Hari ini terasa kejam..kejam kerana telah membuatkan 2 orang ADIK menangis.. ADIK yang mencari saya dari kejauhan, dari sempadan negeri takLuk saya. Sempadan kami tidakLah terlalu jauh hanya minit 45 perjalanan..apatah lagi sempadan kami hanyaLah aqidah yang satu ^_-
Saya khabarkan pada ADIK..
Didikan yang kita lalui ini adalah didikan SEKOLAH KEHIDUPAN
Didikan ini tidak menginginkan lahirnya ROBOT yang tak berperasaan, tak berguna
Tapi didikan ini mahukan lahirnya MANUSIA yang berjiwa MANUSIA
Yang mengajar untuk MENANGIS taktala kesedihan
Mengajar untuk KETAWA apabila gembira
Mengajar untuk terus TERSENYUM sentiasa
Mengajar untuk SAYANG dan MENYAYANGI keranaNya
Mengajar erti BAHAGIA, TENANG dan DERITA
Mengajar untuk merasai 1001 rasa dan perasaan
Didikan ini sentiasa meraikan setiap perasaan dan kehendak fitrah manusiawi
Meraikan manusia yang punya ruh, akal dan jasad
Punya rasa ingin seronok, ingin bergembira, ingin dibelai apatah lagi ingin dihargai
iniLah yang perlu dirai pada setiap diri penuntut SEKOLAH KEHIDUPAN INI
disegenap darjah dan tingkatan
Didikan ini bukannya didikan yang mencipta KELELAHAN yang setiap saat mengeringkan jiwa dan jasad
Tapi didikan ini mengajar bahagia taktala BEKERJA kerana dia risau KEREHATAN akan membawa kelalaian
Bukan didikan yang menuntut keringat tenaga buruh
Tapi didikan ini menjadikan penuntutnya selalu punya rasa keringat ini tidak harus dibuang sia-sia
Kerana keringat ini bisa jadi saksi dan bukti tanda cinta pada TUHAN
Didikan ini tidak kejam
Didikan ini adalah adunan lengkap sebuah kehidupan
Mengalir bersama setiap titis darah di dalam jasad
Didikan ini meraikan setiap FITRAH MANUSIAWI
TerusLah menangis duhai adik..sungguh air mata itu tidak dicipta sia-sia..ia dicipta untuk dialirkan..jangan kejam pada setiap titis air mata..sesungguhnya tiada yang tuhan ciptakan sia-sia[jauhi kami dari neraka, tuhan]..semuanya dicipta untuk manusia..untuk manusia, agar dia mengerti setiap darinya adalah BUKTI CINTA TUHAN YANG PENGASIH dan PENYAYANG buat hambanya TERSAYANG..
Dari negeri YB Nizar
mooOd ->Rabithah
saya >> terasa penyayang La pulak..macam melakar surat cinta..WARKAH CINTA BUAT ADIK ^_- didikan ini juga meraikan fitrah manusiawi yang ingin menyayangi dan disayangi kan?? O_o
No comments:
Post a Comment