Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, July 25, 2007

< Meminati dan Diminati>

[ haha menggunakan strategi pemasaran yang baik punya, dah la dah lama tak update, pastu kuar pulak tajuk kontroversi..haha 'strategi' betul]

Hujung minggu yang baru-baru ni RETREAT kejap di rumah..berehat dengan sesungguhnya..macam kereta yang kene servis..Ehmm, pergi 'servis' diri supaya lepas servis tu boleh 'berfungsi' dan 'digunakan' dengan lebih baik.Yang paling best,itulah kali pertama dan terakhir balik johor ada bodyguard hehe..Tapi bodyguard tak berbayar.Teringat pengalaman ketika solat di ayer hitam, suka-suka je ajak sorang makcik ni berjemaah.SELAMBA..walaupun kene jadi imam..tak kisah je waktu tu, janji dapat berjemaah.Mungkin pengalaman banyak mengajar untuk selamba bila mengajak orang kpd kebaikan..

MINAT..Salah ke?mesti yang berlainan jantina ke?..teringat masa kecik-kecik dulu, time muda-muda,aku pernah meminati ramai orang, darjah 4 sorang[dah tak tau dah mana dia pegi], darjah 5 sorang[tak ingat siapa], darjah 6 sorang[haha]..lepas tu suci sampai la ke form 5, baru admire 2 orang member ni[sampai sekarang admire mereka, sorang dah selamat jadi hafizah]..Sekarang ni aku tengah admire rasa macam 10 orang kot..Aduh, rindu giler dgn mereka..Tapi pengalaman waktu form 3 tu memang takleh dilupakan,dan sekarang aku mengalami situasi yang sama..huhu[Ada sesiapa yang nak tolong??]

Teringat pesanan sorang Muallimah time I'DAD DUAT yang first di Hira', "Sesungguhnya meminati itu tak salah,tapi kenelah pandai jaga diri dan pastikan takde orang lain YANG TAHU kita meminati seseorang itu.Maksudnya sampai mati kita kene simpan sendiri"..Meminati itu tidak salah kerana ia adalah fitrah[Allah memang cipta kita suka kepada akhlak yang SOLEH], TAPI kita kene pasikan hati kita jauh dari bibit awal ZINA HATI..Jangan bagitau sesiapa tu motifnya supaya kita tak merosakkan ukhwah yang sedia terjalin, melainkan kita akan membuat 'ikatan yang lebih baik'[paham-paham sendiri lah].Dan pastikan bila kita admire orang, dia boleh membantu meningkatkan IMAN DAN AMAL kita, bukannya menambah DOSA YANG MEMANG DAH SEDIA BANYAK NI..

Isu menjaga hati ni, teringat sorang member time matrik dulu.Time dia nak hantar mesej pada budak lelaki, mesti dia suruh aku baca dulu..Baik giler orang nyer.Pastu cakap gan dia, "Bila takde pape 'perasaan' time hantar mesej tu hantar je, bila rasa macam lain,delete terus mesej yang nak hantar tu tak yah hantar buat tambah dosa je"

Teringat kata-kata Ustaz Alias,"Ikhwah..akhwat, ni ana nak pesan pada antum,janganlah laga-lagakan sesama-sesama antum.Ni isu hati ni..tolonglah bantu sahabat-sahabat antum untuk jaga hati derang".Serious aku pernah buat dulu[tapi waktu sebelum tahu ia melibatkan hati], memang betul-betul jadi..So, janganlah laga-lagakan[kene-kenekan, match-matchkan, tak kisah la apa nama nyer..] kawan-kawan, adik-adik atau seniors..Aku seringkali kata pada diri, time terkenakan orang secara tak sengaja.. "Hati sendiri pun susah nak jaga, baik jangan rosakkan hati orang, kalau byk pahala,komfem masuk syurga lain la citer".Bila dikenekan aku selalu cakap.."Tolonglah..nazihah ada satu je hati"[Maaf inilah nazihah, nazihah yang selalu buat orang terdiam samaada marah atau mati kata..hehe]

p/s: Djah kalau jumpa hanah suruh dia baca entri ni tau..mesti dia teringat kenangan-kenangan lalu yang indah..kenangan yang tak bisa berulang tapi terlalu indah,kelakar dan comel untuk di lupakan..I miss school,miss my friendss..



1 comment:

Anonymous said...

:) .. tersenyum bace entry ni...

jaga hati.. betul2... susah tol nak jage hati sendri, sesibuk nak kaco ati org.... huhu..

again... ana pun miss school sesangat.. tak sabo nak balik n pegi skola..

rindu i'dad duah gak...

rindu mendapat nasihat dari org yang kenal kita....(ok.. lari point tapi nak ckp gak)