Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, March 17, 2009

< Kene tag rupanya >

Saya kene kurung takleh masuk ofis, sebab kunci tertinggal kat dalam kete mama Sal T_T Maka saya mengisi masa dengan buat tag ni.. [Waa takleh buat keje lain..Keje sume dalam ofis..TAPI keje saya sangat banyak Waaa]

1. How old are you?
Baru 22, belum lagi 23..Bila?? Rahsia..

2. Are you single?
Saya BELUM kawen Laa

3. At what age do you think you'll get married?
Allahu'alam..Kalau saya mati lepas ni kira saya tak kawen la kan

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
Allah lebih mengetahui

5. If not, who do you want to marry?
Heem siapa yang Allah pilih untuk saya

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Waa tak perlu ada dalam kepala saya lagi

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Ntah [bila rajin saya fikir]


8. Where do you plan to go on honeymoon?

Mana-mana jer.. Ni honeymoon KAMAR KETENANGAN KE?? Penghuni KAMAR KETENANGAN bila kita nak pergi bulan madu eh?? Eeeee tak sabarnya...

9. How many guests do you think you'll invite?
Tak boleh beramal lagi untuk waktu ini [Baca: Takyah fikir]

10. Will that include your exes?
JomLah datang..Makan freekan..sape tak nak ^_-

11. How many layers of cake do you want?
Tolong jangan jadikan perut macam tong sampah!!

12. When do you want to get married, morning or evening?
Allah lebih mengetahui

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding
Kene pasang lagu ke?? =p

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Suka hatiLah kamu nak pakai apa..janji makanannya masuk mulut bukan hidung hehe

15. Champagne or red wine?
Boleh je mana-mana. Tapi kene komfemkan masuk syurga ah ^_- Tapi kat sana lagi sedap dari tu kot..

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Heem..Sehari lepas kawen pergi mandi sungai or air terjun dengan akhawat J.O.M!!

17. Money or household items?
Nanti saya bagi list untuk kamu eh ^_-

18. How many kids would you like to have?
Allah tahu yang terbaik

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
DVD/CD boleh rosak, boleh hilang.. Hanya Allah yang KEKAL

20. Whose wedding plan would you like to know ?
Sape yang nak share dengan saya. TAPI saya tak nak belajar weeding plan jer sebab kehidupan lepas wedding tu lebih banyak kene belajar dari wedding plan

Kalau kamu rasa macam teringin nak buat tag ni siLalah..Saya tak nak tag sape-sape supaya orang lain boleh buat benda yang lebih bermanfaat =p

Sunday, March 15, 2009

< Wanita adalah madrasah pertama yang akan menformat generasi >

Pinjam status YM orang..Sangat seronok bila status ini datang dari seorang bernama LELAKI [walaupun dia macam budak kecik =p]

Sengaja mahu tiru dan tampal dari Sirah Nabawiyah [Mustafa Siba'ie]

[Bahagian 4]

Peranan Aisyah & Asma r.h.a. ketika hijrah rasul membuktikan WANITA DIPERLUKAN dalam dakwah islah. Emosi mereka lebih halus dan lebih kuat desakannya. Jiwa mereka lebih toleransi dan hati mereka lebih baik. Apabila wanita beriman dengan sesuatu perkara, mereka tidak lagi menghiraukan segala kesusahan untuk menyebarkan keimanannya. Gerakan pengislahan akan terus melangkah perlahan dan kurang efektif dalam masyarakat SEHINGGALAH WANITA MENYERTAINYA..Merekalah membina generasi pemudi diatas asas iman, akhlak, kesucian dan kemurnian. Wanita IslamLah yang berperanan MEMBENTUK GENERASI-GENERASI DIATAS DASAR KECINTAAN KEPADA ISLAM DAN RASULNYA. Generasi tersebut merupakan generasi paling agung diketahui oleh sejarah dari segi tekad. Roda pengislahan Islam mampu kita tolak ke depan lebih kuat setiap kali bertambah bilangan pemudi-pemudi yang alim tentang agama, faqih tentang syariat, mahir dengan sejarah islam, mengasihi Rasulullah, berakhlak dengan akhlak baginda dan akhlak ummahat al-mukminin [Saya nak daurah sirah sahabiah!!]..Kita juga semakin menghampiri hari MASYARAKT ISLAM AKAN TUNDUK KEPADA HUKUM HAKAM DAN SYARIATNYA << perkara ini akan menjadi realiti..insyaAllah


Yuk teman-teman..Kita takde pilihan lain!! kita harus maju & laju..Sesungguhnya langkah mengembalikan kemenangan yang tertunda, adalah dari langkah-langkah kita..Bermula dari kita!! Kerana kitaLah Wanita-wanita Islam itu!! --------------------------------------------------------------------------------------------
[Bahagian 3]

Isteri Solehah yang beriman dengan dakwah kebenaran akan mempermudahkan banyak kesulitan yang dialami oleh suami yang berdakwah.Ini akan berlaku jika sekiranya si isteri turut berkongsi kerungsingan dan penderitaan suami.Dengan perkongsian itu, isteri akan meringankan bebanan kerungsingan suami. Ia juga akan membangkitkan dalam diri suami rasa untuk meneruskan dakwah dan tetap teguh di atas jalannya. Oleh itu, si isteri dapat memberi kesan kepada kejayaan dan kemenangan dakwah.

<>

Kepada teman-teman saya yang telah beramal di tangga ini, ini pahala besar kamu, semoga kamu berusaha dengan baik!! Kepada yang akan beramal di tangga ini, selamat bersiap sedia untuk mengarab pahala besar dan banyak yang lebih banyak dari anak tangga kami..

Wahai Pemuda perjuangan, sungguhpun kalian ada pilihan, sunnah telah menunjukkan yang terbaik [bc: Sebenarnya kamu tiada pilihan, jika kamu ingin menyoroti sunnah =p] Perjuangan ini tak kan pernah rugi dengan pilihan kamu, kamu yang akan rugi dengan pilihan kamu jika ia bukan yang terbaik ... hehe [siLa gelak dengan kejam]