Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, May 11, 2011

< Sebuah Nikmat >

Sesungguhnya pemberi nikmat itu adalah Allah..

Alhamdulillah kini aku kembali menukil segala rasa dan kata di bingkisan hatiku ini..kembali menyemarakkan rasa kerana apa sahaja yang Allah berikan pada setiap hambanya adalah HIKMAH untuk seluruh alam..

Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku kembali memperbaiki diri kembali menjadi aku yang ‘dulu’. Semoga Allah memberiku ruang & kesempatan untuk aku menjadi yang lebih baik dari aku yang ‘dulu’ dan sekarang.

Alhamdulillah telah 25 tahun Allah berikan sebuah nikmat kehidupan dengan islam & iman. Dibesarkan dengan keluargaku sendiri. Keluarga yang ‘ ‘ad’u ilaAllah’ kesemuanya..

Alhamdulillah telah hampir 2 tahun. Belajar & terus belajar untuk terus ke tahun seterusnya & fasa seterusnya. Alhamdulillah Allah memberikan kefahaman, kesabaran, kematangan & ‘malas nak layan’. Sesungguhnya kuasa sabar itu BESAR.

Sesungguhnya tanpa penafian Allah mengkabarkan bahawa hambanya seringkali mengkufuri nikmatnya.Ah!!manusia apa yang ada tidak disyukuri yang tiada itu pula yang dilaung-laungkan. Saat dibangi dulu UMMI pernah kata ketika tadabbur “Sesungguhnya manusia takkan pernah berhenti untuk bertanya, bertanya tentang kehidupan, harta & zuriat, tapi tak pulak derang tanya tentang urusan akhirat”.

Setelah berhadapan dengan statement UMMI ini, sungguh orang terus bertanya. Lalu ini jawapanku ‘malas nak fikir’, ‘nantilah dulu’ & ‘tengokLa kalau Allah bagi ada, kalau tak takdeLa’. SalahLa kalau bertanya padaku, jawapannya pasti menyakitkan hati. Bukan sekadar jawapan, backup plan pun dah ada.. Apalah!! dari sibuk bertanya URUSAN ALLAH, baik doakan supaya Allah izinkan. Siapa tuhan ni sebenarnya!!

Aku pernah diuji dan aku akan terus diuji. Kadang-kadang lepas, kadang-kadang tewas. Ketika aku tewas, ku khabarkan pada diri ‘Wahai hati, kau pernah Berjaya dengan ujian ini. kau mesti kuat.’ Dari saat ini, jawapanku telah bertukar kepada jawapan yang dahulu dan backup plan telah dirancang. Perhatian!! Jika anda tidak kebal jangan bertanya padaku jawapan kepada URUSAN ALLAH, nanti jawapannya pasti menyakitkan hati walau siapapun anda. Daripada anda bertanya aalah lebih baik anda doakan saya.

3 comments:

Maryam said...

dunia ini sering meresahkan penghuninya melupakan akhirat.

tabah ya, adik. itu cabaranmu, kakakmu ini juga sedang dicabar liku kehidupannya. cabaran kita berbeza tetapi modus operandi sama, melupakan akhirat yang luas.

rabbi yassir, wala tu'assir.

Maryam said...
This comment has been removed by the author.
[ Nazihah ] said...

Semoga kita sama-sama tabah!!
Allah pasti akan bagi apa yang kita perlu & patut dapat..