Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, November 6, 2007

< Dia Maha Tahu Segalanya >

Menyakini Dia telah menciptakan diriku secara 'pakej' supaya aku menjadi DIRIKU..Bahawasanya aku tidak layak menjadi orang lain dan aku hanya mampu menjadi diriku..Terima kasih Allah kerana mendidikku menjadi diriku.




[Raya 2005 -gambar yang lengkap 9 orang yang comel-]




Inilah insan-insan yang bersama denganku sejak 21 tahun yang lalu.Ayah, tegurannya bisa membuatkan aku berubah dengan serta-merta dan dia tahu aku lebih berkesan ditegur dengan soft-spoken yang hikmah.Ibu, aku sering memerlukan dia terutama untuk membantuku membuat keputusan [which sometime i hate so much] walaupun hanya sekadar memilih bingkai cermin mata atau baju raya. Selama 14 tahun berkaca mata, aku tidak pernah memilih cermin mata tanpa ibu disisi. Baru 2 minggu lepas, aku memilih cermin mataku sendiri dan aku memakan masa 10 minit untuk memilih.Aku akan berasa puas ketika ibu disisi disaat aku ingin membuat pilihan dan keputusan walaupun ibu sekadar mengangguk untuk approve keputusanku.Alang, suka mengalah bila aku sengaja nak cari 'pasal' dengannya.Uda, chef dirumah.Aku hanya perlu menjadi pembantunya bila pulang ke rumah. Uteh, mewarisi hobiku dulu, suka mengusik adik-adik, terasa puas dan seronok agaknya walaupun memeningkan kepala ibu dan ayah.Anjang, yeop for the 2nd generation of my siblings. Achik dan Qasdina yang kian membesar. Muhammad dan Samihah yang suka menyanyi 'Kamilah anak comel wawasan ummah', belajar di nurseri[support sistem yang penting untuk full timer du'at yang beranak kecil].


[Sekolah kesayanganku yang dah 2 tahun tak jengok]



[Bilik Gerakan utama membentuk akademis yang muttaqin dan 'ulama yang amilin]



[My last classroom, 5 Iltizam 2002]



[Aku rindu saat mentela'ah ilmu disini]


Inilah kepompongku sebelum aku menjadi rama-rama yang sekarang. Inilah nurseriku sebelum aku melangkah ke sekolah hidup. Inginku tontonkan watak utama di 'nurseriku', namun wajah-wajah mereka hanya ada dalam album gambar dan album hatiku.Terima kasih asatizahku, Moga Allah bayar pening dan perahan keringatmu dengan Jannah Firdaus.




[My 2nd & 3rd family + Mis Nahdia]




[My classmate, Iltizam 2002]






[1st Nadwah at Hira',Jeram]



[2nd Nadwah at My School]




[Miss Komander dan Komander Muda - Singa Sekolah -]



[Fasilitator Mukhayyam form 1]



Merekalah insan-insan hebat yang pernah melakar sejarah dalam sejarah hidupku.. Bersama-sama mengeringkan sayap untuk terbang ke dunia yang lebih luas dan indah, bahkan lebih mencabar. Bersama bersatu hati dan jiwa dengan satu keyakinan, tauhid akan tersebar di setiap inci bumi tuhan.

Teringat kena marah waktu balik dari Kem Komander di Terengganu, kena marah dengan my senior " SenyapLah, orang penatlah..", dan kini dia insan yang HEBAT. Rindu pada tembok 12 kaki, rindu pada kelasakan semalam dan rindu pada kutukan dan perlian yang menyiat, rindu pada Hirasah, rindu pada fire camp, rindu pada War Game, rindu pada diskusi fasilitator di dini hari, rindu pada 'orang paling akhir' yang akan cover kami waktu facilitate jungle trakking. Jelous dengan orang yang ada dalam Elite-Team[Tak serik tu kene marah]. Kerana ituLah yang mengajar bahawasanya setinggi mana cabaran yang mendatang pasti dapat ditempuhi dengan keyakinan yang utuh seiring dengan keyakinan padaNya, jasad ini perlu dilatih untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal tiba, jua..tohmahan, kutukan, perlian, teguran, kemarahan adalah pakej utama menyelusuri JALAN ini. Lenaku berlantaikan kanvas dan berbumbungkan langit mengajaku sesungguhnya hidup ini tidak akan semudah yang disangka.

Terima kasih teman..singgahan kalian dalam detik-detik hidupku sangat berharga..InsyaAllah kita akan berjumpa lagi[Ayat orang yang dah lama tak jumpa member-member lebih kurang 1 tahun lebih kot walaupun masing-masing di Johor -_-]


Kini aku ditakdirkan berada disini, kerana aku paling mampu untuk berada disini bukan ditempat lain..Banyak yang ku pelajari disini yang tak bisa ku ungkap dengan untaian kalimah. Disinilah kutemui siapa AKU..


[My 4th family + Syahidah (dia ada exam esoknya)]

Ni yang paling intresting, banyak yang ku pelajari dari mereka. Aku tahu apa sebenarnya yang aku mahu kini. Bahawasanya kehidupan masa depan akan lebih menyeronokkan dan mencabar.. bersiap sedialah wahai diri untuk ke medan yang seterusnya.

[Penghuni Kamar Ketenangan]

Memahami 11 jiwa [plus understanding myself] adalah sesuatu yang mencabar. Tetapi yang menyeronokan ialah anda memahami jiwa-jiwa yang Hebat dan istimewa. Itulah yang memudahkan dan menyebabkan ia tidak mustahil untuk hidup bersama 11 orang. 11 orang yang pelbagai ragam dan kerenah, pelbagai cara dan gaya. Resepinya Husnu Dzan dan Ithar..

Kenangan lalu bukan untuk dikenang tapi untuk diambil hikmah darinya agar terus utuh melangkah menjejak masa depan yang gemilang. Terima Kasih Allah, kau ilhamkan aku menyelusuri kenangan lalu dan menyedarkan aku sesungguhnya telah banyak yang Kau beri yang masih banyak yang perlu aku bayar dengan bayaran ketabahan dan keringat serta ketaatan yang kuasa lima.YakiniLah sesungguhnya Dia telah menetapkan Kita paling Layak menjadi Diri Kita sendiri, menjadi diri kita atas aturan dan ketetapan Yang Maha Mengetahui Segalanya..

7 comments:

Anonymous said...

bestnye ade byk gambo2 kat sekolah dulu!

eh.. ade gambo ana gak! ehehe..
peliknye muke ana..

terasa cam nak buat gni gak.. ehhe..

mengimbas kembali perjalanan hidup.. menarik2..

betul2.. ana pun yakin Allah dah tetapkan hidup kita and everything yang berlaku kat kita mmg seswai dgn kita, and kita alone.. InsyaAllah kita akan lebih mengenali diri, untuk lebih mencintai Ilahi :D

[ Nazihah ] said...

tuLah gambar anti masa anti kecik2 dulu

cikEff said...

wa, kak nzhh, betul2 mngingatkan saya pada cerita saya...perjlnn kita tiada beza rupanya ^^-WF

[ Nazihah ] said...

Ye ke?
boleh jd kembar ni..kembar lain mak,lain ayah.hehe..

Yes tim, kita sama walaupun kita tak serupa.

Anonymous said...

waaa...bestnyer raye umah kak aida + baby sumaiyyah + mujahid yg cute

huhu..ni yg nak nangis ni +_+

Khadijah (3K) said...

waaaaaaaaaaaaa.
best nye ade dalam layar bahtera org lain..
ada bnyk gmbr ku ...
[kihkihkih...]
nak buat gak ah... :P

[ Nazihah ] said...

kak jue:JanganLah nangis,kalau rindu datang la sini..

Djah:Siapa plak yang belayar ni?? =p..buat la, suka hati deh..