Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, November 24, 2008

< Kembara Disember >

Semalam saya mengimpikan disember yang penuh dengan angin-angin kembara. Tapi hari ini saya disentak dengan disember yang penuh dengan taufan-taufan MEETING [aduuuhhh] Impian kembara ku hampir berkabus..Hari ini mesin kepala saya jem [versi jem mrr2 lepas ofis hour] untuk menyusun awlawiyat hari ini seolah-olah tiada lagi ruang untuk disumbatkan..[boLeh tak saya nak sewa kepala sesiapa??] Mesin kepala saya kini seolah-olah keliru, mengisi fitrah ataukah melaksanakan amanah..

1. Kawan-kawan saya akan berkumpul 2-3 hari lagi, saya?? saya selalu jadi orang yang ketinggalan T_T [SiLa baca dengan nada sangat SEDIH]. Saya baru sedar tadi yang ada jemputan untuk saya hujung minggu ini..huhu..Jumaat ini saya dituntut untuk menunaikan amanah lagi, TAPI maaf.. saya ada dating dengan UMMI [tiada toleransi untuk ini!!] Weken ni ada yang berharap untuk saya mengisi dengan sesuatu, tapi isnin sepatutnya saya ada di JB..untuk mengisi hak saya kepada hati-hati di Johor [Sape nak pinjamkan helikopter untuk saya??].SeLasa, saya akan 
VIVA..Rabu saya ada PROJEK UNTUK PRESENTATION DENGAN MIMOS.. Antara fitrah dan amanah yang mana yang harus saya pilih?? [Walaupun saya dah ada keputusannya]

2. 13- 14 Dis - Kami dah plan a family vacation untuk ke PAHANG..Bergembira dan berseronok di resort..BiLa pulang, rupa-rupanya hak amanah perlu ditunai pada 13 Dis.. Antara fitrah dan amanah, mana yang harus saya pilih?? Saya juga manusia yang ingin ada rasa gembira dan seronok !!

3. Saya telah putus pada tarikh ini, adaLah masa untuk saya..Gangguan takkan dijeling
8-12 Dis - Eid + Kampung
19-20 Dis - x-Usrahmate nikah
24-25 Dis - x-Usrahmate nikah

4. Saya mahu jadi seperti al-Ghazali yang punya 1/3 masa untuk tuhan, 1/3 masa untuk keluarga dan 1/3 masa untuk DIRI SENDIRI ..

Saya -> Hari ni saya terpaksa jadi PINK atas sebab yg diberi ADIK supaya mesin kepala saya tidak jem lagi...ader tak sesiapa yang sudi nak ciptakan hendset yang boleh hantar meseg dgn mengesan gelombong otak tuannya tanpa di taip.. Nanti saya jadi antara orang-orang awal memilikinya..

3 comments:

cikEff said...

ada pintu sesuka ati cam nobita logik tak?
urm.
sy pun. buat masa skrg, kepala di shah alam, jasad di micasa.
apepon, msti syukur dan sabar.
one step at the time.
selamat berjaya awk utk seme ujian kehidupan awk!

Anonymous said...

semoga sentiasa dipermudahkan untuk akak tersayang-winking a lot-

cahayakebahagiaan

Anonymous said...

salam alaiki..

saudari, nak tanya.. mengenai pembahagian masa..
1/3 utk tuhan, 1/3 utk kelarga, 1/3 utk diri sendiri..

apakah pendapat saudara mengenai persoalan saya ni..
klu belajar termasuk dlm urusan tuhan or diri sendiri?
urusan kerja pula? contoh..kerja di pejabat?
urusan dakwah pasti urusan tuhan kan?
sekian, terima kasih.