tengoklah camne.."
"Nanti nak 'kerja' camne?"
"Bukan ke setiap inci bumi Allah ni adalah Medan"
"Tapi kat sini lebih memerlukan nazihah sebagai pekerja"
..speachless..

Puas aku bertanya pada orang yang tidak ada ikatan dengan JOHOR dan BANGI,mereka kata BERSERAH dan BERTAWAKAL.Yup,itulah yang aku lakukan.

Akhirnya,taktala mengambil surat tawaran semalam,aku melihat letterheadnya..Alhamdulillah. Perasaanku taktala itu..EMOTIONLESS sebab memang dah bertawakal dan menyerah.Sesungguhnya aku percaya dengan tekad Allah akan menentukan yang terbaik untukku, aku hanya perlu menuruti ketetapan itu.Takdir yang telah ditetapkan ingin mengkhabarkan padaku sesungguhnya keringatku lebih dibutuhkan di Bangi.Yang Maha Mengetahui yang terbaik untukku dan Maha Bijaksana seolah-olah ingin mengkhabarkan sesungguhnya keringatku selayaknya ditumpahkan disini kerana sesungguhnya di Johor telah ada pejuang yang lebih layak dan setia.



< KONTARN >

Kepada yang akan ke KONTARN selamat berKONTARN
seraplah ilmu yang akan anda peroleh sehingga 'span' otak anda kembang dengan maxima
dan seraplah sekali SEMANGAT JUANG mereka agar kita terus TEKAD dan TABAH
kemudian..
jangan lupa berkongsi dengan sahabat-sahabat anda di MEDAN
kerana masa kita semakin singkat
kita perlu bertindak dengan BIJAK dan TANGKAS..

->Tak berpeluang untuk pergi tahun ni,ada urusan yang lebih AWLA..InsayaAllah tahun depan, andai berkesempatan,berpeluang dan ditetapkan Ilahi.