Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, February 6, 2008

< Pembedahan Kecil >

Menjalani minor operation dengan perasaan yang seolah-olah berada dalam pra-sakaratul maut..Tuhan sahaja yang tahu perasaanku..Berhadapan dengan 1 doktor dan 4 nurse..Dalam bayangan emosi dan imaginasiku taktala itu, doktor tu kelihatan seperti 'Malaikat Izrail' yang sedang mencabut nyawa orang-orang yang berdosa, sangat gigih sebab dia bertukar-tukar tempat untuk menamatkan riwayat 'si kecil' dan kelihatan sangat menyakitkan.Nasib baik ader bius, kalau tak mesti bergegar bangunan tu..TAPI TIME SAKARATUL MAUT TAKDE BIUS KAN???

Mungkin ini kifarah atas dosa-dosa ku..dan minor operation tu mungkin akan memberi kesan dalam hidupku beberapa hari ni..Ampuni dosaku yang menggunung ini tuhan..Mohon dengan sangat..

Ya Allah
Ampunilah dosa-dosa kami
Hanya Engkau sahaja yang layak mengampuni dosa-dosa kami
Permudahkanlah saat kematian kami nanti
Sesungguhnya kami tak mampu menghadapi kematian yang perit
Kurniakanlah kami husnul khotimah Ya 'Alim

No comments: