Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, December 17, 2007

< Detik Bermula >

After a date dengan yang dirindui dari jauh [haha buat kontrovesi..].

Ala, tauLakan bile jumpa kawan-kawan lama ni, dah tau dah ape tajuk-tajuknya, macam dah ader skrip -_^ sampai boleh prepare skrip jawapan.Alih-alih kuar tajuk " Turning point untuk terus berada 'disini'? ".

Kenapa aku disini?Mengharungi jalan yang panjang dan berliku ni?Bila mula rasa untuk berada disini?


Jenuh gak mencari jawapan.At last i decide menghabiskan persoalan tu dengan: "Kalau ia telah datang, alhamdulillah, malas nak cari detiknya bila dan dimana, kalau belum, Semoga Allah membenarkan aku menjumpainya dengan suasana yg paling layak"

Time mencungkil balik 'manual' hidup muslim,terjumpa ini..ini..dan ini..

Katakanlah''Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikuti mengajakmu kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik " [Yusuf(12): 108]

Adakah aku punya pilihan?

" Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan "

"Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya"
" dan sungguh rugi orang yang mengotorinya " [As-Syams(91): 8-10]

Betul ke takde pilihan lain?

" Jika kamu berbuat baik, kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri.Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian yang nyata) itu untuk dirimu sendiri..."[Al-Isra(17): 7]

huhu Allah tak rugi pape kalau kita takde, Allah tak untung pape kalau kita ada, sebab DiaLah yang Paling Kaya..

Thanks Allah untuk ilham yang kau campak padaku..Marilah bersamaku untuk menyakini bahawa Dia telah memberikan 'manual' yang paling lengkap untuk melangkah dan bernafas dibuminya..

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian " [Al-Isra(17): 82]

dan Dia Sangat Tahu apa yang tersirat dihati setiap hambanya

" Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu, jika kamu orang yang baik, maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat "[Al-Isra(17) : 25]

2 comments:

Khadijah (3K) said...
This comment has been removed by the author.
nanami ichijo said...

kiter suke..