Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, February 18, 2011

< Penghujung Rasa II >

BisMillah..
Sungguhpun kisah itu telah lama berlalu,
meskipun ada babak-babak yang hampir pupus dari ingatanku,
namun kenangan itu berparut dihati,
menginggatinya mengores luka yang telah kering.
Namun, aku perlu menutup kisah ini supaya kekasih hatiku (I miss my beloved sisters so much) yang jauh dari mataku tidak merisauku.
Alhamdulillah Bingkisan Hatiku ini, adalah tempat mencalit kisah hidupku, disiniLah aku menjadi aku, meluahkan rasa hatiku taktala manusia kejam beraksi sebagai tuhan dan hanya insan yang benar-benar mengenaliku mengetahui 'kewujudan'ku disini.
....................................................................

Aku merasai betapa kejamnya masyarakat melayu kini. Taktala sang 'permaisuri' menjadi mangsa kata-kata akhir yang dijadikan penyelamat adalah KETAATAN..ahh..Sungguhpun sekiranya kalian penguasa sekali pun, tidak semua perkara perlu ditaati. Ketaatan bukan emosi paksaan tetapi ia hadir dengan penghormatan. Jika anda tidak dihormati kerana akhlak & iman kalian, mana mungkin kalian akan ditaati.

Ini diskripsi DIDIKAN yang kamu ingin ketengahkan,(Nah aku hamburkan buat kamu!!) DIDIKAN mengajar insan untuk mampu mengawal iman, amal & akhlaq supaya semakin hampir dengan Allah berlandaskan bekalan yag diberiNya. Menjadikan ahli DIDIKAN sebagai Qudwah dan Quwwah buat ummah. DIDIKAN menyeru ahlinya mengajak kepada MA'RUF YANG TELAH DIAMALKANNYA & MENCEGAH MUNGKAR YANG TELAH DITINGGAKANNYA Andainya kamu tak bisa mengawal kata, jangan khabarkan padaku tentang DIDIKAN kerana kalian yang sepatutnya menjadi Qudwah padaku. Ya, aku tahu tiada manusia yang sempurna tetapi seandainya kau tahu manusia itu tidak sempurna, sepatutnya aku juga tidak dilabelkan sebagai sempurna. Ahh sewajarnya kalian lebih mahir daripadaku tentang ini.

Yang pasti setiap itu ada hikmahnya, dan kini kusedari, bahawa kasih sahabat & teman itu membawa ke Jannah. Sungguhpun khabar yang ku terima dan hantar bukan dari mata ke mata, namun rindu itu tetap tak pernah luput. Kenangan akan terus disitu. Kini aku sedar dan menginsafi sesungguhnya meninggalkan bekalan dan berbekal untuk perjalanan panjang itu perlu, dan bekalan itu perlu lengkap untuk seluruh ahli rumah. Sungguh, aku menggagumi nenda-nendaku yang menjadi supporter bantuan ketika aku umpama 'mayat' bernyawa lalu seperti pelakon tambahan yang bertukar watak menjadi watak utama. Ah..mereka orang lama, dalam diam aku 'disantuni' seolah-olah memahami. Aku dibesarkan dengan didikan 'terus' baik secara terang, perli atau berselindung tetapi aku benci jika aku dididik secara 'tikam belakang'. Aku dibesarkan dengan qudwah bukan dengan kata-kata, maaf, lontarkanLah seribu kata kepadaku pasti ia akan menjadi sekadar angin yang bertiupan. YOUR ACTIONS SPEAK LOUDER THAN YOUR WORDS. Buat kali yang kesekian kali, aku tetap mahu menjadi aku, kalau rasa tak puas hati meh sini berdepan!!

..................................................................

Sungguhpun aku ini wanita luar biasa, aku masih seorang wanita. Wanita yang memaafkan tapi tidak semudah itu melupakan. Sungguhpun kini hampir ke 'H', apabila kejadian ini berlaku kembali, Kenangan dari 'A' pasti terhambur kembali. Maaf DIDIKAN ini menjadikan aku dari batu menjadi air bukan dari air menjadi batu.

Sunday, February 6, 2011

< Dipenghujung Rasa >

BisMilLah..
Disaat ini aku hanya ingin menjadi aku
aku yang sebenar, yang tidak pernah berpura-pura
kerana iniLah nazihah yang dididik sejak 25 tahun yang lalu
...............................................................................................................................................................

Sungguhpun ia telah berlalu, tetapi untuk kali ini ia terpahat jauh disudut hati.
Pendendamkah aku? Mungkin ya, tapi jika seteruk ini, manusia berhak untuk kata apa sahaja biar tuhan yang menentukan.
Berpura-purakah aku seandai ku khabarkan ia telah selesai sedangkan ia tersemat utuh? ahh tuhan itu adiL kadang kaLa perasaan itu untuk tuhan bukan manusia. Biar hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang aku tahu, aku tak mahu menjadi pencetus 'perang' kerana aku telah menjadi mangsa 'perang' dan deritanya sangat menyakitkan. KataLah apa yang kalian mahu katakan, kerana kalian tidak tahu apa aku tahu.
SaLahkah aku untuk siapkan 'bekalan'? andai ini bukan kali terakhir, aku tiada pilihan selain redho, bersedia & berserah. Kadang-kadang manusia suka berlagak seperti tuhan, menjadi penghukum dan mengeluarkan kata putus sesuka hati

Dikala melalui hari-hari itu, gembira dengan sokongan yang ku terima, kerana aku yakin aku tak sendiri.Terimakasih untuk ungkapan kata dan kesudian menghulurkan telinga. Terima Kasih untuk doa kalian. IniLah bayaran untuk untuk kata-kata UMMI 'Sabar sayang, Allah nak bagi yang lebih baik '. IniLah yang tuhan ingin tunjukkan padaku, aku ada insan yang akan terus berikan sokongan. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku umpama 'mayat' dikala itu, tiada rasa, tiada kata, hati terus berputus asa. Hinggakan hatiku merayu tanggis, "Tuhan andai meneruskan ini adalah terbaik berikanLah aku walau setitis kekuatan, jika tidak putuskanLah mana yang pernah tidak ada apa-apa, nikmatmu dulu sudah terlebih dari cukup padaku"
Aku tidak pernah selemah ini & aku tidak bersalah jika mengatakan kalian 'kejam' menjatuhkanku seperti ini kerana aku masih belum mampu untuk berdiri apatah lagi berdiri dengan yakin.
Disaat ketika aku di'tolak' jatuh tersungkur, ketaatan & DIDIKAN yang dijadikan kayu menganggkat aku kembali..Daaa.. Apakah tidak kalian fikirkan KETAATAN yang perlu ku penuhi & DIDIKAN yang aku perlu buktikan sebelum aku disungkurkan..

[To Be Bersambung ^_-]