Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, June 20, 2007

< Kaween Lagiii >

Kalau korang takde masa JANGAN BACA ENTRI NI..sebab ia sangat panjang

Pagi tadi dok melayan sorang akak ni bercerite pasal topik tue..ingatkan habis kat situ je, rupanya ada sambungan sessi malam pulak, siap ada group dicussion lagi..baru habis beberapa minit yang lalu..di tempat aku study pulak tue...[dengar dan LAYAN..walaupun PANAS sebab MINGGU DEPAN nak EXAM la..tak paham2 ke!!]



Ntah..kadang-kadang bosan la..asyik-asyik dengar topik tue je..boleh termuntah di buat nyer.Hidup ni banyak bender lain lagilah selain KAWEEEN.Cubalah citer bender lain pulak..apa yang intresting hari ni,camne gan adik usrah,STUDY CAMNE..paling best sekali cuba bincang dan discus IMAN KITA CAMNE HARI NI..sama ke bertambah atau BERKURANG kan lebih bermanfaat..Kawen tu 1/10 je dari kehidupan kita..banyak BENDER lain yang lebih INTERESTING..[takde hasil].



Satu hari tu punyalah bosan..sampai tetiba aku menyuarakan tahap kebosanan pada sorang KAKAK ni[senior sekolah..bape banyak senior da..] " Bosanlah kak asyik2 dengar pasal kaween jer muak la dengar macam takde hasil"[bukan statement anti tau cuma BOSAAAAN]. Kakak tu jawab "Memangla awak rasa muda utk itu, tapi derang dah sampai waktunya untuk pikirkan perkara tu.." Haha redhoLah jealah mendengarkan kata-kata nasihat daripada KAKAK tu..sebab statement dia tu ada betulnya jugak,kebetulan pulak dia dah kawin..Alhamdulillah ayat-ayat bosan tu meluncur pada orang yang dah kawin, dpt ayat-ayat yang MATANG sikit..

Nasib baik aku cuma hadapinya di matrix dan di sini jea, kalau dari sekolah lagi mesti aku bukan sekadar sangap jer terus TETIDO agaknyer..[aaaa BOSAN... kaween bukan segala-galanya lah..] Aku ingat masa kat matriks time kitaorang mengalami krisis ni, mama pesan “ korang tak yah nak susah-susah pikir, akan tiba saat dan waktunya yang sesuai utk kamu dan dia, di tempat dan situasi yang sesuai ,serahkan sepenuhnya dan sebulat-bulatnya pada Allah dan jangan putus BERDOA agar Allah kurniakan yang TERBAIK untukmu”.Bayangkan aku terima statement ni taktala aku baru berusia 19 Tahun..

Yang ni statement aku sendiri..[bukan ditujukan untuk sesiapa tapi kalau ader yang nak terasa pun bagus gak] ingat tak statement bapak Sarah pada Fendy masa Fendy suruh dia tackle mak Saprol, “ Kenapa kita mesti kejar bende yang kita tak pasti.Kita sepatutnya bersiap untuk perkara yang kita dah pasti akan terjadi ” [Haha EXAM minggu depan dan satu pojek ROBOT yang kene hantar]. Mana yang korang yakin terjadi KAWEEN[buat sesape yang tak kawen lagi] ke MATI??Walaupun korang nak kawen esok, belum tentu korang selamat sebab MATI tu boleh datang bila-bila je..Jangan jadi ORANG-ORANG YANG RUGI..

Yang akhawat, risau kawin lambat, lagi-lagilah buat mereka yanga ada pressure dari keluarga..kawin tak nak lambat, MATI kalau boleh nak lambat-lambat.[Apada..].Yang ikhwah pulak, kalau boleh,nak yang cantik, kalau yang cantik tu tolak terus down, terus give up, terus tinggalkan dakwah dan tarbiyah..[kalau mesin fuzzzy mesti dia akan tanya HOW CANTIK IS CANTIK??haha]

Aku teringat kata-kata sorang ikhwah UKM ni[senior lagi..bape banyak senior da..] Sesungguhnya kita bersama jemaah ni BUKAN UNTUK KAWEEN tapi kerana kita SANGAT-SANGAT memerlukan dakwah dan tarbiyah ni..Now i know want he means, walaupun mungkin ada perbezaan pemahaman dan penerimaan serta penghayatan huhu.

Segelintir orang akan kata kebanyakkan masalah tarbiyah ni akan settle dengan KAWEEN.Tapi aku rasa TAK JUGAK dan TAK SEMUA semuanya berkaitan dengan hati..kalau hati tak settle,urgensi dakwah tak lepas..bagi KAWEEN 4 pun tak guna..Merosakkan ummah lagi ada..

Haha aku bolehLah cakap camtu sebab aku tak berada di tempat akak-akak tu..dan bak kata senior aku tu, belum tiba umur yang sesuai untuk aku pikir kihkihkih..[mesin kata lagi: When umur sesuai untuk fikir??]
Sekadar mengingatkan dan ingatkanLah aku kembali seandainya aku TERLUPA .. Kerana sesungguhnya aku adalah insan yang PELUPA dan kadang-kadang perlu MELUPAKAN...

13 comments:

Hijrah Menuju Allah said...

huhu tu la dik, mungkin tu cara diorang berkongsi kerisauan kot (hehe memandai2 je akak ni).. takpe takpe, kalau kita rasa diorang nak start ckp2 pasal tu je, kita lari la dulu.. (haha, lepas ni kalau sesape tetiba keluar dari sesuatu halaqah yg sedang rancak berbual, maknanya halaqah tu tgh discuss pasal benda2 tu. hihi.. nak nak yg keluar dari halaqah tu akak n awak =)..)

[ Nazihah ] said...

Haha..Ok,set.Kita CABUT awal-awal.Tapi camne kalau halaqah tu dimulakn dekat dgn tempat kiter study walaupun bukan kiter yang mulakan?Pernah ke kiter mulakan diskusi seperti itu??Takpe-takpe kiter cabut dgn laptop-laptop skali..kikiki
Yup mungkin derang risau kot..
Ya Allah dah siapkah aku untuk mati??banyak nyer lagi amalan yang lompong,Tahajud pun JARANG..Jarang *baca nada P.Ramlee*[Ingat mati lagi bagus..lagi ada hasil]

filicium said...

hahaha...luahan yang org tensen yang nak exam cam tu la..
Apapun betui sangat2 la..ader benda penting lagi cuma bab kata ustaz semasa misi zon utara, antara 3 perkara yang didahulukan ialah kahwin,taubat dan solat jamaah.Lg satu,nak baiki sikit statement yang cakap ikhwah nak yang cantik2 jer..Silap besar tu, TAK semua yer..Kdg2 ikhwah tak kisah pun cantik ke tak yang penting ada teman yang seKEPALA dalam dakwah..

'Umayr SRA said...

Hohoho! A sudden outbreak against the grain.

Hahaha! Sorry sis... Tapi, yeah... Memang cam ramai yang sibuk pasal kawen nih tahun nih. Maybe sebab ramai ikhwah akhawat yang getting hitched kot, yang jadi reflection pada diri yang lain untuk fikir ke arah itu.

Allahua'lam.

Khadijah said...

U read my mind.. agak nye pengajaran kt matrix mmg mengajar kite kn??!

ana pon naik lemas mmbr2 ckp pasal kawen, couple.. rase nk muntah jg...

bile time diorg dah fikir pasal nk kawen ngan couple diorg, mule la nk halal kan 'date',etc,etc
lemas...!

kdg2 ana t'fikir is kawen 'everything' for ppl...coz mmg bnyk lg bnd nk kne fikir selain kawen...
btol la tuh nt ckp septt nye kite fikir kawen is 1/10 daripade kehidupan...

[ Nazihah ] said...

to Kak Roha: Thankz for rationalize me back time masak tadi..rasa macam betul gak..

to Khadijah: Memang kita ni SEKEPALA sejak sekolah lagi..matrix pun labih kurang gak.Yang pasti kat UKM ana tak kan di peluk secara tiba-tiba di depan dewan kuliah kahKah.

to filicium: haha terasa lah tu..bukan korang lah..apa yang orang citer tu sumernyer dari kisah benar kehidupan..Dia ditolak oleh sorang akhwat yang cantik ni[ tak tau pulak dia pinang sebab apa,kalau sebab cantik, padankan muka tak dapat]akhirnya dia makan hati dan futur di pertengahan jalan..

to 'Umayr: ehmm mungkin takde kena mengena dengan orang yang nak kawin atau dah kawin..Lagipun sape yang tak suka KAKAK sendiri kawin. Dan isu kawin tu pun tak salah. Cuma semalam permulaannya salah,mula kat my tempat study + time baru mula study + banyak tak study lagi + minggu depan nak exam..haha.Lepas sejam,takde pape hasil melainkan i can't finish my study dan bertambah satu entri dan mungkin sebab cabut awal tapi tertinggal notebook..

Anonymous said...

nazihah, tetiba teringat istilah baru yang kak nofi ajar.

*SUFI* hihi...

Contoh penggunaan (contoh je ni.. kikiki) : Ada ikhwah kata akhawat malaysia tak pandang ikhwah malaysia. ?? huhu sungguh la tak wajar kata2 itu, dahtu ikhwah malaysia *SUFI* sangat, akhawat malaysia pon tak berani kot.

So, boleh tangkap apa maksud *SUFI* disitu?

jeng jeng jeng...

*SUFI* = SUka FIlih-filih =)

[ Nazihah ] said...

haha..bila Mr/Ms anonymous buat statement..gelak tu..Korang takyah la tahu.Yang penting tuan blog ni tahu sape dia..

mujahid said...

u know what??ur post menambahkan lagi satu page dari beribu2 page yang bercakap pasal kawen haha
tak nafikan tahun ni musim "mengawan" menjadi hehe

[ Nazihah ] said...

to Mujahid: haha..tulah pasal,tapi page yang ni lain sikit dan lain dari yang lain..tahun 'mengawan', boleehla..mujahid bila pulak? [buat kontroversi lagi..]

Anonymous said...

salam adik..
mula2 baca cam bengang gak (sbb baru kawen tak sampai 2 bulan pun lg) tp lama2 baca sampai bawah, tergelak sorang plak..sbb dpt tangkap intonasi suara..dan terasa bahang stress nk exam!!..hoho..

cuma nk bg pendapat sket wpun bab kawen ni 1/10 dr kehidupan...tp adik kena juga ambil kira kawen ni gak, 1/2 dari iman..hihi...pandai maths kira sendiri la 1/10 lbh besar ke 1/2 :)

pesanan akak, kalau tak puas hati pd sesapa sound dgn hikmah..minta mereka hormati adik yg tgh nk study...lbh baik kan dari ckp belakang2..kdg2 mereka ni tak faham dengan mata kasar..juga dlm keadaan marah istighfar la byk kali..tak pun amik wudhuk..tenang2 aja dik..bersangka baik dgn mereka..

akak doakan exam adik result gempak wpun diuji dgn mcm2 mehnah...wallahu'alam..

mujahid said...

mane boleh tanye soalan camtu kat bdak tak cukup umur lagi..ish2 soalan untuk umur 20 tahun ke atas tu..

[ Nazihah ] said...

Bila baca balik entri ni masa dah waras macam kelakar pulak..

to akak anonymous: masa kita mula-mula baca,terbayang muka-muka akak-akak yang kita kenal yang dah kawin dekat 2 bulan, adalah figure-figurenya.Tapi tetiba zaash turun macam teguran "Nazihah kenapa perlu cari siapa orangnya,yang penting kan apa yang dia cakap.." Pastu macam insaf jap..Kita bukan apa, boleh je nak tegur, tapi takut jugak kadang-kadang..takut terlebih HIKMAH[bahasa baik bagi laser..]dan mengecikkan lagi hati orang lain yang dah sedia kecik..