Aku ingin katakan ' tidak'
Tapi akan adakah yang sudi mengatakan 'Ya'?
Aku tidak suka dipaksa
Jika aku tak mahu, aku memang tak mahu
Tapi jika aku tidak memaksa diriku,
Akan adakah yang sudi menggantikanku?
Aku tak suka menjadi orang yang tabah
Kerana orang yang tabah selalu disangka Sangat Tabah
Tapi akan adakah orang yang akan menjadi tabah dan memberi ketabahan?
Aku ingin melayan penat dan bosan ini
Tapi ada yang lebih penat dan lelah dariku
Aku ingin khabarkan pada dunia apa yang aku rasa
Tapi perlukah aku khabar yang kualami, agar terjawab semuanya?
Akan adakah yang sudi mendengar?
Akan adakah yang punya waktu?
Aku ingin penuhi apa yang aku ingini
Tapi berhakkah aku?
..Izinkanlah Aku Menjadi Diriku..
Tapi akan adakah yang sudi mengatakan 'Ya'?
Aku tidak suka dipaksa
Jika aku tak mahu, aku memang tak mahu
Tapi jika aku tidak memaksa diriku,
Akan adakah yang sudi menggantikanku?
Aku tak suka menjadi orang yang tabah
Kerana orang yang tabah selalu disangka Sangat Tabah
Tapi akan adakah orang yang akan menjadi tabah dan memberi ketabahan?
Aku ingin melayan penat dan bosan ini
Tapi ada yang lebih penat dan lelah dariku
Aku ingin khabarkan pada dunia apa yang aku rasa
Tapi perlukah aku khabar yang kualami, agar terjawab semuanya?
Akan adakah yang sudi mendengar?
Akan adakah yang punya waktu?
Aku ingin penuhi apa yang aku ingini
Tapi berhakkah aku?
..Izinkanlah Aku Menjadi Diriku..
(23 April 2007, Isnin, 7 pm)
2 comments:
Sungguh sebuah rintihan yang ikhlas pada ilahi akan Dia dengar dan hampiri. Lantas berimanlah dan bertaqwalah pada Yang Esa; Yang Maha Kuasa. Kerana pada Dialah digantung nasib dan diserah harapan. Dialah yang mendidik, menjadikan dan membentuk diri manusia, hanyasanya mereka yang beriman mampu menyukuri apa yang dilaluinya walaupun pada mata orang biasa peritnya terlalu amat.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang sedikit; iaitu golongan yang Allah sebut sebagai golongan yang bersyukur padaNya.
Saya menjelajahi dunia maya ini...
Dan menemukan banyak tulisan...
Yang saya tidak mengerti adalah...
dalam tulisan itu, banyak orang yang menyatakan kalau dirinya ingin termasuk golongan orang yang sedikit...
dan golongan yang sedikit itu adalah golongan orang yang kategorinya menuju kebaikan(seperti bersyukur, berjihad, dsb)...
Tapi apakah benar, orang-orang baik itu adalah golongan orang-orang yang sedikit?
Post a Comment