Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, January 12, 2011

< Tentang Sebuah Pernikahan >

Saat kembali waktu mingguan yang ditunggu-tunggu, semakin hari semakin sayang. Saat bertemu ummi, kakak-kakak dan kembar-kembarku..Diskusi semalam sangat panas tentang sebuah perkahwinan.

Saat perbincangan bermula dan semakin hangat. Sehingga semalaman dan ke hari ini aku berfikir. adakah perkahwinan itu jawapan kepada sebuah 'keterlanjuran'? Padaku keterlanjuran itu bukan hanya ketika Pcik jais datang menerjah tetapi ia bermula dari keterlanjuran maksiat awal yang membawa kepada ZINA itu. Ummi adalah orang kuat yang menggegar persepsiku kerana dia orang paling 'kuat' memastikan saatnya 2020, 0 zina..

Mengapakah kemuliaan perkahwinan itu perlu dikambing hitamkan?? Bukankah perkahwinan itu jalinan mulia meraikan mujahadah yang panjang, meraikan kasih sayang dua insan yang saling mencintai kerana Allah yang meyakini AllahLah yang memberikan mereka sakinah, mawaddah & rahmah yang tak pernah putus. Perkahwinan itu umpama satu pengumuman besar dari raja kerajaan langit & bumi 'Wahai sekalian makhlukKu hari ini aku halalkan bagi mereka suatu yang aku haramkan buat mereka sebelum pernikahan ini'. Lantas setelah itu, seluruh makhluk langit dan bumi mendoakn buat mereka. AGAK-AGAK MULIA TAK PERKAHWINAN TU??

Ini tak, bila dah terlanjur baru nak cari solution (bc: kahwin). Sebelum buat maksiat, pergi keluar dating, merendek ke hulu ke hilir ke utara ke selatan tak guna iman, tak ingat tuhan. Agak-agak orang dah mengata dan berkata-berkata baru nak 'rujuk' tuhan. Agak-agak dah macamtu ada lagi ke announcement mulia tu. TOLONG SIKIT!! tuhan ajar silaLah jauhi zina!! bukan silaLah kahwin setelah terbuat dosa..(tambahan: sudahnya aku yang kene menjawab). Sebelum berdating, tak reti nak berpuasa, syaitan pun berleluasa.

Sahabatku, pilihLa si dia kerana agamanya, semoga dia membawamu & bersamamu ke syurga.
Jika kau pilih kerana cantiknya, maka penghujung sayang itu bila tamat kecantikkannya,
Jika kau pilih kerana keturunannya, hilanglah segala bila dia menjadi keturunan terhina.
JIka kau pilih kerana hartanya, hilanglah semuanya saat hilang semua hartanya.

..Saat aku menulis bingkisan ini,hatiku meronta seperti tsunami..Agak-agak orang 'biasa' takpe, ini tak orang 'luar biasa' yang duduk bersama keluarga yang 'luar biasa' .Ya Allah, berikanLah kami kekuatan untuk menyuburkan bumi ini dengan kalimahMu. BerikanLah mereka hidayah Allah..