Ya Allah..
Seandainya ini kifarah pada dosa-dosaku
yang ku sedari mahupun tidak
ampuni aku..
Seandainya ia exam kesabaran dan ketabahan
izinkanlah aku berjaya dengan A+
Hari ini saya menghabiskan beberapa jam untuk renew 'kad' itu..dikelentong oleh pemandu teksi, menunggu dengan berdiri 'pakcik panjang' untuk 1 jam..Setelah sampai disekolah, saya meredakan kelelahan dan menunaikan 'janji' saya pada Yang Esa..
Dalam perjalanan menunaikan 'janji', bertemu dengan 'sekecil' yang berjaya kuLasso tapi belum berkesempatan untuk kutarik..Kalimah yang pertama keluar dari bibirnya
Akak, saya kenal 'anak-anak' akak..
Waaa!!! Terima kasih Ya Allah..diaLah sikecil yang ku berhasrat untuk didik, tapi aku hanya sempat untuk berbual tambahan di ruang menunggu pak cik panjang..Terima Kasih kerana mendengar suara hatiku..
Ya Allah, andai ini bayaran sebuah kehilangan aku sangat bersyukur..Bersyukur kerana kau mengizinkan aku mendidik seorang lagi sekecil untuk ku hantar ke pentas syuhada'( teringat Khansa') ..biiznilLah..
Allah pasti akan menggantikan kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik..PASTI !! biiznilLah..
p/s: Saya sangat memerlukan sms kalian yang hanya saja mengandungi nama kalian..kerana saya mungkin akan kehilangan nombor-nombor kalian..mohon dengat sangat..

No comments:
Post a Comment