Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, November 17, 2009

Ketika hari ini 17 November 2009, maka genap sebulan jadi isteri orang..
Banyak yang belajar dan ramai yang setia menasihati TAPI si Barakallah masih tak sempat habis.Pertama dalam sejarah hidup tak berjaya habiskan satu buku dalam sebulan..huhu..

Lesson learn sepanjang sebulan..
- Kak Anfaal kata BersyukurLah dengan nikmat kesusahan sebab kita akan rinduinya suatu hari nanti..

- Abg Ammar pesan siLa layari hidup berkeluarga dengan baik kerana kita perlu menunjukkan qudwah yang baik

- Sila rancang ketika shopping selain dari plan budget, tengok-tengok barang apa yang takde..Sila pastikan barang-barang yang dibeli sesuai dengan kenderaan yang kamu bawa.Jangan Shopping macam ada kereta kalau kamu naik motor ^__^

Kejayaan saya selepas kawen..TAK TIDO LEPAS SUBUH [Yay!!]

Sebenarnya banyak yang saya belajar tapi tak tertulis hehe kene banyak membaca & banjir perasaan sikit supaya boleh tulis panjang-panjang..