Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, June 1, 2007

< Walimah >

Alhamdulillah,rasa sangat PUAS sebab dapat pergi dua walimah semalam,walimah mak cik sebelah ibu dan walimah kak Safura[dah lambat nasib sempat],walaupun sebenarnya ada KERJA yang ditinggalkan di Bangi.Maaf,kene jugak balik.


[Hantaran Dari Belah Perempuan]


Time Makcik nikah sabtu pagi tu tak dapat nak tengok gara-gara siapkan santapan diraja.Hanya sekadar mendengar dan gelak dari jauh.Time tengah siapkan santapan diraja,sempat hantar masej pada 2 orang kakak yang menikah disaat dan waktu yang sama.Tapi yang pasti memang takde perasaan ketika itu, biarlah tuhan yang tahu segalanya..

[Inilah MakCikku]


[Welcome to new comers]

TengahHari sabtu dengan sengaja meingatkan ibu untuk ke Walimah Kak Safura,waktu ni baru ada perasaan..SERONOK..GEMBIRA..EXCITED.Sebab?ntahla,tak pasti..mungkin sebab manisnya ukhwah dan nak jumpa semua orang yang dah lama tak jumpa.Siap boleh pasang niat nak merajuk kalau tak dapat pergi..Haha,Apelah.Tapi tak dapat jumpa ramai, sebab datang lambat.Dapatla jumpa sikit.


[ Biarlah gambar yang mengatakan segalanya]

* lihatlah gambar pernikahan Kak Safura di fotopages Zakri

Tapi yang paling best, walaupun awal-awal tu duduk semeja dengan ibu dan adik-adik, tapi akhirnya melangkah duduk semeja dengan ALUMNIans GurL+ Sisters Kuantan. Ada hikmahnya beralih meja, sebab lepas beberapa ketika meja yang ibu duduk di keremuni oleh ALUMNIans boyz..

To: Cik Nor & Cik Ham, Along & Akh Hazim, Kak Safura & Akh Nizam

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KALIAN PERNIKAHAN YANG BARAKAH, MAWADDAH WA RAHMAH

1 comment:

Bee Family said...

salam...

hehe...
mabruk utk nizam..
mmg sedey ar tak dapat dtg walimah nizam coz ada prgm Kontarn 07..

tapi dah jumpa nizam mggu lepas..hihi
pakcik kamarul pun ada call baru2 ni..
siap kena marah lagi dgn dia sebab tak dapat dtg...
ni mesti mohamad kamarul bahrin nyer kerja nih...hihi