Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, July 11, 2007

< 2 Minggu Telah Berlalu >

Maaf buat mereka yang menanti catatan hati di blog ini..bukan sengaja aku membiarkan ianya sunyi..terlalu banyak benda yang aku perlu dahulukan yang lebih penting dari MENGUPDATE blog kesayanganku ini..

Ketika exam
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..Terima kasih Ya Allah kerana kau permudahkan segalanya..Seriously,aku sangat suka kenangan exam yang lalu, periksa sambil BERGELUMANG dengan kesibukan.haha

[2] Beberapa hari lepas exam terus ada SP..Fuhuu kering air otak..Sesungguhnya kita merancang, hanya Allah yang menentukan yang terbaik dan layak untuk kita.Walaupun banyak benda yang tak settle..tapi aku rasa Allah nak tunjukkan pada diri ini sesungguhnya pada syura itu ada barakahnya..

[3] Meniti hari untuk Kak Wardah bertukar status..mentang-mentanglah DS dekat dengan rumah Kak Wardah, suka-suka je berulang-alik..buat macam rumah sendiri pulak.Macam biasa, walimah adalah salah satu program alumni yang boleh mengumpulakan ramai orang.[Sapa pulak lepas ni? haha].Walimah Kak Wardah telah menjadi isu pencetus untuk reunion batch aku..haha..ada yang dah 9 tahun tak jumpa, jumpa balik..Yang jumpa setahun sekali dan itupun waktu program je, jangan citer la..walaupun korang kat gombak je...Teruknya...Maaf tak dapat menjadi sahabat korang yang baik..Lagilah orang yang dok kat johor, lagi lama tak jumpa padahal balik johor tiap-tiap bulan..Paling tak boleh tahan, time Kak Wardah nikah, terpaksa buat keputusan antara dua..[benci untuk buat keputusan] antara amanah dan keinginan, mana yang menjadi pilihan..walaupun jasad di Bangunan kejuruteraan tapi hati kat surau kauthsar..Memang bermujahadah giiler time tu..nak cabut nanti takde yang tinggal untuk menjadi pengganti.Kemuncaknya biler Mujahid keluar dari bilik tu..huhu sedih giler..Tapi biler Mujahid masuk balik,ia macam dah reda dan berkurang sikit..memujuk diri dengan "Alhamdulillah..mujahid dah balik ni mesti dah selamat.." [buat kontroversi tambah nama mujahid..haha]. Habis je, terus rempit pergi rumah kak wardah, membalas kesedihan yang lalu..Perasaannya sama macam tak dapat pegi walimah Kak Yam haritu, tu yang jadi macam imune sikit..

[4] Sekarang ni tengah jadi wanita berkerjaya..tapi untuk 4 bulan jer..tu yang suka-suka jer nak update kat OFFICE ..Keje tapi kene cari mad'u..camne ni!!! Jelous dengan orang lain yang dapat mad'u 3 orang sehari..JELESNYEEEER..boleh tak jadikan komputer ni mad'u..Wa...

No comments: