Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, September 22, 2007

< Hadiah Ramadhan >

Alhamdulillah..Allah masih memberiku peluang untuk berjumpa Ramadhan..

Sejak sabtu yang lalu setiap hariku dipenuhi dengan kejutan[sebenarnya dah 2 bulan dah hari-hariku dipebuhi kejutan].Tapi kejutan ini bukan kejutan biasa,kejutan dimana sahabat sePerjuanganku menerima Hadiah Ramadhan..HADIAH KETABAHAN

Sabtu -> Seorang 'adikku' menerima amanah besar,menguruskan sesuatu yang BESAR..Tahniah..kerana anda memang HEBAT dan TABAH.Masihkah 'adik' ingat,waktu kita masih dibawah naugan HIDAYAH,kita diamanah untuk menguruskan Nadwah Kepimpinan di sekolah?Saat itu,kita bertungkus-lumus selama 3 hari 2 malam menyiapkan buletin harian nadwah..Pasti masih ingat kan?sebab saat itu adalah kenangan yang sangat manis untuk dilupakan.Ketika itu kita bekerja sehabis daya,sepenuh jiwa,sampai dah takde peluh yang keluar[sebab duduk dalam aircond..haha],begitulah jua apa yang kau diamanahkan kini.Cuma ia lebih mencabar kerana 'adik' telah menjadi orang yang lebih HEBAT dan TABAH dari dulu.Berusahalah sehabis daya,hatta kehabisan keringat sekalipun TAPI jangan sesekali lupa untuk meletakan sepenuh pergantungan pada Yang Maha dan amat Berkuasa yang menentukan segalanya..Semoga berjaya dengan success..

Ahad - Pengkhabaran yang memeranjatkan dari seorang teman,yang membuat aku terkedu..sampai aku mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk buat ayat membalas smsnya..lamatUuu.Takpe what ever happen Allah dah letakkan ia yang terbaik untuk kita..selamilah ketentuan iLahi dengan redho..Aku melihat adik-adik juniorku mula melangkah ke medan yang penuh dengan KETABAHAN YANG LUAr BIASA,medan yang membezakan medan 'amal dan medan berkata-kata..Selamat melangkah dik..terus kan Azam dan Perjuangan hingga titisan peluh dan darah yang terakhir..Hidup mulia atau SYAHID.

Isnin- Allah memberiku hadiah ramadhan..hadiah yang sangat ku hargai..setelah 2 bulan ku merinduinya,gara-gara berpura-pura dalam kecekalan..Akhirnya aku dapat berjumpa kembali dengan Mutiara-mutiara hatiku.. dan ku hamburkan semuanya[kira qado untuk 2 bulan punya]..Terima kasih Ya Allah,hadiah itu sungguh indah..

Melihat hadiah-hadiah ramadhan yang Allah sampaikan pada mereka membuatkan aku lebih kuat, sehinggakan aku berkata pada diri "Ada pulak nak berputus asa, baru sikit dah nak serender,suka-suka je,orang lain tu lagi banyak yang derang kene..baru kene sikit dah nak mengalah..".KuatLah dan TabahLah wahai diri..

Me dah bertekad tak nak kerja, nak terus future study InsyaAllah..huhu..tak larat tu nak kerja.Sem depan kene buat projek,tajuk tak pikir lagi ni..Mesti sem depan jadi macam orang yang tengah buat PSM tu.Kejap kan 3 tahun,dah nak grad dah sem depan,InsyaAllah..

p/s:Update dari PKJ,Taman Melawati..ada program Syahadah al-Haq by Ust 'Athif

4 comments:

'Umayr SRA said...

mudah²an dipermudahkan Allah dalam segala urusan...

Khadijah said...

" em depan kene buat projek,tajuk tak pikir lagi ni..Mesti sem depan jadi macam orang yang tengah buat PSM tu. Kejap kan 3 tahun,dah nak grad dah sem depan,InsyaAllah.. "

insya-Allah.. mdh2n dipermudahkan... :P

[ Nazihah ] said...

Umayr: Ameen..thankz fo the do'a

Djah: highlighted ada tujuan ke sesaje?

~amatullah~ said...

duakan yang terbaik....perjuangan kami baru nak bermula....thanks 4 the words...