Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, September 28, 2009

< PemaLas Yang Selfish >

Hembusan seorang pemaLas yang selfish ketika tempoh menjadi pemalas yang selfish hampir tamat.

Ketika duduk dibilik guru Sekolah suatu ketika dulu
berborak kosong yang membuang masa gara-gara ustazahku meluahkan perasaan
BeginiLah rentetannya saya menjadi pendengar ustazah yang nak berehat [perempuan berehat dengan bercerita atau shoping..Dengar jer jangan banyak citer]

Huuh penatnya
Bestkan Jadi kamu nazihah
Boleh berehat lebih-lebih
Boleh Extra bermalasan tahap 1st class owner
Boleh tidur lebihan tanpa gangguan
Boleh Makan [bc: melantak] suka-suka hati takyah pantang-pantang
Boleh jalan-jalan, shoping suka-suka hati sampai lupa dunia [bc: tapi ingat akhirat okLakan]
Boleh buat semua sesuka hati, seindah jiwa, secukup rasa
[versi baik sikit je]
Boleh hafal & tilawah quran banyak-banyak
Boleh baca buku bertimbun-timbun [ni saya suke ^_^]
Boleh belajar macam-macam
Boleh ke program kehuLu hilir

Lepas ustazah luahkan perasaan,dia sambung tanda kertas soalan..She was so tired before tapi lepas dia meluahkan kepenatan dia, terus jadi macam dah tak penat [adeh, cikgu aku niLah kan]

Beberapa minggu yang lalu mendengar luahan yang hampir sama dengan Kak Nurul ketika bermalaman di Tadika bersama Insyirah [Dia putih dan tembam..geramnya..] BiLa deh nak jumpa Insyirah dan 3 ikhwah kecil tu lagi. Mungkinkah saya akan mengeluarkan luahan perasaan yang sama suatu hari nanti?? Mungkin Ya atau Mungkin Tak??

Repekan Saya,
Si Pemalas Yang Sangat Selfish..



Saturday, September 26, 2009

< BarakallahulaKum >


BarakallahuLakum, Barakallahu'alaykum Wa Jam'a BainaKum FillKhayr
Ku Mohon PadaMu Allah
Agar Kau kurniakan mereka keturunan
Yang akan membawa panji aqidah ini dibarisan yang paling hadapan
'Eid Mubarak

3 Syawal 1430, Hari istimewa buat Nurul Hawa dan saya sebab dapat jumpa Mummy to be dan Pelopor Baitul Dakwah baru.

Beberapa hari lalu terbaca segmen tentang ini di coretan tangan kawan saya..Terlintas jua komentar kawan rapat saya ketika bersamanya bulan lalu, "Heem tuLah harap saya tak menzalimi sesiapa kalau saya terima semua ini, orang kata akhawat ni bila kawin dan mengandung dia akan slow sikit" Maaf, kata-kata ini menyentak kuat hati saya hingga kini dan sekarang saya menghamburnya keluar seluruhnya. Moga Allah pelihara saya, akak-akak, kawan-kawan dan adik-adik saya dari memperlahankan gear kami setelah melangsaikan salah satu sunnah ar-rasul dan langkahan MA seterusnya..

Lantas teringat tulisan seorang pengarang handal.

Ikhwah seringkali mengakatakan cukupLah berbicara tentang Baitul Muslim, kenapa perlu kerapkali isu itu yang dinyatakan.Sungguh ramai yang mengatakan mereka belum cukup menjadi individu muslim yang baik, menjadi pejuang yang hebat, menjadi du'at yang mantap sebelum mereka menjenggah Baitul Muslim yang merehatkan. Belum lagi menjadi seperti Mus'ab, Ali, Usamah. Lalu saya khabarkan pada ikhwah, mungkin saya belum menatapi sejarah mereka sedalamnya. Tapi sebelum Usamah bin Zaid menjadi penglima perang diusia 18 tahun, dia telah menikah diusia 16 tahun[Nazihah:maaf saya tak ingat nama isterinya, nanti saya beritahu ye]. Sebelum Mus'ab bin Umair menjadi duta ke Madinah dia telah menikahi Hamnah bint Jahsy. Sebelum Ali bin Abi Talib menjadi Khalifah dia telah menikahi Fatimah bint ar-Rasul. Mereka diberi tanggungjawab dan amanah memimpin keluarga sebelum mereka memimpin ummah. Maka akhawat perlu menyingkapi kisah ummu al-Mukminin dan sahabiyah seperti kisah Nusaibah bin Ka'ab, Ummu Aiman, Khansa' ibu syuhada dan banyak lagi. Sesungguhnya menikahi akhawat adalah BUAH DARI DAKWAH dan menikah itu bukan tanda waktu untuk berehat. Jika mahu berehat tunggu saja di SYURGA


- Salim A.Fillah -

Alhamdulillah, Allah bagi saya kesempatan dan peluang untuk bersama melihat dan menonton Mama Mus'ab, Muadz dan Mama Fidaa' membesarkan mereka. Seminggu sebelum mereka bertiga menjenggah dunia, the extra ordinary Mama masih bersama kami untuk merancang membaiki ummah, siap prepare beg baby lagi dalam kereta sebagai persiapan kalau tiba-tiba mereka terbersalin ketika mengurusi ummah. Saya pernah berkata pada KAKAK, 'Akak, akak tengah pregnant la, takyah la lasak-lasak dan aktif-aktif sangat'. Lantas KAKAK jawab '' 'Asma bint Abu Bakr di tampar oleh Abu Jahal ketika dia menghantar makanan ke Gua Thur dengan menaiki unta untuk perjalanan yang tidak dekat meredahi padang pasir dan disaat itu dia sedang sarat' .. Maka saya TERDIAM ..

Fidaa' ke Mukhayyam ketika dia masih didalam perut dan mama kata pada Fidaa' in the tummy " Fidaa', kalau Fidaa' takde dalam perut mama, mama ikut makcik-makcik naik lembah perlus tu".. Mus'ab dan Muadz ke mukhayyam ketika usia mereka belum lagi setahun, siap boleh tolong kejut makcik-makcik hirasah lagi pastu dapat celup kaki dalam sungai. Ketika mereka semakin membesar, mereka selalu jadi peneman mama ketika mama jumpa makcik-makcik dirumah. Mereka bertigaLah ikhwah-ikhwah kecil yang berjaya menembusi Kamar Ketenangan..

Ilmu itu bukan dari bacaan semata, bukan dikelas sepenuhnya, kerana memperoleh ilmu itu dengan menguna sepenuhnya pancaindera yang Allah titipkan. MelihatLah, HayatiLah, MendengarLah, BertanyaLah pada yang lebih arif supaya apa yang kamu lakukan adalah yang terbaik !! Jangan Sombong & berlagak.. SILA JADI HAMBANYA YANG BERSYUKUR sebelum pemberiaan itu ditarik kerana kamu tak reti nak guna..

Pendrive Masuk Virus, tak dapat masukkan gambar yang lagi cantik dari gambar ni dan gambar Me with the baby in Kak Ija's tummy ^_^ InsyaAllah weken ni akan cuba dapatkan gambar tu.

Friday, September 11, 2009

< When Masjid iS Like a Home >

Hari-hari di tempat yang penuh dengan ketenangan
Apabila masjid umpama rumah sendiri
Adik-adikku berlarian didalamnya tanpa larangan, tegahan, herdikan bahkan rotan
Mereka teramat bahagia didalamnya
Bahagia dalam erti kata seorang anak kecil
Adik-adik comelku bertudung, bertelekung
Melihat mereka merapikan keredung dikepala
Buatku bahagia dan tersenyum
Sehingga tiba satu saat aku sengaja solat disisi mereka
Mengajar adik kecil amalan yang dia perlu usaha keras melakukannya
Sehingga akhir usia
S.O.L.A.T
Ketika adik comel solat disisi
Taktala dia cuba bangkit dari sujud
Barangkali dia merasa lama benar dia bersujud
Lantas dia berpaling ke sisi dalam sujudnya
Untuk melihat kakak disisinya telah bangkitkah dari sujudnya
Lantas aku yang telah bangkit dari sujudku
Tersenyum melihat telatah adik comelku
Dia tidak henti meneruskan gerak langkah solatnya
Sehingga selesai walaupun hanya dengan 2
Namun telatah comelnya yang gigih berpaling dan menjeling
Ketika meniru langkah-langkahku
Membuatkan aku tersenyum bangga
Ah adik comel ini mujur saja aku tak tergelak lucu
Malam semakin menghitam
Ibu bersama baby-baby kecil semakin bertambah
Kagum dengan semangat sang Ibu
Yang masih setia menemani dan bermalam di 'Rumah' ini
Sungguhpun ada bayi kecil bersama mereka
Suara mereka hanya saja mengejutkan kami bangun
Setelah itu mereka kembali ke alam tiduran
Sehingga usai amanah subuh terlangsai
lantas mereka bangkit dari tiduran
Tak lekang, Tak putus
Kakak yang hanya saja baru berkenalan di 'rumah' ini
Menghadiahkan salam dan kasih sayang pagi..
Setelah selesai seluruhnya
Lantas sang ibu membawa pulang seluruh jentera pulang
Meneruskan kerjanya yang takkan pernah putus dirumah
AKU KAGUM DENGAN IBU-IBU ITU
Aku akan terus tidak sabar menanti malam kan menjelang lagi
Walau hanya berbaki beberapa hari

Alangkah indahnya jika semua ini berlangsung disetiap malam

Dari,
Aku bukan hamba Ramadhan, Aku hamba tuhan


Thursday, September 10, 2009

< Buku Berhantu >

Bila berMisi menghabiskan buku Pc Allan & Mc Barbara, banyak yang saya temui, Cukup untuk tersenyum bahkan ketawa sendirian ^_- Adalah logik untuk mempunyai masalah komunikasi apabila alien Mars & Venus bertemu ^_^

Nah, saya kongsi ketawa & jenakanya.. [Siapa yang mahu ilmunya, kamu tiada pilihan selain baca!!]

..Why Women Cry & Man Lie, Why Man Don't Have A Clue & Women Need More Shoes..

A woman will dress carefully according to weather, the seosan, fashion, her own coloring, where she's going, what she'll be doing. A man merely performs the sniff test on a piece of clothing he's left lying over the arm of a chair TAPI Kalau BoyFriend yang tinggal kat bilik saya piLih baju..saya pun kalah..haha

Ni keistimewaan orang perempuan ^_- Women can identify 7 different meanings behind a baby's cry to evaluate its needs WHERE MAN CAN'T

Tahu kenapa statistik kata lelaki lebih cepat mati dari Perempuan sebab WOMAN CRY, Women's tear gland are more active than men's, which's is consistent with the GREATER EMOTIONAL RESPONSE of the female brain. Crying is for 3 purpose:
1. As an eye wash
2.As a stress reducer - The body appears to use this function to clear stress toxin from the body. This could explain why women say they feel better after 'a good cry', even when there appears to be no real reason for crying..
3. As an emotional signal -Tears act as a visual signal asking others[for mahram only!!] to hug and comfort the weeper & its encourage productions of the hormaon oxytocin, the horman that makes person desire to be touched and cuddled by other person.
--maka siLa senyap bila dia nangis and let her cry -- Laughter and humor ease pain..Laughter is a good medicine..Tu sebab senyum tu SEDEKAH .. Laughter anesthetizes the body, build immune sys., defens against illness and disease, aids memory. HUMOR heals . Laugh release body's own painkiller, strengthen the immune system. Showing emotion 4 a man would be put at risk [tu sebab kadang-kadang batu kelihatan lebih baik dari mereke..upps jangan marah]. Bila perempuan tension LET HER CRY, bila lelaki tension BUY HIM A CAVE or Put a cave in your house..haha.. [ini teori nazihah]

Kakak kata pada saya, kamu jangan gender bias ^_- MaafLa 4 tahun hidup 24 jam dengan GurLFriends sahaja, BoyFriends jumpa sekaLi sebuLan je, ituPun kat Johor :p

< YaKinLah Allah akan Beri Yang Lebih Baik >

Hampir 30 minit berbual panjang dengan Cik PJ, atas tujuan memaksa melakukan sesuatu yang seluruh kawan-kawan perempuan satu batch disekolah dulu tak suka, hampir semua bahkan termasuk saya [suatu ketika dulu, tapi tiada pilihan apabila KENE juga buat]

Bertukar cerita sehingga mendapat khabaran 4 orang dari mereka mungkin akan datang ke sini. Semoga Allah memberi keputusan yang pasti dan permudahkan urusan mereka,Seluruhnya.. Sorang dah disini, 3 bakal menanti, sorang disember nanti.Supaya tempat yang dulu saya sendirian, kemudian menjadi lubuk emas dan perak.

YakinLah teman-teman seperjuanganku yang teramat sangat aku sayang, Allah pasti menggantikan yang pergi dengan lebih baik..YAKINLAH !! P.A.S.T.I

Last 10 Days Of Ramadhan Mode And Mood T_T with song Nasuha from Mestica