Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, January 27, 2010

< Kita Harus Menjadi Luar Biasa >

Telah lama dan kerap kali Abang-abang saya berbicara, 'KITA HARUS JADI LAIN DARIPADA YANG LAIN', 'JADI YANG LUAR BIASA', 'JADI YANG ISTIMEWA'.

Sejak beberapa ketika dulu saya kerapkali membetulkan kalimah-kalimah yang kurang senang saya dengari gara-gara saya mencuri dengar.Kata-kata harus luar biasa, kerana kita bukan orang biasa.Kata-kata yang saya tak pernah kisah ketika saya bujangan, tapi kata-kata ini menyebabkan hati saya melompat-lompat dan meronta-meronta bila mendengarnya sekarang..Sila ubah bait kalimah kalian wahai ikhwan, apa yang anda katakan adalah apa yang anda rasa!!Jika anda tak merasai apa-apa,sila sedar orang yang mendengar @ curi-curi dengar ada perasaan ye..Sila betulkan frasa-frasa & persepsi ini..

1. ORANG RUMAH
Isteri kamu bukan orang @ orang-orang dirumah.Jangan jadikan isteri kalian PEROBOT CANTIK atau MERAK indah bulunya dirumah!! kerana ada ketikanya Ummah yang bernyawa lebih memerlukan isteri kamu daripada rumah yang tak bernyawa itu.Oleh itu, isteri kamu adalah seorang isteri bukan orang rumah.

2. PERASAAN LEGA SELEPAS KAHWIN, kerana ada 'orang' tolong urus.
Harap Maaf, semasa kamu jumpa emak & ayah isteri kamu sebelum nikah kamu katakan kepada mereka, kamu mahu jadikan dia sebagai isteri bukan PENGURUS KAMU atau BIBIK KAMU.Jika benar kamu niatkan untuk jadikan dia isteri, sila tanamkan dalam hati kamu yang paling dalam ada banyak ketikanya kamu harus mengurus diri kamu sendiri kerana ada masanya mengurus UMMAH yang sedang BERDARAH PARAH ini lebih UTAMA dari mengurus kamu SEORANG yang masih SIHAT..Oleh itu, isteri kamu adalah seorang isteri,bukan sepenuhnya seorang pengurus atau bibik.

Maka oleh itu wahai ikhwanku yang telah berkahwin atau akan berkahwin, silaLah ubah persepsi dan kata-kata kalian terhadap isteri anda, bakal isteri anda atau isteri sahabat-sahabat ana.So, buat yang masih bujangan sila jangan tanamkan istilah-istilah KUNO & Persepsi Biasa ini dalam jiwa kamu, jika tidak, kamu adalah manusia yang menzalimi kawan-kawan saya & Ummah.HARAP MAKLUM

Nota kaki & tangan: Hamburan ini tidak melambangkan roomate saya.Jika roomate saya, saya tak perlu taip dalam blog :)
........................................................
Alhamdulillah, Allah telah bagi saya nikmat untuk mengabaikan apa yang harus diabaikan yang suatu ketika dulu saya pernah migrain kerananya.Namun, yang paling disyukuri, Allah kirimkan insan yang membantu saya menyelesaikan perkara-perkara yang terpaksa saya abaikan.Thanks Allah, untuk waktu 3 bulan & 10 hari selepas menikah ini.Semoga helaian DIDIKAN yang Kau titipkan dalam buku pernikahanKu bisa menambah helaian dalam buku amal solehKu.

4 comments:

Hana said...

Utk kakyong..
Saya suka entri ini =) semua lelaki perlu diingatkan.. krn kadang2 setelah menikah mereka terlupa.. kalau RASULULLAH jd ikutan, maka selagi bisa, masuklah dapur anda, bantulah isteri anda membuat kerja rumah, dan kalau mampu juga, jahitlah sendiri baju anda yg terkoyak, tampallah sendiri kasut anda yg rosak.. (tp zaman skrg ntah2 org pakai buang je bila dah rosak kan)..hmm..

jzkk atas perkongsian..

[ Nazihah ] said...

Bismillah..
Saya hanya menulis untuk membetulkan persepsi kerana sesungguhnya persepsi ini tidak harus ana dalam pemikiran orang yang masih bujang.Dah kawin mungkin boleh dikupas dalam perspektif yang lain.Namun begitu, saya suka untuk kembali mengingatkan saya dan kawan-kawan,Sesungguhnya medan utama untuk seorang isteri adalah dirumah membina mujahid dari rumah yang umpama syurga tanpa pernah sesekali mengabaikan ummah

cahayalembut said...

salam kak Nazihah... akak boleh tulis buku nih! ^_^

[ Nazihah ] said...

Adik, OTW nak menulis tapi buku tu kini merangkak dulu baru boleb berlari