Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, May 9, 2007

< Laksaku Ada Nenas >

Alhamdulillah,Pujian selayaknya hanya pada Allah Yang Maha Segalanya,Yang mencipta pelbagai rasa dan perasaan.Hari ni nak kembali menjadi nazihah yang ceria..Hidupni sebenarnya penuh dengan keindahan dan kebahagiaan.Kekecewaan,derita dan lelah itu hanya secubit cuma..Yang peliknya, ramai yang masih mahu mengenangkan yang lelah itu sedangkan banyak yang membahgiakan jiwa.

Lagipun buat apa kenangkan yang pahit dan perit jika ianya hanya membuatkan jiwa terus sakit.Baik terus hidup dengan optimis dan ceria agar kita terus nampak jalan yang terbentang..Makin rasa lelah dan tertekan,makin banyak kerja yang tak jalan,makin banyak waktu rehatnya.Daa..Enjoy your life[you should know how to
enjoy yourself].

Lepas bayar sewa rumah yang tertangguh tadi[baru 6 hari je ye] dan deposit cek[sayangnya duit tu tak masuk akuan saya] kat wisma aman,UKM, pergi makan jap kat situ.Saje je nak test-test makan kat situ.tak sangka sedap pulak.Order..Laksa gan ABC.[Mesti my adik akan cakap "Wa mewahnya kak yong makan!"].Saje je nak raikan diri sendiri,mengembirakan diri sendiri.Hanya kita sendiri je yang tahu cara nak menggembirakan diri kita sendiri.Haha.Yang menariknya laksanya ada NENAS,pelik tak?Untuk saya ia sangat pelik.ABCnya pulak ada bebola warna merah dan biru[bukan fishball eh!!]Dia macam jelly-jelly sikit, tapi takde rasa.Mungkin sekadar memeriahkan ABC tu atau memenatkan orang yang makan tu untuk kunyah heee.TAPI..kuah laksanya tak habis,sebab kurang memenuhi citarasa.Manataknya compare dengan laksa yang ibu masak.ABC pun tak habis gak,ada la 2-3 suap lagi,gara-gara lupa nak pesan kat akak tu jangan letak jagung.Huhu..

Mulai saat ini mungkin kene naik bas rapid,sebab bas UKM sangat jarang ada.Orang pregnant 7 bulan pun boleh bersalin agaknya sebab LAMBAT+BOSAN.Dari UKM naik rapid,lepas tu,tukar bas rapid ke bangi di Hentian Kajang ^_^.Time kat Hentian Kajang, saya mengisi masa lapang dengan mengUSHA satu family yang kelihatan bahagia..BAHAGIA YANG SANGAT COMEL[walaupun bahagia tu dijiwa,tapi ia mampu diterjemahkan dengan sinaran wajah].Si ayah melayan si kakak, si Ibu mengendong si adik..Sambil-sambil membaca saya dok menjeling-jeling gelagat si kakak bersama ayah dan ibunya.COMELNYA..teringat kat Nuha[adik Sakinah] sebab gelagatnya ala-ala Nuha dan teringat kat Samihah[Wa..Rindunya!!].Dah lama tak jumpa adik djah, adik raihan..Usahkan adik,kakaknya pun saya tak berkesempatan untuk jumpa lagi.Pasallah korang ni sibuk-sibuk belaka..Bak kata Nahdia,sibuk mengalahkan PM..

5 comments:

Anonymous said...

ahaha,zie..

ABC tuh,klu ade cm bebuli (bukan bebola~haha) kaler kali tuh,penah jmpe jugak.oooooooh~sgt suke bile memakannye.warna warni ala2 pelangi gitu.hoho~

aha.saje nk ckp psl tuh.kt sni panas.kejap panas.kejap hujan lebat.huhu~klu panas,tingin nk mkn eskrim.kalau sejuk,tingin nk minum hot choc.aha,demand2.tak2.klu sejuk,tingin nk tdo~erk

'Umayr SRA said...

Waaa! Matahari mengintai dan pelangi menghias selepas sesi hujan dan guruh yang sebentar.

[ Nazihah ] said...

To 'abyd: bebola ke bebuli ke tak kisah la,Janji bentuknya bulat..Memang seronok sebab warna-warni.Tapi,penat 0oo nak kunyah.

To 'Umayr: Pelangi tu cantikkan!!Tapi kenapa pelangi takde awal dan hujung??

Anonymous said...

uih,knape?knape die tade awal dan hujung??

[ Nazihah ] said...

To 'Abyd:Kalau anti jumpa awal dan akhir pelangi ana bg seposen..