Berkhidmatlah
Bukan untuk dibayar kembali
Berjasalah kepada manusia
Lebih-lebih lagi kepada agama
Bukan untuk dibalas dengan
Bintang-bintang didada
Berbudilah tapi jangan dijadikan gaji
Sampaikanlah risalah Allah
Tapi bukan untuk dibayar dengan upah
Berbuat baiklah
tapi jangan mengaku baik
berjuanglah
tapi jangan mengaku wira
berhikmahlah dalam berjuang
terutama dalam berdakwah
agar ia diterima orang
Jangan kerana takutkan nerakanya
Atau ingin syurga
Tapi kerana zat Allah
Yang Maha Pemurah
Mujahidah Sejati,
Intan pemata mutiara mahkota
Seindah pelangi dicakerawala
Menghiasi taman indah permai
Engkaulah srikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan
Akhirat utama
kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana
Diasuh iman dan taqwa
Berbekal al-Quran dan As-sunnah
Bersulam penggorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menyinari bumi
Harapan ummah yang abadi
Menyuruti langkah khadijah, Aisyah, fatimah
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah.
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah disisi tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa.
No comments:
Post a Comment