Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, September 19, 2007

< Sekolahku, Rumahku, Syurgaku >

Bila saat-saat 'Kegersangan' dan 'Kehausan', aku kembali mengimbas memori-memori indah yang lalu, dimana aku tak pernah sesekali dibiarkan 'Ketandusan'. Dulu, disuap-disuap sampai ada yang 'termuntah' overloaded la katakan,menyebabkan bila sampai universiti je, ada yang lari bertempiaran..

Dulu aku tak pernah risau apa yang sepatutnya aku tahu..kerana aku yakin aku sudah dimaklumi apa yang sepatutnya aku tahu,InsyaAllah..Teringat saat-saat best bermalam di rumah Ustazah Syahidah..Wa..nak balik sekolah..[boleh tak nak jadi tak matang kejap? Kejap je..].Dah lama tak pergi sekolah,mau jugak setahun kot..anak murid yang tak kenang budi betul..Maaf,balik rumah je pun paling lama 2 hari, masakan sempat nak ke sekolah.

Pabila aku rasa apa yang aku rasa sekarang,pasti ku cari sesuatu untuk 'mengubat rindu'.Buka blog atau friendster budak-budak 'nakal' sekolah dulu[macam saya..haha].Untuk kembali merasai kehebatan budak-budak nakal..Korang memang hebat..

Tergiang-giang kalimah.."Beriman,berilmu,beramal,memimpin" ->slogan time sekolah dulu,yang 50% menjadi kenyataan kini,cuma tinggal nak tunggu Dato' Naim je[bak kata Pak Cik Omar suatu ketika dulu]..haha."Melahirkan ulama' yang 'amilin,akademis yang muttaqin yang mempunyai nilai-nilai Rabbani"-> Yang ni pun aku baru dapat menghayati sekarang.Teringat jugak 10 wasiat Hassan Al-Banna yang sentiasa ada dibelakang buku tulis..Aduhai,sekarang baru nak menghargai.. TeruknYaaa..

Betul kata Kak Aliya dulu, time dia kat Kolej Mara Banting.."Baik korang hargai waktu-waktu kat sekolah.Lepas ni korang takkan jumpa dah tempat yang camni".Memangla tak jumpa, sebab bukan ada kat sekolah,ada kat tempat lain.[loya Buruk..]

Rindunya kat semua orang..bila nak buat reunion?Orang bekerja ni tak cuti raya lama la pulak..Ke kita reunion bulan 12?Hahaha.Pun boleh...

Rindu pada Malam Badar di sekolah, dah 4 tahun ketinggalan..Makan sesama dengan mak cik-mak cik, kawan-kawan.Aduh, seronoknya..Ayah kata sasaran tahun ni 4K(ke 40K tak ingat la..).Wahai kenangan lalu kembaliLah mengimbau difikiranku..

- Pinjam tajuk tu dari Muhammad Kb - Mohon pinjam ye Pak..

No comments: