Meyakini dengan pasti bahawa setiap hari kita pasti akan melalui 1 chapter dari Modul Tarbiyah dari Allah di Sekolah Kehidupan..BiiznilLah
Mengimani bahawa rezeki dan masa depan telah ditentukanNya, tidak semudah yang di sangka.Redho dengan keputusan,ketentuan dan ketetapanNya tidak semudah berkata-kata.Huhu ujian yang lalu, tak pasti aku lulus atau tidak..
Dia bisa saja menguji bagaiman pergantungan kita padanya..Taktala Dia campakkan ujian pada kita, siapa yang kita cari dulu..menghadapNya atau menekan punat di handset??Huuh..sangat berharap agar aku dapat 3.50 (at least), tapi...layakkah aku mendapat A- atas tindakanku yang lalu..
Merasai diri ini telah terlalu besar untuk mengharapkan orang lain untuk buatkan keputusan untuk diriku..Semakin bertambah usia berlabuh, semakin besar dan hebat keputusan yang perlu dipertimbangkan..Ya Allah tunjukkan aku jalan yang telah kau tentukan untuk diriku, jalan yang lurus,yang benar,yang terang, agar aku tidak meraba dan bersuluh.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Menapak kembali di medanku..dah 2 minggu jadi budak UKM..Terasa ‘kontena’ belajar menghimpapku..18 unit for my final semester..huhu
1.Tajuk khas kecerdasan buatan
Takde exam..seronok? mana ader!! Kene buat research tiap-tiap minggu pastu kene buat 1 executive report setiap 2 minggu..
2.E-commece
Minggu pertama dah dapat assignment, 10 muka, pastu ada final projek dan ada lab tiap-tiap minggu.Tolongin aku Ya Allah..
3.Security in computing
Masih tengah nak ulangkaji..supaya tak terlalu blur..
4.Keusahawanan dan it
Kene set an interview dengan usahawan yang berjaya..siapa ek?dalam kepala nak ke halalgel company..ntahla..minggu depan dah kene submit syarikat..waktu tengah analisis company, tertulis kat note, ‘dakwah is a bussines kan?’ haha valid ke 0_o
5.Final projek
Tiada kata-kata yang bisa diungkap..rasa macam nak masuk ICU..minggu depan dah kene hantar proposal..Mohon kekuatan dan ketabahan dengan sangat Ya ‘Alim..
Menyedari dengan sangat sedar aku bukan sahaja final semester student di UKM..bahkan aku pelajar semester akhir untuk menyambung ‘rantai’ generasi rabbani ni..lost of things to do..Fuuh, yang pasti, kekuatan, kemampuan, ketabahan dan kuasa luar biasa tu hanya milik Allah..tiada yang berhak dipinta selainNya..
No comments:
Post a Comment