Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, June 18, 2007

< Hatikah Yang Gusar >

[1] Sedarkah setiap kesukaran dan kepayahan yang melanda diri adalah kifarah dosa-dosa lalu..Lantaran kesukaran dan keJARANGan tuan punya jasad untuk merintih dan menyesali dosa-dosa,keLALAIan dan keLEKAan serta keMALASan yang dilakukan secara sengaja atau tidak.Mampukah kita menanggung kifarah-kifarah itu? Hati dan jasad pasti akan kata TIDAK..Namun,hati dan jasad perlu redha dan menerima segalanya gara-gara TUANNYA YANG MENZALIMI SI HATI DAN SI JASAD ITU..Lakukanlah dosa dan kelalaian yang anda mahu sebanyak-banyaknya,layanlah kemalasan anda itu selama-lamanya, kerana tiada siapa yang akan rugi selain DIRI ANDA SENDIRI,kerana andalah ORANG-ORANG YANG RUGI..adakah anda TERGOLONG dalam golongan orang-orang yang RUGI ?? Nak menerima kifarah dosa pun rasa tak mampu, lagikan pula nak jadi penghuni Neraka..

[2] Hari Bapa..Hari untuk ayah.Semalam ayah menyambut father's day dengan menghantar 2 orang anaknya ke tempat yang bukan di Johor..Membuatkan aku teringat kata-kata seorang senior di matrix dulu.. " Kamu melihat ayah kamu seolah-olah cool je, seolah-olah tiada punya perasaan.Namun apakah kamu sedar sesungguhnya ayah kamu itulah yang menangis di hadapan tuhan agar anaknya hidup sejahtera di redhaiNya ".Lantaran ayah menjadi ahli kempen 'Satu rumah,sorang Hafiz', maka dia telah mengimplemenkan 'seluruh rumah Huffaz'..Moralnya, aku kene menghafaz sepertimana aku menghafaz di sekolah dulu atau lebih baik dari itu.[kenapa banyak benda yang aku buat di sekolah dulu, tak mampu ku laksanakan sekarang??TERUKNYA DIRI INI].Kesimpulannya, ada 3 kempen yang aku perlu Grummkan..Kempen huffaz ayah, 1P1M[yang sekarang ni dah tukar jadi 10,yang komit pulak tu], kempen menjadikan hari ni lebih baik dari semalam[kalau boleh nak jadi lebih baik dari nazihah zaman sekolah dulu] InsyaAllah..Semoga Dia Yang Maha Perkasa dan Bijaksana membenarkan segalanya..

Ya Allah kau tempatkanlah Ayah dan Ibuku
dikalangan hambamu yang Kau redhai
dan tempatkanlah mereka di kalangan Syuhada' yang menghuni Jannah al-Firdaus U

[3] Perkasa..Sesungguhnya peserta-peserta PERKASA memang hebat-hebat belaka.Korang memang hebat,habiskan surah As-Soff hanya 3 hari..[tak bile-bile ntah nak habiskan surah tu..]Kerdilnya..macam kuman pulak rasa..

[4] Sedarlah wahai diri, 'anugerah' itu Allah berikan padamu bukan sebagai bebanan hanya agar kau terus dekat pada-Nya, menjadi insan yang lebih bertawakal, lebih redho dan lebih segalanya bahkan kurang segala mazmumah diri dan hati..Walaupun hari-harimu akan terus menjadi 'himpit' dan 'padat'..Namun pergantungan dan penyerahan itu hanya layak pada-Nya..

-> Aku telah kembali..walau tidak sepenuhnya.Tapi mungkin aku menjadi orang yang berbeza..BERBEZA?? Nak inqilabkan diri dan menjadi orang yang BARU..

No comments: