Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, July 31, 2007

Sejak beberapa hari kebelakangan ni my asma datang balik..alhamdulillah tak teruk,sekadar batuk-batuk asma jeh dan sakit dada(susah nak nafas)..tapi kekerapan dia lebih kerap dari dulu.Dulu biasanya seminggu sekali atau sebulan sekali, sekarang ni dah jadi sehari sekali paling lama pun 2 hari sekali..Kenapa? tak pastila pulak..samaada sebab hari-hari dok dalam udara aircond yang sejuk ataupun stress management kurang effective atau unhealthy lifestyle..salah satu atau kesemuanya sekali..

Kelmarin sengaja bagitahu pada ibu, walaupun sebenarnya dah tahu resolusinya KENE MAKAN UBAT..haha.Tapi tak sempat lagi nak pergi cari ubat-ubat tu, apatah lagi nak makan.Jangan bagitahu my mom tau, nanti dia risau..kalau ibu sendiri yang baca,takleh nak tolong ah..

Kelmarin jugak dok cerita dengan ibu,my new life here..Tu yang jadi lama tu.Tambahan pulak adik-adik tidur lagi time tu, plus, ayah ke KL..Kalau tak,mimpi nak lama macam tu..Ceritalah pasal itu..pasal ni..1 statement ibu yang i remember untill now," Awak ada banyak pilihan, tapi awak yang pilih hidup awak macam tu, jangan nak mengeluh pulak"..Yup, Allah memberiku banyak pilihan dulu, menerima atau menolak 'amanah' ini dan menerima amanah itu, aku perlu buat LI disini..sedangkan aku tahu dirumah lebih banyak kemudahan yang aku peroleh,kesenangan yang menggamit dan menyeronokkan..MENYESAL?? mungkin tidak. Walaupun kadang-kadang keluhan itu pasti akan datang menyingah.Aku selalu berkata pada diriku,MENCABAR diri sendiri,memaksa diri bekerja diluar batasan kemampuan.."Nazihah,akan adakah orang lain,andai bukan dirimu..".Ya..aku tahu,dengan memilih 'kehidupan' ini, aku perlu menerimanya secara 'PAKEJ'..Pakej yang diadun bersamanya suka, duka, ketawa dan air mata..

ALLAH AKAN KIRIMKAN UJIAN TERHADAP SESUATU YANG KITA TAKUT DAN KITA TAK SUKA..[always in my mind untill now..takutnya..]

Monday, July 30, 2007

< Menyesalkah Dengan Sebuah Kehidupan>

Sejak beberapa hari yang lalu,panas baranku semakin menjadi-jadi,mungkin lebih teruk dari dulu.Angkara beberapa perkara yang berlaku pada diriku beberapa hari yang lalu.Asal jumpa orang je rasa macam nak FIRE. Alhamdulillah,Allah mengirimkan kesabaran buat hambaNya yang kerdil ini,walaupun ada saat dan ketikanya aku KALAH dan syaitan melonjak keGEMBIRAan..huhu.Alhamdulillah,TEMPER itu telah kembali stabil.Ya Allah,hindarilah diri ini dari semua itu lagi,ku mohom dengan sangat Ya Allah..

Jumaat yang lalu selepas office hour,tunggu bas nak balik ke rumah.Sempatlah berbual dengan sorang member ni..
Mula-mula ingatkan dia 1st year,layan je lah bila dia panggil akak.
[lebih kurang macam ni perbualannya]

Dia: Akak baru balik kerja
Nzhh: A'ah
Dia:: Akak amik master ke?
Nzhh: Takdelah,tengah degree,final year InsyaAllah.Tahun berapa?
Dia: Tahun 3, fnal year jugak
Nzhh:[He'eleh bukan kita macam sebaya ke?]..Dulu matriks ke stpm?
Dia: Stpm
Nzhh:[Sory,,you are older then me OK!->perasaan: geram macam nak makan je orang tu].o00 ye ke..
Dia: Akak ni dah kawin ke?
Nzhh:[Ceh..mentang-mentangla bawak beg keje..ko kata aku dah kawin..GERAMNYER..->perasaan: rasa macam nak buat barbeque.] Takdelah,belum kawin lagi..Heee(senyum yang tak ikhlas dan GERAM..).
--Nasib baik bas dah datang lepas tu..Fuuh lega--
MemangLah orang muda sekarang..kene belajar menggunaka ayat-ayat hikmah..

Sabtu pagi ada daurah penggerak[episode 1].Yang bestnya,kami yang jadi speakersnyer..Seronok..[Walaupun tak kene].DahLa kat tempat tu ada wireless,bila time bosan bukak youtube,cari video untuk buat selingan..hehe.Tapi apa yang aku paling ingat is KITA AKAN DIUJI DENGAN PERKARA YANG KITA PALING TAKUT DAN TAK SUKA..huhu menakutkan tak?waktu dengar tu rasa macam nak menggeletar badan..lepas tu search apa yang aku takut dan benci..gara-gara takut punya pasal.Adalah dalam list,beberapa benda.Ada yang baru je melanda diri..huhu

Semalam,gayut dengan ibu lama giler..sampai uda dah siap masak..haha kelakar.Balik rumah nanti boleh suruh uda masak..

Friday, July 27, 2007

< Bila Kawan Lama Tegur Kita>

Tadi selepas jumpa adik-adik di bakery,UKM..Berjalan pulang ke OFFICE.Keluar je dari student center UKM, ada orang panggil dari dalam kereta..bila toleh,rupa-rupanya schoolmate yang dah 2 tahun tak jumpa,Walaupun time 1st year dulu duduk sekolej dengan dia..Yang lagi seronok tu,he call me first pulak tu..[terharu dan gembira].Sangat gembira.Ingatkan dia dah lupa batchmate dia yang sorang ni.Yealah kan tenggelam dengan perempuan-perempuan cantik dan lawa di UKM ni..[walaupun kecantikkan itu hak milik setiap insan haha..]

Dia? He's more mature dari kat sekolah dulu, dia dah besar, dia dah dewasa..dan bila orang dah matang ni dia akan BERTUKAR menjadi lebih SMART dan HENSEM[buat kontrovesi lagi, tapi tak salahkan memuji kejadian tuhan..SUBHANALLAH].Cuba ada sedikit kekecewaan dari dasar hati yang terdalam.Masihkah dia bersama tarbiyah dan dakwah?

Aku?Aku hanya boleh berusaha sedaya mampu agar dia melalui jalan tarbiyah dan dakwah ini..tapi aku masih seorang perempuan dan dia seorang lelaki.Di UKM ni ada 2 orang banin SMIH..sorang my batch,sorang muda setahun.Heem[mengeluh lagi..],bukan apa..terkenangkan masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan..Ada sesiapa tak yang nak tolong LASSO derang?

Wednesday, July 25, 2007

< Meminati dan Diminati>

[ haha menggunakan strategi pemasaran yang baik punya, dah la dah lama tak update, pastu kuar pulak tajuk kontroversi..haha 'strategi' betul]

Hujung minggu yang baru-baru ni RETREAT kejap di rumah..berehat dengan sesungguhnya..macam kereta yang kene servis..Ehmm, pergi 'servis' diri supaya lepas servis tu boleh 'berfungsi' dan 'digunakan' dengan lebih baik.Yang paling best,itulah kali pertama dan terakhir balik johor ada bodyguard hehe..Tapi bodyguard tak berbayar.Teringat pengalaman ketika solat di ayer hitam, suka-suka je ajak sorang makcik ni berjemaah.SELAMBA..walaupun kene jadi imam..tak kisah je waktu tu, janji dapat berjemaah.Mungkin pengalaman banyak mengajar untuk selamba bila mengajak orang kpd kebaikan..

MINAT..Salah ke?mesti yang berlainan jantina ke?..teringat masa kecik-kecik dulu, time muda-muda,aku pernah meminati ramai orang, darjah 4 sorang[dah tak tau dah mana dia pegi], darjah 5 sorang[tak ingat siapa], darjah 6 sorang[haha]..lepas tu suci sampai la ke form 5, baru admire 2 orang member ni[sampai sekarang admire mereka, sorang dah selamat jadi hafizah]..Sekarang ni aku tengah admire rasa macam 10 orang kot..Aduh, rindu giler dgn mereka..Tapi pengalaman waktu form 3 tu memang takleh dilupakan,dan sekarang aku mengalami situasi yang sama..huhu[Ada sesiapa yang nak tolong??]

Teringat pesanan sorang Muallimah time I'DAD DUAT yang first di Hira', "Sesungguhnya meminati itu tak salah,tapi kenelah pandai jaga diri dan pastikan takde orang lain YANG TAHU kita meminati seseorang itu.Maksudnya sampai mati kita kene simpan sendiri"..Meminati itu tidak salah kerana ia adalah fitrah[Allah memang cipta kita suka kepada akhlak yang SOLEH], TAPI kita kene pasikan hati kita jauh dari bibit awal ZINA HATI..Jangan bagitau sesiapa tu motifnya supaya kita tak merosakkan ukhwah yang sedia terjalin, melainkan kita akan membuat 'ikatan yang lebih baik'[paham-paham sendiri lah].Dan pastikan bila kita admire orang, dia boleh membantu meningkatkan IMAN DAN AMAL kita, bukannya menambah DOSA YANG MEMANG DAH SEDIA BANYAK NI..

Isu menjaga hati ni, teringat sorang member time matrik dulu.Time dia nak hantar mesej pada budak lelaki, mesti dia suruh aku baca dulu..Baik giler orang nyer.Pastu cakap gan dia, "Bila takde pape 'perasaan' time hantar mesej tu hantar je, bila rasa macam lain,delete terus mesej yang nak hantar tu tak yah hantar buat tambah dosa je"

Teringat kata-kata Ustaz Alias,"Ikhwah..akhwat, ni ana nak pesan pada antum,janganlah laga-lagakan sesama-sesama antum.Ni isu hati ni..tolonglah bantu sahabat-sahabat antum untuk jaga hati derang".Serious aku pernah buat dulu[tapi waktu sebelum tahu ia melibatkan hati], memang betul-betul jadi..So, janganlah laga-lagakan[kene-kenekan, match-matchkan, tak kisah la apa nama nyer..] kawan-kawan, adik-adik atau seniors..Aku seringkali kata pada diri, time terkenakan orang secara tak sengaja.. "Hati sendiri pun susah nak jaga, baik jangan rosakkan hati orang, kalau byk pahala,komfem masuk syurga lain la citer".Bila dikenekan aku selalu cakap.."Tolonglah..nazihah ada satu je hati"[Maaf inilah nazihah, nazihah yang selalu buat orang terdiam samaada marah atau mati kata..hehe]

p/s: Djah kalau jumpa hanah suruh dia baca entri ni tau..mesti dia teringat kenangan-kenangan lalu yang indah..kenangan yang tak bisa berulang tapi terlalu indah,kelakar dan comel untuk di lupakan..I miss school,miss my friendss..



Thursday, July 12, 2007

< Dedication Untuk Semua >

Buat Alang..
Hidup ini adalah semua yang perlu untuk kita buat keputusan, tapi keputusan yang kita buat tu tak semestinya yang terbaik untuk diri kita dan kitalah yang kene pastikan keputusan yang kita buat tu keputusan yang terbaik dan layak yang Alllah tetapkan bagi diri kita.Jadilah diri sendiri, awak adalah awak, jangan bandingkan diri awak dengan orang lain..Ni kata-kata yang pernah diungkapkan oleh sorang KAKAK di DS " Walaupun kita tak sehebat orang lain, tapi kita adalah orang yang paling HEBAT untuk menjadi diri kita sendiri"..Jangan terlalu underestimate kemampuan diri kita sendiri, kadang-kadang kita je yang tak yakin yang sebenarnya kita boleh, sebenarnya kita LEBIH HEBAT DAN LEBIH TABAH dari apa yang kita sangka..All da best, buat yang terbaik, yang penting kita dah buat yang terbaik..hasilnya serahkan pada Allah untuk meletakkan yang terbaik untuk kita.

Buat Kakak-kakakKu..Kak Syima, Kak Shu, Kak Ija, Kak Liza, Kak Ju, Kak Wardah..
Selagi mana kita sanggup menjadi PEJUANG di Jalan Ini, Allah takkan membiarkan pejuang-pejuangnya miskin dan papa..berusahalah sehabis daya, sehingga peluh kita kering..Sesungguhnya diri ini nekad untuk tidak menitiskan air mata walau setitis dengan perpisahan ini, kerana Allah akan menemukan kita semula nanti ..PASTI..andai tak didunia InsyaAllah di Jannatul Firdaus..

Buat 'pengawasku'
Aku merindui pahala yang mengalir dari bukuku " Dijalan Dakwah Aku Menikah"..Ya, aku tidak sesuai untuk katam buku itu, walaupun aku dah katam dah buku tu tahun lepas lagi..waktu misi pulak tu..haha.Aku merindui pahalaku yang mengalir untuk melihat dan memberikan KAKAK-KAKAKKU membaca buku itu, supaya mereka boleh mempersiapkan diri sebelum waktunya tiba dengan sebaik-baik persiapan..Tapi takpe, "Kado pernikahan untuk isteriku" ada..haha

Ya Allah Yang Maha Kuasa dan Berkuasa
Sesungguhnya aku masih belum penat
aku masih belum letih
aku masih punya keringat untuk ditumpahkan
aku masih punya idea untuk disalurkan
aku masih punya airmata untuk dititiskan
dan belum setitis pun darahku tumpah diJalanmu Ini
aku masih punya nafas untuk melangkah
aku masih punya kekuatan untuk terus berlari
aku masih punya hati untuk diguris
aku masih punya perasaan untuk ditensionkan
Seandainya INILAH bayaran yang perlu aku penuhi
untuk menjadi pejuangmu yang setia
untuk menjadi Syuhada di JalanMu
akanku penuhi dengan Gagah dan Tabah..
akan ku terus menghambakan diri untuk KEMENANGAN YANG PASTI

Wednesday, July 11, 2007

< 2 Minggu Telah Berlalu >

Maaf buat mereka yang menanti catatan hati di blog ini..bukan sengaja aku membiarkan ianya sunyi..terlalu banyak benda yang aku perlu dahulukan yang lebih penting dari MENGUPDATE blog kesayanganku ini..

Ketika exam
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..Terima kasih Ya Allah kerana kau permudahkan segalanya..Seriously,aku sangat suka kenangan exam yang lalu, periksa sambil BERGELUMANG dengan kesibukan.haha

[2] Beberapa hari lepas exam terus ada SP..Fuhuu kering air otak..Sesungguhnya kita merancang, hanya Allah yang menentukan yang terbaik dan layak untuk kita.Walaupun banyak benda yang tak settle..tapi aku rasa Allah nak tunjukkan pada diri ini sesungguhnya pada syura itu ada barakahnya..

[3] Meniti hari untuk Kak Wardah bertukar status..mentang-mentanglah DS dekat dengan rumah Kak Wardah, suka-suka je berulang-alik..buat macam rumah sendiri pulak.Macam biasa, walimah adalah salah satu program alumni yang boleh mengumpulakan ramai orang.[Sapa pulak lepas ni? haha].Walimah Kak Wardah telah menjadi isu pencetus untuk reunion batch aku..haha..ada yang dah 9 tahun tak jumpa, jumpa balik..Yang jumpa setahun sekali dan itupun waktu program je, jangan citer la..walaupun korang kat gombak je...Teruknya...Maaf tak dapat menjadi sahabat korang yang baik..Lagilah orang yang dok kat johor, lagi lama tak jumpa padahal balik johor tiap-tiap bulan..Paling tak boleh tahan, time Kak Wardah nikah, terpaksa buat keputusan antara dua..[benci untuk buat keputusan] antara amanah dan keinginan, mana yang menjadi pilihan..walaupun jasad di Bangunan kejuruteraan tapi hati kat surau kauthsar..Memang bermujahadah giiler time tu..nak cabut nanti takde yang tinggal untuk menjadi pengganti.Kemuncaknya biler Mujahid keluar dari bilik tu..huhu sedih giler..Tapi biler Mujahid masuk balik,ia macam dah reda dan berkurang sikit..memujuk diri dengan "Alhamdulillah..mujahid dah balik ni mesti dah selamat.." [buat kontroversi tambah nama mujahid..haha]. Habis je, terus rempit pergi rumah kak wardah, membalas kesedihan yang lalu..Perasaannya sama macam tak dapat pegi walimah Kak Yam haritu, tu yang jadi macam imune sikit..

[4] Sekarang ni tengah jadi wanita berkerjaya..tapi untuk 4 bulan jer..tu yang suka-suka jer nak update kat OFFICE ..Keje tapi kene cari mad'u..camne ni!!! Jelous dengan orang lain yang dapat mad'u 3 orang sehari..JELESNYEEEER..boleh tak jadikan komputer ni mad'u..Wa...