Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, February 3, 2009

< ALhamduliLah..Terima Kasih Allah >

Seinfiti kesyukuran ku panjat pada dia yang Maha Agung, Tertinggi dan Teristimewa...

Penggorbanan yang sedikit, tadhiyah yang secubit pasti Dia bayar dengan segengam yang terindah yang tak kan pernah disangka-sangka..Ah!! Allah bisa saje melakukan apa sahaja yang Dia mahu, jika itu kataNya, maka ituLah yang akan terjadi..No obligation!! ItuLah kenikmatan yang paling indah pabiLa kesandaran yang tertinggi hanya diletakkan pada yang terlayak dan tertinggi...

Tadhiyah yang sedikit, mujahadah yang secubit lalu Allah permudahkan segaLanya..seoLah-olah kesukaran itu pergi seperti angin lalu, seoLah-olah kerisauan tak pernah menyingah..Maha Hebat Allah..Menghilangkan kerisauan nak ajar lab takut lambat, lalu dia khabar ketundaan hari mengajar..Terima Kasih Allah, taktaLa Engkau mengeluarkan diriku dari Little Mermaid Mode.. Ya, dia akan permudahkan seluruhnya hanya dengan satu piawai >> SANDARKAN SELURUHNYA & SEPENUHNYA PADA DIA [walaupun dalam perjalanan itu penuh dengan kepedihan, derita dan air mata (jalan ini takkan pernah sunyi dari air mata yang mengalir..PERCAYALAH!!)]

Walau susah, walau mudah, walau derita atau bahagia yang sarat..terusLah pahat dalam diri hikmah dari Al-Fajr:15-16

Saya akan mula mengajar Khamis ni..Doakan saya mengajar dengan baik [Extra: tak mengeletar.. huhu]

6 comments:

Ummu Afeera said...

ntahlah kak...tulisan akak sering menyuntik satu rasa yang sukar saya mengertikan..seolah-olah berkongsi kisah yang sama...

tulisan yang baik kak....

Anonymous said...

litlle mermaid tu per???apa yg sukar???apa yg mudah???

[ Nazihah ] said...

Astagfirullah..Dik, Sesungguhnya pujian yang terindah itu hanya layak untuk Dia..
Dik, selagi mana tuhan kita sama, matlamat hidup kita sama, jalan yang kita lalu juga sama..Selama itulah kita boleh berkongsi rasa bahkan berkongsi segaLa..
Ingat tak akak pernah coret 'setiap apa yang kita rasa Allah tak cipta sia-sia, pasti ada manfaat untuk ummah'
Sesungguhnya kita tak tahu dari ruang mana Allah membenarkan tingkah laku kita menyentuh hati orang lain,kerana pemilik Segalanya adalah Allah..Modal yang kita ada hanya usaha segenap ruang, sehabis daya

Saya > Teringat novel saya yang tergendaLa

[ Nazihah ] said...

To En/Cik Anon

Little mermaid tu kartun la..Sesungguhnya didunia ini tiada yang mudah tapi Allah telah janjikan KEMUDAHAN setelah sukar!!

Anonymous said...

Ketika kita mengenal Allah, merasa aman kah kita? kadang Dia datang di siang hari dengan keletihan hidup yang amat sangat atau dengan kecerahan hidup yang menggairahkan, dan kadang pula Dia datang di malam hari dengan kegelapan yang sangat mengerikan atau dengan ketenangan yang menghibur. lau haula walaa quwwata illa billah

nsmujahidahnmnor said...

kak..all the best!!!