Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, June 24, 2009

< Impian >

Tak salah untuk punya impian..

Saya pernah mengimpikan supaya buah kelapa muda ni kecik je sejak minggu lepas sebab kena paksa minum

Saya pernah impikan 1 pil yang boleh dimakan ketika demam atau batuk atau selsema supaya kalau sakit semuanya kena makan satu pil je [baca: Memahami perasaan orang yang kena makan ubat banyak2 setiap hari huhu]

Saya pernah impikan helicopter, kereta, van besar, bas yang boleh betukar-tukar mengikut keperluan

Saya pernah impikan handset yan boleh taip sms sendiri dengan hanya dengar kata-kata dari tuannya, paling tidak pun dia boleh dail no sendiri, sebab ada masa tuannya tak menang tangan

Saya pernah impikan peti sejuk yang boleh bagi cadangan masakan untuk dimasak di setiap meal mengikut lauk yang ada dalam peti EXTRA kalau dia boleh keluarkan resepi terus

Apa yang saya impikan ini mungkin adalah satu repekan tapi saya telah 4 tahun diajar untuk BERMIMPI [sejak saya jadi CIK Artifial Intelligent] kerana apa yang penting ialah USAHA GIGIH DAN KERAS untuk capai apa yang diimpikan..CIKGU pernah pesan ketika singgahan 3 hari kami di Jeram, Program Menyiapkan Perwira [baca: 'idad duat]

ORANG YANG SIBUK ADALAH ORANG YANG PUNYA AGENDA BESAR DALAM HIDUP

[baca: Jika kamu asyik dengan kerehatan, beerti kamu tak punya IMPIAN kerana mencapai impian perlukan perancangan dan AGENDA BESAR SANGAT]

ANAK PANAH PERLU DITARIK DARI BUSUR SUPAYA MENEPATI SASARAN

[Pernah tengok orang memanah?? SepertiLah kita harus HIDUP!!]

APAKAH IMPIAN BESAR KAMU??

2 comments:

nanami ichijo said...

yong, x sihat ke? syafakilLah..ingat nak ziarah nti ptg td, tp dah pukul 7 bru sampai skudai..

[ Nazihah ] said...

Jazakillah for the plan..Macam biasa saya akan macam chipsmore terlebih chips bila ada di Johor hehe Mungkin akan pulang kembali ke lapangan 2 hari lagi insyaAllah