Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, August 28, 2009

< Untuk Hati Yang Mencari Cinta & Penuh Cinta>

Sesungguhnya sebuah hadis qudsi menyebut..

Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah berfirman, 'Siapa sahaja yang memusuhi kekasihku, Aku umumkan perang terhadapnya. Tidaklah hambaKu mendekatkan diri dengan sesuatu yang paling Aku cintai kepada-Ku kecuali dengan sesuatu yang aku wajibkan padanya. Tidaklah hambaKu mendekatkan diri dengan nawafil (ibadah sunah) kecuali Aku mencintainya. Jika aku telah mencintainya, Aku menjadi telinganya untuk mendengar, menjadi matanya untuk melihat, menjadi tangannya untuk memukul, dan menjadi kakinya untuk berjalan. Jika ia meminta, Aku kabulkan. Jika ia meminta perlindungan, Aku lindungi'." (HR IMAM BUKHARI)

Apakah lagi yang kamu ingini wahai hati yang mencari cinta??
>> Bila saya tengah susun query dalam kepala untuk topbraid ni..

Tuesday, August 25, 2009

< Kenapa Saya Suka Sangat Dengan Ramadhan >

[bc: mengikut tone budak iklan petronas 'Kenapa saya suka sangat dengan rumah saya']

Kenapa saya suka sangat dengan ramadhan...
1. SEMUA orang jadi baik!! seronok sangat..
2. Lepas setiap kali azan semua orang bergegas ke masjid
3. Semua orang jadi peka dengan timing solat
4. Semua orang jadi GILER & TAMAK PAHALA
5. Semua kawasan akan jadi kawasan ZON LARANGAN MEROKOK..YAY !! Tiada asap rokok dalam hidup saya bulan ni..Ini menunjukkan orang yang kerap merokok ni orang Islam sebab dia pose tapi Islam kata rokok haram...issshhh pening kepala ceq..

Apa yang saya benci terjadi ketika ramadhan
1. Baru puasa yang tiga market dah pasang lagu raya...HELLO..baru pose ketigaLah !! Mungkin saya kene bagi lagu ramadhan kot kat market tuh..
2. Orang curi handset dan selipar time terawih dan i'tikaf
3. Orang yang pose tapi tak pakai tudung dan sengaja terlepas solat [saya tahu usaha saya membaiki keadaan ini baru ciput T_T huhu] tapi semua tu ada dalam Quran kot macammana pose ada dalam Quran

Tuesday, August 18, 2009

< SeteLaH 2 BuLan >


Hampir 2 bulan ruangan ini dibiar sepi tanpa diingini..Sungguhpun banyak yang terjadi dan berlaku tapi harapan hanya tinggal harapan pabiLa 'Wajibat akhsaru minal auqot' ... SemaLam teLah berlalu, hari ini sedang berlangsung dan esok tidak pasti..


[Cameron's Memory]

PabiLa mereka terkeluar ketika saya atas talian YM..Maka setiap kawan-kawan saya yang tidak mengetahui rahsia kenakalan mereka akan kata 'coMelnya mereka' [BoLehLa comel ^_- ]

..Rahsia 1 Si Abang..
Ketika dia teman saya mengemas barang sebelum ke Bangi di dalam bilik

Muhammad: Kak Yong, kalau orang dah kawen dia akan dapat baby eh?

Kak Yong: Ha'a..Kalau dia dapat baby sebelum dia kawen tu tak baik..jahat tau..

Muhammad: O0ooo Kalau camtuh kak Yong kenalah cepat-cepat kawen nanti dapat baby cepat..nanti muhammad jaga..[Muka sengeh macam kerang busuk dan basi]

Kak Yong: [Apa kenaLah dengan adik sorang ni..Tengah2 kelam-kabut kemas barang ni pulak best timing dia..Adik dia pun dia buli, nak jaga baby :p ] Muhammad kan dah jaga baby Samihah

Muhammad: Alaaaa Samihah dah besarLa kak Yong !! Dah nak tadika dah..

Kak Yong: Baby lagi la tuh tak sekolah lagi [hahaha..]


..Rahsia 2 Si Adik..
Ketika dia tengah seronok main dengan teddy bear yang dia pakaikan tudungnya [teddy bear yang sama yang dia geli masa dia kecik-kecik dulu]

Kak Yong: Laaa kenapa baby samihah pakai tudung..
Samihah: sebab dia girl la kak yong..apalah kak yong ni..
Kak Yong: Tapi samihah girl jugak, tak pakai tudung pun
Samihah: Takpelah Samihah kecik lagi laaa..
Kak Yong: Baby ni lagi kecik

[Bila Kak Yong dengan adik kecik bergaduh sebab tudung, matlamatnya hanya 1 - Nak suruh dia MENANGIS --hahahaha-- Tu baru kena buLi dengan Kak Yong belum dengan Alang lagi..]

Menitipkan Khabar Budak Comel pada orang jauh..Supaya Dia rasa MEMANG DIA[tahun depan akan jadi mereka] JAUH!! ^_^

Wednesday, June 24, 2009

< Impian >

Tak salah untuk punya impian..

Saya pernah mengimpikan supaya buah kelapa muda ni kecik je sejak minggu lepas sebab kena paksa minum

Saya pernah impikan 1 pil yang boleh dimakan ketika demam atau batuk atau selsema supaya kalau sakit semuanya kena makan satu pil je [baca: Memahami perasaan orang yang kena makan ubat banyak2 setiap hari huhu]

Saya pernah impikan helicopter, kereta, van besar, bas yang boleh betukar-tukar mengikut keperluan

Saya pernah impikan handset yan boleh taip sms sendiri dengan hanya dengar kata-kata dari tuannya, paling tidak pun dia boleh dail no sendiri, sebab ada masa tuannya tak menang tangan

Saya pernah impikan peti sejuk yang boleh bagi cadangan masakan untuk dimasak di setiap meal mengikut lauk yang ada dalam peti EXTRA kalau dia boleh keluarkan resepi terus

Apa yang saya impikan ini mungkin adalah satu repekan tapi saya telah 4 tahun diajar untuk BERMIMPI [sejak saya jadi CIK Artifial Intelligent] kerana apa yang penting ialah USAHA GIGIH DAN KERAS untuk capai apa yang diimpikan..CIKGU pernah pesan ketika singgahan 3 hari kami di Jeram, Program Menyiapkan Perwira [baca: 'idad duat]

ORANG YANG SIBUK ADALAH ORANG YANG PUNYA AGENDA BESAR DALAM HIDUP

[baca: Jika kamu asyik dengan kerehatan, beerti kamu tak punya IMPIAN kerana mencapai impian perlukan perancangan dan AGENDA BESAR SANGAT]

ANAK PANAH PERLU DITARIK DARI BUSUR SUPAYA MENEPATI SASARAN

[Pernah tengok orang memanah?? SepertiLah kita harus HIDUP!!]

APAKAH IMPIAN BESAR KAMU??

Wednesday, June 3, 2009

< Untukmu Wahai Hati >

Mimpi Yang Indah
Munsyid : Mestica

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Saturday, May 16, 2009

< Terima Kasih Guru>

Tiada kata yang mempu terungkap untuk segaLanya kerana tiada yang mampu diterjemah dengan kata-kata.. Yang terLafaz hanyaLah

Ya Allah, kau kurniakanLah yang terbaik untuk mereka
hanya saja yang paling terbaik
kerana merekaLah insan paling istimewa
mendidik diriku menjadi seperti aku yang kini
mengasuh sahabat-sahabatku
TERIMA KASIH GURU UNTUK SEGALANYA & SEMUANYA

~ Cikgu kata masa lalu hanya jadi kenangan. Tapi saya kata kenangan lalu adalah untuk menghidupkan semangat hari ini. CiptaLah kenangan terindah setiap hari supaya bisa dikenang dihari kemudian. BiLa disaat lelah dan capek yang teramat, terasa ingin pulang, melakarkan kembali nostalgia di minda setiap penjuru sekoLah..Disetiap sudut ada kenangan tersendiri. BiLa terasa lelah & capek terasa ingin puLang ke sekolah mendakap asatizah tercinta untuk menyerap hamasah-hamasah gagah mereka ~

Thursday, May 14, 2009

< Kes BaLas DenDam >

sLot Keraian menghantar Pulang orang Borneo..

Lemon isi ais krim yang SANGAT SEDAP


Maaf daging, kami Terpaksa... T.I.D.A.K!!

UMMI pernah pesan tentang aLam Maya tapi saya tak berharap untuk tamatkan riwayat ruang ini sebab ada sejarah di sini...Cuma saya perlu belajar untuk MENCAPAP dengan cara yang betul ^_-

Ayah pesan > Kita makan untuk bagi oksigen pada otak bukan untuk jadikan perut macam tong sampah ^_-

Baru hantar sms pada Fidaa' lil Mujahid ^_- sebab dah 3 minggu tak jumpa dia. Lepas ni akan jumpa Ilham setiap minggu lepas ummi Ilham sihat ..