Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, October 27, 2007

< Hari Yang Berlalu>

Khamis yang lepas plan an iftar dengan adik-adik, lepas je buka unexpected question terpacul keluar dari mulut derang.." Akak,esok kita ada usrah kan?kol bape eh?".Terkejut + terkedu + gembira dan seronok dengan amat yang sangat.Biasanya time exam takde usrah dengan alasan nak exam dan kene study(don't ask me reason tu relevan ke tak), teknologi nenek moyang yang mungkin kene diperbaiki kot..huhu.
Waktu solat bersama mereka,satu perasaan menerjah di kalbu..Ya Allah inikah kain-kain putih yang kau serahkan untuk diwarnai dengan nilai2 RabbaniMu.Fuhuu besar tu tanggungjawabnya,makin besar tanggungjawab makin besar pahala yang kita dapat seandainya dilaksanakan dengan 1st class usaha.Ya Allah berikanlah aku petunjuk dan kekuatan untuk ku warnai mereka,agar mereka akan menjadi penerusku disini, apatah lagi jika Kau tetapkan aku untuk tidak terus berada disini.Didiklah mereka untuk menjadi jundimu yang lebih hebat dari aku.Ameen..
Menggandakan pahala ketika lelaki ke solat jumaat,kitaorang buat usrah.Mana aci,nak gak pahala lebih[Emosi kempen tamak pahala di DS].Yang lebih menyeronokkan,adik-adik dah mula langkah untuk mengaplikasikan DF(Dakwah Fardiah)..bilangan korum usrah yang lepas pun agak bertambah jugak gara-gara saranan untuk mereka mengajak teman.
Tapi lagi baik kalau mereka dapat buat dakwah fardiah base on ilmu bukan saranan semata-mata,walaupun baru satu semesta mereka ikut usrah.Mungkin mereka telah merasai izzah dan kemanisan untuk ikut usrah.Terima Kasih Ya Allah..At the end of usrah,dapat set dengan mereka the next usrah.."Korang nak buat usrah lagi ke time exam ni?"[Risau jugak derang kene study,takut gak kalau ayat tu macam memberi arahan pulak]."Boleh je sabtu tengahhari tu".Terima Kasih Ya Allah,semoga hidup mereka diRedhoi.
For those yang takde adik-adik lagi,carilah mereka..anda pasti akan merasa puas yang sangat puas bila melihat mereka 'membesar'..Rasailah perasaan itu..
Aku percaya pada flow ni: 'abdu->'ibadah->taqwa->'izzah->khilafah
MariLah kita bersama berusaha membantu mereka merasai 'izzah di jalan ini supaya mereka bersama-sama dengan kita untuk melaungkan dengan lantangnya Kalimah Tauhid ini bersama kita.

No comments: