Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, July 31, 2007

Sejak beberapa hari kebelakangan ni my asma datang balik..alhamdulillah tak teruk,sekadar batuk-batuk asma jeh dan sakit dada(susah nak nafas)..tapi kekerapan dia lebih kerap dari dulu.Dulu biasanya seminggu sekali atau sebulan sekali, sekarang ni dah jadi sehari sekali paling lama pun 2 hari sekali..Kenapa? tak pastila pulak..samaada sebab hari-hari dok dalam udara aircond yang sejuk ataupun stress management kurang effective atau unhealthy lifestyle..salah satu atau kesemuanya sekali..

Kelmarin sengaja bagitahu pada ibu, walaupun sebenarnya dah tahu resolusinya KENE MAKAN UBAT..haha.Tapi tak sempat lagi nak pergi cari ubat-ubat tu, apatah lagi nak makan.Jangan bagitahu my mom tau, nanti dia risau..kalau ibu sendiri yang baca,takleh nak tolong ah..

Kelmarin jugak dok cerita dengan ibu,my new life here..Tu yang jadi lama tu.Tambahan pulak adik-adik tidur lagi time tu, plus, ayah ke KL..Kalau tak,mimpi nak lama macam tu..Ceritalah pasal itu..pasal ni..1 statement ibu yang i remember untill now," Awak ada banyak pilihan, tapi awak yang pilih hidup awak macam tu, jangan nak mengeluh pulak"..Yup, Allah memberiku banyak pilihan dulu, menerima atau menolak 'amanah' ini dan menerima amanah itu, aku perlu buat LI disini..sedangkan aku tahu dirumah lebih banyak kemudahan yang aku peroleh,kesenangan yang menggamit dan menyeronokkan..MENYESAL?? mungkin tidak. Walaupun kadang-kadang keluhan itu pasti akan datang menyingah.Aku selalu berkata pada diriku,MENCABAR diri sendiri,memaksa diri bekerja diluar batasan kemampuan.."Nazihah,akan adakah orang lain,andai bukan dirimu..".Ya..aku tahu,dengan memilih 'kehidupan' ini, aku perlu menerimanya secara 'PAKEJ'..Pakej yang diadun bersamanya suka, duka, ketawa dan air mata..

ALLAH AKAN KIRIMKAN UJIAN TERHADAP SESUATU YANG KITA TAKUT DAN KITA TAK SUKA..[always in my mind untill now..takutnya..]

2 comments:

Anonymous said...

sister, isnt it supposed 2 b athma? ;) syafakillah thou~

[ Nazihah ] said...

huhu..mungkin ya dan mungkin tak..
in my case kenapa dia mungkin ya,
sebab ana memang ada athma tapi tak teruk(satu family ada).
Sebenarnya, bila batuk tu dia bukan batuk biasa..batuknya tak sakit tekak,tapi batuknya sakit dada..
is it?betul ke?kene tanya pada yang lebih arif..