Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, February 12, 2010

< Impian Duniawi >

Tak salah untuk punya impian kerana sesungguhnya dunia ini jambatan menuju Jannah.Namun, berhati-hatilah dengan dunia kerana dia bisa menarik kamu jauh dari Jannah. Wahai Allah, biarlah dunia ini di tangganku, jauhkanlah dari hatiku.

[ Impian Besar ]

1. Nak pendriva baru yang isinya besar
2. Nak Broadband
3. Nak Apple yang dalamnya ada Mac
4. Nak kerja yang boleh duduk kat 'sekolah' sentiasa
5. Nak masa yang banyak supaya boleh buat semua kerja
6. Nak..
7. Nak..

Tuesday, February 9, 2010

< MohonLah dengan Kesungguhan >

Segala Puji hanya layak buat Allah.DiaLah pengatur yang paling dan amat terbaik. Alhamdulillah.Untuk saat ini lafaz itu terkeluar dengan sepenuhnya rasa kesyukuran yang teramat.Sesungguhnya AllahLah yang mengatur semalam yang terbaik untuk menjadi kebahagiaan hari ini.

Sesungguhnya keterpaksaan yang ku harungi semalam memberi satu hikmah yang tak mampu dibayar oleh dunia.Menemani dengan redha, sungguhpun aku punya tugas yang sangat banyak. Menunaikan hak jasad untuk beriadah setelah tiga bulan, seawalnya kerana terpaksa, namun ia sangat memberi kelegaan pada jasadku. Namun yang paling utama adalah saat aku melarikan diri daripada bicara kekeretaan untuk menghayati damainya angin yang menyapa di tasik yang damai.

Walaupun waktu itu hanya seketika, dalam damainya angin yang menyapa ditasik itu. Hati ini sangat ikhlas merayu dan merintih pada Allah. Sehingga ketulusan itu mengalirkan air mataku setelah sekian lama. Hanya saja seketika bersama pengharapan yang teramat, bermula dari tasik itu sehingga ke malam harinya tanpa disedari oleh sesiapa.Pengharapan itu terus menapak, air mata itu terus bergenang.Dan diakhir pengharapanku ku titipkan
AKU MOHON SANGAT HANYA PADAMU ALLAH

Disaat ini aku bersyukur padaMu Allah, Kau dengar pengharapan, rayuan dan rintihanku semalam, Kau pasti saja melihat air mataku yang bergenang dan mengalir.Terima Kasih Allah untuk hadiah hari ini.Kau mudahkan dan lancarkanLah urusan kami hingga keakhirnya.Kau izinkanlah kami menjadi pejuangmu yang setia.
TERIMA KASIH YANG TERAMAT ALLAH

Wednesday, January 27, 2010

< Kita Harus Menjadi Luar Biasa >

Telah lama dan kerap kali Abang-abang saya berbicara, 'KITA HARUS JADI LAIN DARIPADA YANG LAIN', 'JADI YANG LUAR BIASA', 'JADI YANG ISTIMEWA'.

Sejak beberapa ketika dulu saya kerapkali membetulkan kalimah-kalimah yang kurang senang saya dengari gara-gara saya mencuri dengar.Kata-kata harus luar biasa, kerana kita bukan orang biasa.Kata-kata yang saya tak pernah kisah ketika saya bujangan, tapi kata-kata ini menyebabkan hati saya melompat-lompat dan meronta-meronta bila mendengarnya sekarang..Sila ubah bait kalimah kalian wahai ikhwan, apa yang anda katakan adalah apa yang anda rasa!!Jika anda tak merasai apa-apa,sila sedar orang yang mendengar @ curi-curi dengar ada perasaan ye..Sila betulkan frasa-frasa & persepsi ini..

1. ORANG RUMAH
Isteri kamu bukan orang @ orang-orang dirumah.Jangan jadikan isteri kalian PEROBOT CANTIK atau MERAK indah bulunya dirumah!! kerana ada ketikanya Ummah yang bernyawa lebih memerlukan isteri kamu daripada rumah yang tak bernyawa itu.Oleh itu, isteri kamu adalah seorang isteri bukan orang rumah.

2. PERASAAN LEGA SELEPAS KAHWIN, kerana ada 'orang' tolong urus.
Harap Maaf, semasa kamu jumpa emak & ayah isteri kamu sebelum nikah kamu katakan kepada mereka, kamu mahu jadikan dia sebagai isteri bukan PENGURUS KAMU atau BIBIK KAMU.Jika benar kamu niatkan untuk jadikan dia isteri, sila tanamkan dalam hati kamu yang paling dalam ada banyak ketikanya kamu harus mengurus diri kamu sendiri kerana ada masanya mengurus UMMAH yang sedang BERDARAH PARAH ini lebih UTAMA dari mengurus kamu SEORANG yang masih SIHAT..Oleh itu, isteri kamu adalah seorang isteri,bukan sepenuhnya seorang pengurus atau bibik.

Maka oleh itu wahai ikhwanku yang telah berkahwin atau akan berkahwin, silaLah ubah persepsi dan kata-kata kalian terhadap isteri anda, bakal isteri anda atau isteri sahabat-sahabat ana.So, buat yang masih bujangan sila jangan tanamkan istilah-istilah KUNO & Persepsi Biasa ini dalam jiwa kamu, jika tidak, kamu adalah manusia yang menzalimi kawan-kawan saya & Ummah.HARAP MAKLUM

Nota kaki & tangan: Hamburan ini tidak melambangkan roomate saya.Jika roomate saya, saya tak perlu taip dalam blog :)
........................................................
Alhamdulillah, Allah telah bagi saya nikmat untuk mengabaikan apa yang harus diabaikan yang suatu ketika dulu saya pernah migrain kerananya.Namun, yang paling disyukuri, Allah kirimkan insan yang membantu saya menyelesaikan perkara-perkara yang terpaksa saya abaikan.Thanks Allah, untuk waktu 3 bulan & 10 hari selepas menikah ini.Semoga helaian DIDIKAN yang Kau titipkan dalam buku pernikahanKu bisa menambah helaian dalam buku amal solehKu.

Thursday, December 24, 2009

< Aku Perlukan Jiwa Seorang Fatimah >

Suatu ketika dulu si Fatimah terasa sungguh jauh dari jiwaku.Tapi taktala ini, terasa seperti menyesali kenapa tidak suatu masa dahulu aku menjiwai jiwa seorang Fatimah.

Pastinya dia terlalu berharap hadirnya seorang pembantu taktala dia mengurusi isi rumah sendirian.Lalu dia hadir kepada seorang ayah memohon pengertian. Namun sang ayah hanya menitipkan 'BertasbihLah, bertahmidLah dan bertakbirLah..Disaat itu anakda akan merasakan seorang pembantu bersamamu'. Pernah menitis air mata si ayah ketika melihat tabahnya seorang anak menguli tepung sambil meyusukan si anak.

Pernah suatu ketika si Fatimah mengelilingi si suami hampir puluhan kali untuk menagih kemaafan atas keterlanjuran kata. Pasti saja kesungguhan dan keikhlasannya menyayat hati sang suami.Mungkin sahaja dia tidak sengaja atau mungkin juga dia tidak sedar bait-bait kalimah yang terpacul keluar dari lidahnya.Sungguhpun dia sangat berhak untuk merasai apa yang dia rasa kerana sesungguhnya Allah tak pernah ciptakan sesuatu itu sia-sia, tapi dia pasti yakin sesungguhnya syurga buat dirinya adalah disisi seorang suami.

Wahai Allah, berikanlah aku kesempatan untuk punyai jiwa Fatimah setelah kau berikan aku kesempatan menjiwai Khadijah dan Aisyah. Hanya padamu aku bermohon & menagih Allah, kirimkanLah untukku segunung kesabaran untuk aku terus menghadapi cabaran mengharungi hidup berkeluarga ini dan janganLah kau putuskan dariku jambakkan keikhlasan untuk aku terus berkhidmat dan untuk aku terus taat

Monday, December 21, 2009

< Supporter >

Untuk mengharungi jalan jauh, panjang & penuh onak liku ini,seharusnya setiap dari pengguna jalan DIDIKAN ini punya teman dampingan. Allah akan sentiasa berikan pada setiap dari penghuni jalan ini teman dampingan sejak dari mula hingga akhirnya.Sesungguhnya didikan ini adalah didikan kehidupan, didikan kasih sayang yang penuh dengan cinta hanya keranaNya.

Namun, hanya saja terpulang pada kita bagaimana menafsirkan seorang teman dampingan.Namun sesungguhnya, teman dampingan adalah manusia yang bisa bersama kita disetiap saat, baik senang mahupun sukar, baik ketika saat tertawa mahupun tanggis, taktala bahagia mahupun sengsara dan dia tak akan putus mendekat kita pada Dia maha Segalanya..

Jangan terlalu memilih untuk bersama seorang pendamping sungguhpun ia harus dipilih. Allah tak pernah lokek memberikan pendamping buat kita, namun hanya kita sahaja harus mencarinya. Seorang pendamping tidak semestinya seorang suami, mungkin juga teman sebilik, mungkin juga teman serumah, bahkan tidak mustahil seorang pendamping itu teman seperjuangan yang gigih berjuang diperantauan jauh.

Terima Kasih Allah untuk pendamping perjuanganku mengharungi liku onak duri ini yang tak pernah putus.Sesungguhnya engkau teramat Pengasih dan Penyayang.

< BarakallahuLakuma >



BarakallahuLakuma Wa Barakallahu'alaykuma Wa Jam'abainakumaFilKhayr

Hafizul Amin & Nur Sakinah

SeLamat Datang kawanku ke dunia yang penuh pahala. JadiLah juara pingat anugerah pengumpul pahala terbanyak. KejarLah barakah dalam setiap daripadanya.Semoga Mahligai kalian melimpah bersama Mawaddah, Sakinah dan Rahmah

Kinah, just to let you know, semua yang ustzh Marhamah kongsi dengan kita semuanya betul seh.So, bila sampai masa terasa nak buka lembaran tu, bukaLah..ada kekuatan disetiap kalimah yang kita coret bersama.

-----------------------------------------------------------------------------------

Terasa sayu dengan sebaknya ketika bait kalimah keluar dari bibir mak cik dan mengetahui satu rasa taktala menjadi pelakon yang diberi skrip saat akhir tapi kata-kata ibu saat itu benar-benar dari hati dan tembus masuk ke hati macam laser walaupun skripnya di saat akhir.Masa awal-awal macam control-control je tak nak bagi nangis kat nikah kinah, time sampai satu part ni terus En Air Mata meluncur keluar macam empangan pecah.

'Doakan saya supaya bersabar menghadapi cabaran rumahtangga dan ikhlas memberi khidmat dan ketaatan'

Just wondering masa baca dulu macam tak ter'qoute' pulak kata-kata ni, tapi time kinah nikah haritu macam terasa pulak dengan ayat ni. KAKAK pernah bagitau saya satu masa dulu, disaat saya masih kerdil erti kata sabar. Dan kini saya mengerti betapa besarnya sebuah kesabaran yang KAKAK ungkapkan dulu dan now i realise how huge dose the tolerate should be..Alhamdulillah..

Sunday, December 20, 2009

< BiLa Dibanjiri Emosi >

BiLa saat & waktu terus berLalu, taktala hati berubah-berubah tak menentu tanpa ketetapan, selepas banyaknya rahsia mereka terbongkar. Mungkin dulu aku manusia yang sering menyalahi kalian & kini aku mengetahui hakikatnya. Sungguhpun aku sedikit tenang dengan hakikat itu, namun aku manusia yang tak pernah puas & memang sentiasa ada sahaja yang tidak ku berpuas hati.Tapi setiap masalah itu lahir puncanya dari kedua-dua jiwa.

Pasti ada sebabnya kalian ditolak tapi kejamnya andai ditolak tanpa keadilan. Telah lama bermula saatnya aku kerap kali berkata pada teman-teman 'Kahwinlah wahai akhawatku'.Namun, Tidak adilnya cinta pernah menyentuh hati kalian beberapa kali sedang teman-temanku,itulah yang sulung menyentuh hati mereka..TERLALU TIDAK ADIL..Hatiku terus memberontak dengan dahsyat,alhamdulillah aku kuat mengimani adanya tuhan. Mungkin Dia mahu aku belajar ini 'Sesungguhnya cinta yang menyentuh kuat hati seorang lelaki adalah cintanya yang terakhir tetapi cinta yang menyentuh kuat hati seorang wanita adalah cinta yang pertamanya'. Wahai hati terimaLah didikan cinta ini, terimaLah wahai hati yang redha.

Wahai tuhan kau didikLah hati, jiwa,iman dan amal pemberontak bersiri ini Allah