Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, September 26, 2009

< BarakallahulaKum >


BarakallahuLakum, Barakallahu'alaykum Wa Jam'a BainaKum FillKhayr
Ku Mohon PadaMu Allah
Agar Kau kurniakan mereka keturunan
Yang akan membawa panji aqidah ini dibarisan yang paling hadapan
'Eid Mubarak

3 Syawal 1430, Hari istimewa buat Nurul Hawa dan saya sebab dapat jumpa Mummy to be dan Pelopor Baitul Dakwah baru.

Beberapa hari lalu terbaca segmen tentang ini di coretan tangan kawan saya..Terlintas jua komentar kawan rapat saya ketika bersamanya bulan lalu, "Heem tuLah harap saya tak menzalimi sesiapa kalau saya terima semua ini, orang kata akhawat ni bila kawin dan mengandung dia akan slow sikit" Maaf, kata-kata ini menyentak kuat hati saya hingga kini dan sekarang saya menghamburnya keluar seluruhnya. Moga Allah pelihara saya, akak-akak, kawan-kawan dan adik-adik saya dari memperlahankan gear kami setelah melangsaikan salah satu sunnah ar-rasul dan langkahan MA seterusnya..

Lantas teringat tulisan seorang pengarang handal.

Ikhwah seringkali mengakatakan cukupLah berbicara tentang Baitul Muslim, kenapa perlu kerapkali isu itu yang dinyatakan.Sungguh ramai yang mengatakan mereka belum cukup menjadi individu muslim yang baik, menjadi pejuang yang hebat, menjadi du'at yang mantap sebelum mereka menjenggah Baitul Muslim yang merehatkan. Belum lagi menjadi seperti Mus'ab, Ali, Usamah. Lalu saya khabarkan pada ikhwah, mungkin saya belum menatapi sejarah mereka sedalamnya. Tapi sebelum Usamah bin Zaid menjadi penglima perang diusia 18 tahun, dia telah menikah diusia 16 tahun[Nazihah:maaf saya tak ingat nama isterinya, nanti saya beritahu ye]. Sebelum Mus'ab bin Umair menjadi duta ke Madinah dia telah menikahi Hamnah bint Jahsy. Sebelum Ali bin Abi Talib menjadi Khalifah dia telah menikahi Fatimah bint ar-Rasul. Mereka diberi tanggungjawab dan amanah memimpin keluarga sebelum mereka memimpin ummah. Maka akhawat perlu menyingkapi kisah ummu al-Mukminin dan sahabiyah seperti kisah Nusaibah bin Ka'ab, Ummu Aiman, Khansa' ibu syuhada dan banyak lagi. Sesungguhnya menikahi akhawat adalah BUAH DARI DAKWAH dan menikah itu bukan tanda waktu untuk berehat. Jika mahu berehat tunggu saja di SYURGA


- Salim A.Fillah -

Alhamdulillah, Allah bagi saya kesempatan dan peluang untuk bersama melihat dan menonton Mama Mus'ab, Muadz dan Mama Fidaa' membesarkan mereka. Seminggu sebelum mereka bertiga menjenggah dunia, the extra ordinary Mama masih bersama kami untuk merancang membaiki ummah, siap prepare beg baby lagi dalam kereta sebagai persiapan kalau tiba-tiba mereka terbersalin ketika mengurusi ummah. Saya pernah berkata pada KAKAK, 'Akak, akak tengah pregnant la, takyah la lasak-lasak dan aktif-aktif sangat'. Lantas KAKAK jawab '' 'Asma bint Abu Bakr di tampar oleh Abu Jahal ketika dia menghantar makanan ke Gua Thur dengan menaiki unta untuk perjalanan yang tidak dekat meredahi padang pasir dan disaat itu dia sedang sarat' .. Maka saya TERDIAM ..

Fidaa' ke Mukhayyam ketika dia masih didalam perut dan mama kata pada Fidaa' in the tummy " Fidaa', kalau Fidaa' takde dalam perut mama, mama ikut makcik-makcik naik lembah perlus tu".. Mus'ab dan Muadz ke mukhayyam ketika usia mereka belum lagi setahun, siap boleh tolong kejut makcik-makcik hirasah lagi pastu dapat celup kaki dalam sungai. Ketika mereka semakin membesar, mereka selalu jadi peneman mama ketika mama jumpa makcik-makcik dirumah. Mereka bertigaLah ikhwah-ikhwah kecil yang berjaya menembusi Kamar Ketenangan..

Ilmu itu bukan dari bacaan semata, bukan dikelas sepenuhnya, kerana memperoleh ilmu itu dengan menguna sepenuhnya pancaindera yang Allah titipkan. MelihatLah, HayatiLah, MendengarLah, BertanyaLah pada yang lebih arif supaya apa yang kamu lakukan adalah yang terbaik !! Jangan Sombong & berlagak.. SILA JADI HAMBANYA YANG BERSYUKUR sebelum pemberiaan itu ditarik kerana kamu tak reti nak guna..

Pendrive Masuk Virus, tak dapat masukkan gambar yang lagi cantik dari gambar ni dan gambar Me with the baby in Kak Ija's tummy ^_^ InsyaAllah weken ni akan cuba dapatkan gambar tu.

7 comments:

ProfHussaini said...

Salam ukhuwwah

Asif, kurang faham mesej yang disampaikan, jika ia ada kene mengena dengan post ana

Mohon reply

Jika ada sebarang keterlanjuran d pihak ana, ana minta maaf

Ana budak baru belajar

Jzkk

ProfHussaini said...

Jzkk

[ Nazihah ] said...

Sekadar menambah seposen dua dari -> Anda tak tahu tentang BM, tapi maLu Bertanya..

Saya pun budak baru beLajar juge

ProfHussaini said...

Oh begitu

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

agaknye isteri usamah ialah fatimah bt qais? lepas diceraikan oleh suami fatimah, dia mintak pandangan Rasulullah utk menikah ngan sape.

Walaupun Fatimah pada asalnya tidak menyukai Usamah kerana dia merupakan seorang hamba yang berkulit hitam, namun kelebihan yang ada padanya akhirnya menjadikan Fatimah binti Qais menyukai Usamah selepas mereka berkahwin. (copy pasted)

[ Nazihah ] said...

O0oo terima kasih Abdullah Omar.Dah kat sampai JB baru boleh tengok buku tuh.Mungkin kisah2 ni kita kene korek masuk dalam KAPPEL kan..
Bagaimana sahabat sahabiah berkahwin di jalan dakwah dan yang dipandang tu bukan fizikal ^_-

Juwairiya Zulkifli said...

Wah, kak awe sgt cantik! Tahniah, begitu juga kak ija yg dah lahirkan baby boy yg sehat! serta adikku nazihah, selamat pengantin baru!! ^_^