Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, November 23, 2008

< Life Fobia >

Fuuh hari yang mencabar dan telah menyebabkan bertambahnya kawasan fobia dalam kehidupan saya T_T

Kawasan 1. Saya telah melabelkan tempat yang sepatutnya jadi tempat paling selamat menjadi tempat yang paling berpuaka dalam hidup saya.Saya telah kehilangan 3 kawan baik merangkap kekasih hati juga sebagai PA saya disitu. Apabila kehilangan yang ketiga, maka saya serik dan cuba sedayanya mengelak untuk bertapak disitu. TAPI tempat tu adalah tempat berkumpulnya hamba-hamba Allah yang paling baik..

Kawasan 2. Singgahan Bas yang kerapkali saya bertapak sendirian sejak saya jadi budak sekolah di Bangi.. Selama bertahun sebelum ni tak pernah pulak jadi sesuatu yang tak best pada saya kat singgahan ini[alhamdulilLah, bersyukur dengan amat sangat]. Tapi sejak kebelakangan ni ade jer benda tak best jadi kat sini..Minggu-minggu lalu, saya disyaki dalam bahaya apabiLa BONDA cuba hubungi saya, lantas lelaki yang jawab[aduh en celcom..tengah time2 camtu pulak dia buat hal].Lantas seluruh manusia dikejutkan dengan khabar itu, Ayahda saya, Paman saya dan kawan saya yang akan ambil exam petang tu..huhu.. Sedang mereka kerisauan, saya berbahagia mencari alas kaki baru..HAHA..Maaf semua, saya tidak sengaja dan saya tak bersalah..EN CELCOM buat hal bukan pada waktu yang terbaik..

Hari ini saya berlalu lagi di singgahan itu.Ah! tak bisa dilupakan pengalaman hari ini..Saya terpaksa import pasukan penyelamat dari NILAI untuk mengambil saya di singgahan..huhu..Terkandas kerana menterkandaskan diri HAHA. CukupLah 2 kali pengalaman tak best di singgahan ini..SERIK!! Buat beberapa ketika ini saya mungkin tak akan singah di singgahan itu lagi kerana saya akan diambil dan dihantar betul-betul dihadapan pagar..[Fuuh..alhamdulillah] Terimakasih CiK NILAI kerana jadi heroin saya hari ni ^_- Nasib baik saya tak perlu carikan hero untuk awak..[fuuh..seLamat]

Kata harta karun dari BONDA:

" Eish awak ni!! dahLa sorang-sorang, dengan notebook lagi. BahayaLah!! Lain kali jangan buat camtu lagi"

Saya: BaaeqLaah..[Tambahan dalam hati: huhu nak buat camne Allah masih bagi nikmat untuk berjalan sorang-sorang..Mensyukuri nikmat sebelum nikmat ditarik -__- Walaupun kepakaran itu semakin berkurangan saban kali]

MORAL: Ini Amaran untuk saya -> SILA TAMATKAN DOSA YANG TAK BERHENTI-HENTI KAMU BUAT SEKARANG !!

To Cik Nilai: Maaf saya takleh bubuh nama awk sebab saya nak kontroversikan awak O_O

22 comments:

ABU IFFAH said...

Ni la salah satu sebab kenapa disyari'atkan berkahwin, mak ayah pun tak perlu nak bimbang lagi if ada lelaki yang jawab telefon...

Moga dipermudahkan olehNya:)

[ Nazihah ] said...

Ye ke?? Saya rasa kalau dah kahwin, dan ada lelaki lain[baca: bukan suami dia] yang angkat..Lagi mak ayah risau..

Best sebenarnya jalan sorang-sorang takyah risau ditinggalkan dan meninggalkan ^_- TAPI..Kene selalu menyedarkan diri sendiri, saya PEREMPUAN yang berada di masyarakat JAHILIYAH versi moden!!

Mashizaki Keikan said...

Para akhawat kena kahwin cepat.

[ Nazihah ] said...

Edisi Khas untuk EN AMMAR..

Selamber jer nak suruh-suruh orang lain kawen cepat..Habis tu akhawat yang awak nak suruh kawen tu,nak kawen dengan sape ntahnyer??

Mashizaki Keikan said...

Dengan para ikhwah lah, habis?

Tu kena bincang dengan mas'ul lah...

[ Nazihah ] said...

To En 'Ammar

Awak nk bincang dengan mas'ulah akawat kah?? ^_- hehe gurau saje. Dah..dah..urusan kawen tu siLa serahkan segalanya dan semuanya pada tuhan.. Serahkan sepenuhnya pada tuhan tanpa berhenti putus berdoa

Edisi Khas untuk akhawat [ikhwah tak perlu baca pun takpe =p]

Pesanan KAKAK pada kami semasa Daurah BM yang lalu
"SiLa bersedia untuk tidak kawen sepertimana anda bersedia untuk kawen umpama anda bersedia untuk mati walau anda masih bernyawa kerana mati itu lebih pasti dari HIDUP"

Mashizaki Keikan said...

Er, satu benda yang sangat penting di dalam aqidah kita:
"Kita berusaha dengan bersungguh untuk memperoleh atau mencapai sesuatu perkara walaupun perkara tersebut merupakan sesuatu yang dah ditetapkan oleh Allah"

Andaikata kita hanya menyerah pada Allah tanpa berusaha, tak ke dah macam Jabbariyah? Even rezeki, walaupun dah ditetapkan, kita masih lagi berusaha bukan? Soal ini juga sama.

Seseorang itu tidak tahu apakah yang telah ditentukan untuknya oleh Allah. Untuk tiap-tiap sesuatu ada sebab dan musabab. Kalau kita tak berusaha maka kita takkan dapat.

Tapi persoalan yang timbul pulak adalah, macamana kita berusaha?

Dah tentu lah dengan cara yang halal lagi baik serta diberkati. Macam duit untuk makan yang dicari dengan susah payah oleh mak bapak kita.

[ Nazihah ] said...

To Bos 'Ammar

Baaeeq Bos!! tapi..[ada tapi jugak tuh]bersedia yang saya coret untuk akhawat tu bukanke sama jer maksudnya dengan berusaha??

[Baca:Tu sebabnya saya tak suka sangat SANGAT citer isu ni...]

Mashizaki Keikan said...

Sebenarnya ana tak paham pun post ni, tapi fikrah thanie dan nti sendiri cakap pasal tu, so ana assume post ni macam tu kot.

Anonymous said...

haha,pesanan 'ammar kedengaran selamba dan best.

cikEff said...

kakak saya,

saya gelak dulu ek.
hahaha~
patutla byk suara kat sini.

kakak,
nilah asam garam kehidupan kitakan.?
xsentiasa, tapi kerap mengundang resah org lain.
ni baru cite sikit...
yg belum diceritakan...
bukan diorg[ ikhwah esp] nk amik tahu pun..

urk.
saya dah berjangkit feminism nga awk.
May Allah bless us.

[ Nazihah ] said...

to ADIK saya..

Awak dah pandai gelakkan saya eh sekarang..takpe..takpe.TuLah, saya tak citer pasal isu ITU pun dah banyak suara, lagiLah kalau saya cite.Mesti berdozen-dozen suara..

tu La adat hidup dalam masyarakat JaHILIyah versi MODEN ni.Perubahan iniLah yang harus diPULUN di anak tangga ke tiga.

Tambahan, saya tak berharap menceritakan seluruhnya supaya ada yang ambil tahu [baca: mungkin ikhwah, mugkin tak], Janji Allah sentiasa ambil tahu dan tidak 'memandang' sepi tentang saya..Kalau mereka tahu pasti kita pressure, ni takLeh, tu takLeh.Bosan ah!HilangLah keasyikan sebuah kehidupan yang adventure ni ^_-

Anonymous said...

kelakar nye zie...erm.. sori2...
terpaksa gelakkan anti sekali lagi..
tapi benar...mmg bahaya sebenarnya
jalan sorg...sian mak ayah anti...

tapi betul juga jalan sorg2 mmg best..=p

teringat bila ana tiga beradik (all gurls) kene 'colik' dgn mak sedara d makkah dulu...

risau mak ayah ana tak terkira...

[ Nazihah ] said...

To Hanah..

Camne ni,jalan sorang bahaya tapi seronok??camne??
Ke sebenanya camni, jalan sorang-sorang bahaya untuk orang lain, tapi seronok untuk diri sendiri??

Best sebenarnya jadi anak perempuan ni..hilang dalam rumah pun ada yang nak risau ^_-

Maryam said...

akak masih gemar berjalan sendirian.. sehingga nak ke satu tempat bukan di malaysia pun mahu pergi sorang. melampau, kan?

tapi, keluar sempadan tak boleh la wat camtu. huhu...

[ Nazihah ] said...

Tak meLampauLah..sebab saya pun camtu gak [sebab takkan nak kata diri sendiri melampau pulak kan..hehe]kerana iLham saya selalu datang biLa saya sendiri..Saya dah muLa pasang cita-cita untuk 'makan angin' sendirian[bukan hari-hari makan angin ke ^_-] Saya tak sabar nak amik master dan g conference [baca:melancong 'ataslaut']..

[ Nazihah ] said...

To hanah & WM

Terima Kasih kerana mengalih arah suara-suara ni..[fuuh legaaaaa]

ismi far_za said...

maaf tak dapat bantu akak masa tu..
actly, saja tak nak bantu coz tau ada heroin nak dtg jemput akak!
huhu
10s alot to c. NILAI coz bantu akak saya nih.

Anonymous said...

Lantas seluruh manusia dikejutkan dengan khabar itu, Ayahda saya, Paman saya dan kawan saya yang akan ambil exam petang tu..huhu...sian kt kawan tuh

[ Nazihah ] said...

buat en/cik anon

Kenapa pulak kesian??PADAN MUKA DIA!![sambil gelak paling kejam] sape suruh menjadi pilihan bonda saya untuk di call ketika saya dijangka dalam bahaya..

Sorii kawan..Jangan merajuk eh ^_- saya pandai usik orang je tak pandai pujuk awak lagi..hehehe

InsanBiasa said...

betul3...

nanami ichijo said...

wah.wah.
mahu mengkontroversikan cik nilai ye.
saya terlambat lah baca post ini.
haha.

tapi, ada betulnya, kadangkala seronok juga berjalan sorang-sorang ni.
rasa keberGantUngan pada ALLAH sangat hebat dan kuat!!