Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, February 28, 2008

< Oh Tidurku.. >

Dari saat ini dan beberapa waktu yang telah berlalu, tidurku akan diganggu oleh 'si kecil' yang bernama PROJEK BT TESIS (benda yang tak bernyawa mu'annas kan?)..Dia akan menganggu tidurku sehinggaLah dia berusia VIVA..

Ya qowwi..mohon kekuatan yang kuat untuk kami terus bermujahadah terhadap diri kami sendiri..supaya kami bisa menjadi umatmu yang terbaik..Sesungguhnya menjadi yang terbaik itu bukan pilihan tetapi suatu perintah !! Berikanlah kesabaran, ketegaran dan ketabahan...mohon dengat sangat Ya Allah...

Wednesday, February 27, 2008

< Hospital Serdang >

Tadi spend 4 jam di Hospital Serdang..
Sangat lama, semata-mata untuk pastikan kewujudan 'si comel' dalam jasadku..
aku tahu aku sudah cukup besar untuk menghadapi masalah dengan 'si comel', hampir semua bahagian yang aku singgah di Hospital Serdang menyengih padaku kerana aku menghadapi masalah dengan ' si comel ', sampai ada sorang pengawai hospital kata "Awak yang ada masalah dengan 'si comel' ke anak awak? " Dengan selambanya jawab dengan pak cik tu: "Anak takde, adik ramai..". Hati bersuara dan memberontak : Hello..pak cik, i tak kawen lagi ah, i'm still young ah for that, apatah lagi pasal anak -anak ni..tak nampak ke orang bawak beg sekolah ni..

Destinasi singgahan di Hospital Serdang..
Jabatan Kecemasan -> Jabatan x-ray -> Klinik Kecemasan -> Unit ENT..Kat unit ENT, doktor kata 'si comel dah takde'..yeye..alhamdulillah..tapi 4 jam telah dihabiskan..keputusan akhir..' si comel takde '. SANGAT KECEWA dengan pembaziran masa yang berlaku..Waaaa...

To sisters yang amik medic..Korang belajar la rajin-rajin eh, pape kitaorang cari korang jer nanti..takyah susah-susah

To brothers yang belajar medic..Korang pun belajar tekun-tekun eh..nanti kalau sister takde, kitaorang boleh cari korang as 2nd person..

Mana sepatutnya kene lagi segan, check dengan dr non-muslim ke check dengan dr ikhwah??


------------------------------------
MENGUNDI

Kenapa kita mengundi?? Apa matlamat kita mengundi?? Apa yang kita mahu dari 'pangkahan' kita?
Kalian cukup hebat dan mahir untuk jawab soalan remeh dan enteng ni..yang kita pilih bukan orang yang ada dalam parti ni atau parti tu tapi yang kita pilih ialah orang yang mampu membantu kita dengan gigih untuk mencapai matlamat kita -> UA..
Mampu untuk bersama kita menegakkan syari'at ISLAM dan MEMBINA DAULAH..
Bukan parti syarat pilihannya, tapi itulah syarat pemilihannya..NOKTAH !!
< Teringat perbualan Hafsah dengan Ummi >

< How Manja is Manja ??? >

Dah lama jugak mencari spesifik karakteristik manja ni, sebab manja tu subjektif sangat, sampai kita tak boleh nak buat ukuran...

Wujudkah kader yang manja?ada !! Kader yang tidak siap memikul beban..
Padahal dakwah dan tantangannya semakin hebat.
Manja apabila kita tidak bisa disuruh apa saja, Pokoknya tidak bisa dan tidak mahu !!
Manja kerana ilmunya disayangi sendiri, tidak diwarisi pada mutarobbi
tidak dikongsi dengan teman-teman.
Manja kerana tidak segera membina dan mewariskan ilmunya.
Bila diberi amanah tidak profesional...
[Quatum Tarbiyah mencetak kader serba bisa]

---------------------------------------------------------------------

Hari ni cikgu baik cerita pasal anak perempuannya yang manja..

Anak saya ni anak sulung, cucu sulung kat belah saya, cucu perempuan sulung
kat sebelah wife saya..itu yang dia agak manja sikit..

Camtu ke ukuran kemanjaan?? tak aci..tak aci..
Tak semestinya orang yang membolot banyak status sulung ni manja..
TIDAK SEMESTINYA..TIDAK !!
mungkin kadang-kadang dia seronok dan suka bila mendapat perhatian yang lebih ^_-
mungkin kadang-kadang dia saje buat hal sebagai tanda ' Hello..i'm here !! '

dari,
Anak Sulung, cucu sulung di sebelah ayah dan ibu..Manja?? Hanya mereka yang mengenali yang tahu..huhu..



Friday, February 22, 2008

< Sendiri >

Malam ini Dia takdirkan aku sendirian..
sendiri untuk menyendiri..
sendiri menguzlah diri..mencari diriku kembali..
sendiri untuk ku selami diriku kembali
sendiri agar si 'dia' keluar menemaniku
agar aku hanya bersama Dia..
mencari kembali semangat itu agar ia datang kembali..

Ya Qowwi kuatkanLah aku..jangan biarkan aku jauh darimu walau se'milimeter'

Thursday, February 21, 2008

< Cikgu baik kata.. >

Saya suka ke kelas 'cikgu baik' akan ada sahaja cerita yang akan dikaitkan dengan realiti semasa..sampai dia boleh relate teori komputer dengan teori kehidupan..

cikgu baik kata:
" Orang perempuan kalau shopping, tau..tau jelah. Derang boleh shopping sampai 8 jam(macam tak caya sebab lama sangat), lapar, haus pun derang tak perasan. Awal-awal kawen dulu saya macam tak tahan gak, tapi kene adapt jugak la..Sebelum pegi shopping pastikan anda dah kenyang, takde benda urgent yang kene buat..Kalau tak pasti menyesal.Saya selalu jadi si 'Penolak Troli' time shopping, perkataan yang selalu keluar dari mulut saya 'Aik ni pun nak beli jugak ke' hehe. Orang lelaki kalau shopping paling lama pun 15 minit je, TAPI ada je orang lelaki yang lagi cerewet dari perempuan..LAGI TERUK.. "

Seronok ke kelas 'cikgu baik'..pasti ada saja nasihat yang dia akan beri..

Monday, February 18, 2008

< Pesanan >

Di penghujung kelas e-commerce cikgu baik pesan..

Final semester memang camni..jangan berangan nak besenang-lenang macam
waktu kamu kecik-kecik dulu
pandai-pandai susun waktu

banyak rahsia yang kantoi..rupa-rupanya baru ku tahu yang orang perempuan habitnya tidur pagi, orang lelaki pulak tidur lepas 'asar (mungkin betul..mungkin tak..tapi macam betul).Kalau dengan orang-orang yang rapat,tidur pagi yang takde reason yang munasabah, memangLah kene dengan ceq..Kan Allah jadikan siang untuk berusaha dan mencari rezeki..bukan buat 'hadiah mata'.Teringat kata-kata dalam novel ayat-ayat cinta, "Kalau kuffar dan serang kita, pasti mereka akan serang waktu lepas subuh sebab mereka akan menang dengan 'percuma' ". Lepas 'Asar pun takleh tidur jugak, orang kata boleh mewarisi kegilaan(tak tau betul ke tak?)


Ni pesanan-pesanan cikgu..
1. Tidur awal..bangun awal -> kan sunnah, generasi rabbani kene hidupkan sunnahkan?
2. Dekatkan diri dengan Allah -> Muraqobah iLa Allah untuk mendapat ketenangan dan pertolongan sejati
3. Pentingnya spiritual quotient untuk sakinah, mawaddah dan rahmah wa barakah -> hatiku kata "Quantum tarbiyah bisa melahirkan kader serba bisa, yang mengoptimakan setiap keterbatasan dirinya yang ada"
4. Tawakal iLa Allah..->menyerahkan sepenuhnya pada DIA dan bergantung segalanya padaNYA

Cikgu kata lagi memang final semester akan serabut lagi meyerabutkan, keruan yang menggelisahkan..dengan tesisnya..dengan setiap subjek ada projeknya..tambahan hebat bagi yang ada pakwe/makwe mesti ada problem ah punya (fuuuh..selamat kerana terselamat)

Sunday, February 10, 2008

< Koreksi Laptop >

Selepas mengkoreksi notebookku, terjumpa a doa and 2 songs...

Berkhidmatlah
Bukan untuk dibayar kembali
Berjasalah kepada manusia
Lebih-lebih lagi kepada agama
Bukan untuk dibalas dengan
Bintang-bintang didada

Berbudilah tapi jangan dijadikan gaji
Sampaikanlah risalah Allah
Tapi bukan untuk dibayar dengan upah
Berbuat baiklah
tapi jangan mengaku baik
berjuanglah
tapi jangan mengaku wira
berhikmahlah dalam berjuang
terutama dalam berdakwah
agar ia diterima orang

beribadahlah kepada Allah
Jangan kerana takutkan nerakanya
Atau ingin syurga
Tapi kerana zat Allah
Yang Maha Pemurah

-------------------------------

Mujahidah Sejati,
Intan pemata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indah permai

Engkaulah srikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama
kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana
Diasuh iman dan taqwa

Berbekal al-Quran dan As-sunnah
Bersulam penggorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menyinari bumi
Harapan ummah yang abadi
Menyuruti langkah khadijah, Aisyah, fatimah
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah.

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah disisi tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa.


< A Doa >

Ku tujukan khas untuk semua..baik yang dah kawen, akan kawen, dan belum kawen..kiranya untuk semualah(senang citer)..dan sebenarnya supaya doa ni tak lupus untuk generasi-generasi seterusnya..
(belajar kat sekolah semua benda yang kat internet tak kan hilang insyaAllah).

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada- MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati- hati
ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan
keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.

Thursday, February 7, 2008

< Merasai kematian yang hampir >

Petang tadi merancang kehidupan masa depanku, Mengasingkan antara yang pasti, tidak pasti dan yang boleh diabaikan.Kerana kita sewajarnya merancang dengan apa yang ada di tangan, yang tidak pasti itu hanya layak untuk Dia yang tentukan..

Setelah selesai, menerjah dalam hatiku..MATI ITU PASTIKAN??..Cuma tak tahu bila..saat itu aku merasai kematianku sangat hampir.Apakah sudah siap diriku menghadapi detik kematian?? Bersediakah? atau masih lagi ada bibit al-wahn dalam hatiku? Al-Wahn jugalah punca kemenangan yang tertunda..Na'uzubillah..

Teman..seandainya nanti hidupku tidak lama..Maafkan kesalahanku pada kalian.Kalian bisa tuntut hutang kalian dari warisku(tak pasal-pasal je)..Ya Allah andainya inilah amalanku yang terakhir, coretkanlah ia sebagai amalan yang Kau redhoi..Ya Robby, matikanLah aku sebagai Syuhada' di jalanMu..
Ya Allah..Semoga hati-hati kami ini sentiasa dekat dengan kematian..Semoga jasad kami terus berusaha untuk kehidupan yang lama..
Bukankah orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati MATI ??

< Kenapa mereka hebat ?? >

Kenapa kita tak bisa sehebat sahabat dan sahabiah dulu? Menjadi generasi Quran yang bergerak dan unik.Hasil tarbiyah dan dakwah mereka hebat dan mantap..Sedangkan agama yang kita anuti sama, tuhan yang kita sembah juga sama, dustur yang kita gunakan juga sama, rukun iman yang kita yakini juga sama..
Kenapa? Kenapa?? Kenapa???

Taktala mencari jawapan untuk persoalan ini, aku merindui kekasih yang satu itu, sangat rindu.Andai dia ada disisi, pasti aku temui setiap jawapan pada persoalanku, dia tidak akan pernah memberikan jawapan yang mengecewakan..Merinduinya, kerana dia menyebut aku di saat nafasnya yang terakhirnya. Jelous dengan sahabat lampau kerana bisa bertemunya(derang pun jelous kat kita gak..), Merinduinya kerana keperitan dan kesengsaraan yang dia alami supaya aku bisa menjadi aku yang kini.Terima kasih kekasih hati, syafaatkan aku nanti ye..Semoga kita bisa ketemu suatu hari nanti[rindu dengan sangat..nak cari buku sirah]

Akhirnya aku temui ini..Terima Kasih Robby..

Adakah kita bisa membuat perubahan dan melahirkan insan teladan yang hampir menyamai mereka?
Ya, jika kita mengamalkan al-Quran dan Sunnah ar-Rasul sepertimana mereka mengamalkannya
[Bekalan Sepanjang Jalan Dakwah, Mustafa Masyhur]

Mahukah kita jadi seperti mereka?Nah..itu formulanya.
Teringat kata-kata cikguku ketika aku ikuti misi yang 1st

Juz 'amma pun tak hafal habis, hadis 40 pun tak hafal, ada hati nak jadi da'ie.
Buat malu ana jer..(adui..sakitnya..tajamnya..)[Tambahkan sekali dengan Riyadus Solihin eh..]

Menjadi seperti mereka yang taktala turun wahyu dariNya, MEREKA TERUS AMALKAN. Seperti kisah pengharaman arak, ingat tak?? Mereka muntahkan arak yang ada didalam mulut dengan serta-merta, memecahkan tong-tong arak yang ada sehingga banjir. Kita??

Mereka sangat yakin dengan Allah, mereka sangat yakin dengan keimanan yang 6 itu..Keimanan yang 6 itu mengalir dalam jasad mereka seperti darah mereka yang sentiasa mengalir.Keimanan itu lentur dalam jasad mereka. Mereka sangat IHSAN dengan tuhan. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut Bilal ketika dia diseksa selain AHAD..AHAD..AHAD.Ar-Rasul ajari fatimah tasbih, tahmid dan takbir taktala fatimah meminta pembantu ketika dia sangat Lelah membuat kerja-kerja rumah, kerana mereka sangat yakin yang memberi kekuatan dan segalanya hanyalah Dia..hebatkan mereka?kita??masih berlagak dengan kuasa luar biasa sendiri??

Kita masih lagi bangga dengan diri sendiri kerana mewarisi sunnah ar-Rasul yang terbesar, DAKWAH.Tapi sedarkah kita pelengkap utama yang menyempurnakan kerja-kerja dakwah itu adalah QIYAMULLAIL..camne qiyamullail kita?? Sesungguhnya qiyamullail itu sumber kekuatan utama mereka, sumber kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang penuh kejutan.Mereka terasa sangat manis dengan qiyamullail sampai tak nak tidur.Kita?Teringat kata-kata 'zainab al-ghazali' moden kepada kami hari-hari lalu:

JANGAN BERLAGAK dengan 'kerja-kerja' yang kita buat di pagi hari kalau qiyamullail pun takleh bangun, at least 1 rakaat..Sesungguhnya disaat 1/3 malam itu, Dia turun ke langit bumi untuk mencari pemilik suara yang menyebut namaNya.

Camne kita nak kejutkan orang lain yang berada didalam rumah yang terbakar dengan api yang marak, kalau kita sendiri tak bangun dulu, kalau kita sendiri tak boleh bermujahadah dengan gigih terhadap tidur kita sendiri..
[Siri Tarbiyah Keakhawatan, jilid 4, Tarbiyah Ruhiyah, bab Qiyamullail]

Kita tak bisa jadi seperti mereka seandainya kita menjadikan Tarbiyah Ruhiyah kita sebagai 'extra' bukan rutin.Teringat kata-kata ni waktu perhimpunan besar hari tu

rehat ni pergi makan kat cafe, kalau nak extra boleh solat dhuha

Tarbiyah Ruhiyah bukan extra tapi rutin(hatiku memberontak waktu itu)..kalau kita boleh keluar ke toilet sewaktu kelas, kenapa kita tak boleh keluar untuk solat dhuha waktu kelas?? Kalau kita tak boleh lepas lunch, kenapa kita boleh lepas solat dhuha? kenapa kita boleh terlepas baca quran? valid ke alasan sangat sibuk??

Cukuplah pertemuan denganNya, syurga dan neraka memotivasikan mereka untuk berjihad, untuk terus istiqomah dengan tarbiyah ruhiyah.Sedang kita masih perlukan suara manusia untuk termotivasi.Tidak cukupkah surah al-Insan memotivasikan kita indahnya syurga? Ingat tak kisah sahabat yang mencampakkan kurma yang sedang dia makan di tangan untuk menyahut panggilan jihad sebaik sahaja rasulullah sebut kalimah syurga, akhirnya dia syahid. [Riyadus Solihin, jilid 1, bab bersegera melakukan kebaikan]

Sesungguhnya kitalah punca kemenangan itu tertunda, kitalah sendiri puncanya pertolongan itu masih tertunda.Wahai diri, jangan biarkan ketertundaan itu dari sisimu..

Astagfirullah..benarkah kata-kataku tuhan??Sesungguhnya aku berkata-kata dengan suara hatiku.Aku masih lagi insan yang penuh dengan dosa, kesalahan dan kekeliruan.Teman, betulkan diriku andai aku tersalah. Ingati aku,taktala aku lupa.Medan amal tidak akan pernah sama dengan medan kata-kata(medan menaip..^_^)

< SelamatLah abang dan kakakku >

Sabtu ni, seluruh isi langit dan bumi akan bergembira seperti pernikahan abdullah dan aminah...

Semoga Allah mempermudahkan yang rumit, melapangkan yang sempit, melancarkan yang tersangkut-sangkut, memberi ketenangan yang paling damai, memberikan segalanya yang terbaik dan terlayak buat abang dan kakakku ini ..

Ya Allah kau kurniakanlah mereka barakah, mawaddah, sakinah wa rahmah.


Walaupun kami tidak seibu dan tidak seayah, tapi bukankah ikatan aqidah yang melahirkan ukhuwwah luar biasa ini lebih hebat dari ikatan darah. Seperti ukhuwwah luar biasa 'Aus dan khazraj, muhajirin dan ansar...

Wednesday, February 6, 2008

< Pembedahan Kecil >

Menjalani minor operation dengan perasaan yang seolah-olah berada dalam pra-sakaratul maut..Tuhan sahaja yang tahu perasaanku..Berhadapan dengan 1 doktor dan 4 nurse..Dalam bayangan emosi dan imaginasiku taktala itu, doktor tu kelihatan seperti 'Malaikat Izrail' yang sedang mencabut nyawa orang-orang yang berdosa, sangat gigih sebab dia bertukar-tukar tempat untuk menamatkan riwayat 'si kecil' dan kelihatan sangat menyakitkan.Nasib baik ader bius, kalau tak mesti bergegar bangunan tu..TAPI TIME SAKARATUL MAUT TAKDE BIUS KAN???

Mungkin ini kifarah atas dosa-dosa ku..dan minor operation tu mungkin akan memberi kesan dalam hidupku beberapa hari ni..Ampuni dosaku yang menggunung ini tuhan..Mohon dengan sangat..

Ya Allah
Ampunilah dosa-dosa kami
Hanya Engkau sahaja yang layak mengampuni dosa-dosa kami
Permudahkanlah saat kematian kami nanti
Sesungguhnya kami tak mampu menghadapi kematian yang perit
Kurniakanlah kami husnul khotimah Ya 'Alim