Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, November 24, 2008

< Kembara Disember >

Semalam saya mengimpikan disember yang penuh dengan angin-angin kembara. Tapi hari ini saya disentak dengan disember yang penuh dengan taufan-taufan MEETING [aduuuhhh] Impian kembara ku hampir berkabus..Hari ini mesin kepala saya jem [versi jem mrr2 lepas ofis hour] untuk menyusun awlawiyat hari ini seolah-olah tiada lagi ruang untuk disumbatkan..[boLeh tak saya nak sewa kepala sesiapa??] Mesin kepala saya kini seolah-olah keliru, mengisi fitrah ataukah melaksanakan amanah..

1. Kawan-kawan saya akan berkumpul 2-3 hari lagi, saya?? saya selalu jadi orang yang ketinggalan T_T [SiLa baca dengan nada sangat SEDIH]. Saya baru sedar tadi yang ada jemputan untuk saya hujung minggu ini..huhu..Jumaat ini saya dituntut untuk menunaikan amanah lagi, TAPI maaf.. saya ada dating dengan UMMI [tiada toleransi untuk ini!!] Weken ni ada yang berharap untuk saya mengisi dengan sesuatu, tapi isnin sepatutnya saya ada di JB..untuk mengisi hak saya kepada hati-hati di Johor [Sape nak pinjamkan helikopter untuk saya??].SeLasa, saya akan 
VIVA..Rabu saya ada PROJEK UNTUK PRESENTATION DENGAN MIMOS.. Antara fitrah dan amanah yang mana yang harus saya pilih?? [Walaupun saya dah ada keputusannya]

2. 13- 14 Dis - Kami dah plan a family vacation untuk ke PAHANG..Bergembira dan berseronok di resort..BiLa pulang, rupa-rupanya hak amanah perlu ditunai pada 13 Dis.. Antara fitrah dan amanah, mana yang harus saya pilih?? Saya juga manusia yang ingin ada rasa gembira dan seronok !!

3. Saya telah putus pada tarikh ini, adaLah masa untuk saya..Gangguan takkan dijeling
8-12 Dis - Eid + Kampung
19-20 Dis - x-Usrahmate nikah
24-25 Dis - x-Usrahmate nikah

4. Saya mahu jadi seperti al-Ghazali yang punya 1/3 masa untuk tuhan, 1/3 masa untuk keluarga dan 1/3 masa untuk DIRI SENDIRI ..

Saya -> Hari ni saya terpaksa jadi PINK atas sebab yg diberi ADIK supaya mesin kepala saya tidak jem lagi...ader tak sesiapa yang sudi nak ciptakan hendset yang boleh hantar meseg dgn mengesan gelombong otak tuannya tanpa di taip.. Nanti saya jadi antara orang-orang awal memilikinya..

Sunday, November 23, 2008

< Life Fobia >

Fuuh hari yang mencabar dan telah menyebabkan bertambahnya kawasan fobia dalam kehidupan saya T_T

Kawasan 1. Saya telah melabelkan tempat yang sepatutnya jadi tempat paling selamat menjadi tempat yang paling berpuaka dalam hidup saya.Saya telah kehilangan 3 kawan baik merangkap kekasih hati juga sebagai PA saya disitu. Apabila kehilangan yang ketiga, maka saya serik dan cuba sedayanya mengelak untuk bertapak disitu. TAPI tempat tu adalah tempat berkumpulnya hamba-hamba Allah yang paling baik..

Kawasan 2. Singgahan Bas yang kerapkali saya bertapak sendirian sejak saya jadi budak sekolah di Bangi.. Selama bertahun sebelum ni tak pernah pulak jadi sesuatu yang tak best pada saya kat singgahan ini[alhamdulilLah, bersyukur dengan amat sangat]. Tapi sejak kebelakangan ni ade jer benda tak best jadi kat sini..Minggu-minggu lalu, saya disyaki dalam bahaya apabiLa BONDA cuba hubungi saya, lantas lelaki yang jawab[aduh en celcom..tengah time2 camtu pulak dia buat hal].Lantas seluruh manusia dikejutkan dengan khabar itu, Ayahda saya, Paman saya dan kawan saya yang akan ambil exam petang tu..huhu.. Sedang mereka kerisauan, saya berbahagia mencari alas kaki baru..HAHA..Maaf semua, saya tidak sengaja dan saya tak bersalah..EN CELCOM buat hal bukan pada waktu yang terbaik..

Hari ini saya berlalu lagi di singgahan itu.Ah! tak bisa dilupakan pengalaman hari ini..Saya terpaksa import pasukan penyelamat dari NILAI untuk mengambil saya di singgahan..huhu..Terkandas kerana menterkandaskan diri HAHA. CukupLah 2 kali pengalaman tak best di singgahan ini..SERIK!! Buat beberapa ketika ini saya mungkin tak akan singah di singgahan itu lagi kerana saya akan diambil dan dihantar betul-betul dihadapan pagar..[Fuuh..alhamdulillah] Terimakasih CiK NILAI kerana jadi heroin saya hari ni ^_- Nasib baik saya tak perlu carikan hero untuk awak..[fuuh..seLamat]

Kata harta karun dari BONDA:

" Eish awak ni!! dahLa sorang-sorang, dengan notebook lagi. BahayaLah!! Lain kali jangan buat camtu lagi"

Saya: BaaeqLaah..[Tambahan dalam hati: huhu nak buat camne Allah masih bagi nikmat untuk berjalan sorang-sorang..Mensyukuri nikmat sebelum nikmat ditarik -__- Walaupun kepakaran itu semakin berkurangan saban kali]

MORAL: Ini Amaran untuk saya -> SILA TAMATKAN DOSA YANG TAK BERHENTI-HENTI KAMU BUAT SEKARANG !!

To Cik Nilai: Maaf saya takleh bubuh nama awk sebab saya nak kontroversikan awak O_O

Saturday, November 15, 2008

< Heeemmm >

Saya tak dapat mencari tajuk yang terbaik..mungkin kerana telah 12 hari tak mencoret dan merepek..
[ sehingga KAKAK kata saya kelihatan sibuk..haha..camne kakak boleh nampak saya?? kan KAKAK jauh di negeri cik siti wan kembang. Owh, itu Speaker dan LCD keimanan namanya, suarahati dan amal Teman sejasad anda boleh kelihatan dari jauh .. Ah..merepek apakah saya ini .. ]

Saya bukan tidak mahu mencoret, saya macam dah ketandusan idea, ruang kosong yang ada dalam kepala saya sekarang banyak terisi dengan ijarah, mudharobah [dan seangkatan dengannya..huhu..] bila idea itu datang, masa pula kesempitan. Tambahan pula, biological dan fizikal jasad saya tak betul sejak kebelakangan ni..Sampai KAKAK kata pada saya ' kenapa awak ni unstabil emotion eh?? ' HAHAhaha saya pun tak tahu kenapa...mungkin tengah adapt dengan kehidupan baru saya agaknya. PadanLah cikgu kata dia hanya akan tabik hormat pada anak muridnya yang masih SETIA setelah KERJA dan berkeluarga.

CuMa sejak 2 hari lalu saya rasa nak menangis sambil tersenyum.. Segala Puji itu hanya Layak buat Allah, tuhan yang Maha hebat. baca: dengan hati yang bersyukur dengan sangat dan merasai hebatnya Allah [saya tak pasti saya rasa apa dan saya sebenarnya patut rasa apa] Jumlah gayutan yang telah kami buat hampir sejam untuk 2 hari.. Sindrom gayut luar biasa dengan TEMAN SEJASAD yang jauh. Kami telah merasai seyakinnya Qudrah dan Iradah Allah itu memang mengatasi Logika manusiawi..haha..tak sangka begini jadinya. Ah, Allah itukan penentu yang hebat dan berkuasa.. Berbual tentang tangga dan anak tangga, meyakini tangga ini hingga ke puncaknya. Teman, semoga urusan kamu dipermudahkan dan dilancarkan. Tapi yakinLah hidup ini indah kerana dihiasi dengan ujian. Teman, yakinLah dengan pasti jalan yang bakal kamu langkah itu kamu pasti akan diuji, yakinLah dengan pasti kerana UJIAN ITU PENGERAT DAN PENGUKUH KASIH SAYANG [ antara siapa dengan siapa itu terpulang kepada kamu untuk letak, hanya teman sejasad saya saja yang tahu bahasa saya ini ^_- ]

Saya rasa ubat untuk kembalikan KEPELIKAN dan REPEKAN saya ini adalah MENGHIRUP UDARA JOHOr [baca: NAK BALIK !!!] Padahal baru je balik hari tu...Saya perlu makan ubat, kalau tak sindrom saya ini akan LEBIH DAHSYAT..

Monday, November 3, 2008

< HiCORE >

Holistic Islamic Virtual banking System: SOA Parameter-based Semantic Approach

ItuLah tajuk projek yang sedang saya usahakan kini. Hari pertama jumpa dengan team leader, langsung tak punya perasaan kerana saya hanya diberitahu projek ini projek 6 million *baca: takde perasaan*

Tapi setelah membaca hampir separuh summary projek yang dititip oleh teman, saya dah mula merasai hamasah untuk berusaha gigih untuk projek ini dan saya telah rasa menyesal tertido tadi O_o' Kenapa projek ini dibangunkan?? kerana manusia tak mahu nilai interest *baca: riba* dalam urusan ekonomi mereka, walaupun dia bukan seorang muslim.. Jika muslim apatah lagi !!

Saya harus meneliti kehendak sebuah sistem perbankan islam yang boleh mengabungkan pelbagai prinsip/syari'at ekonomi islam tanpa melanggar sebarang syaratnya dan boleh memutuskan penggunaannya dalam sebentar saja [yang biasanya ambil masa 6 bulan O_O]. Mudhorabah, ijarah dan segala [saya belum study lagi yang ini].

Impian saya, saya nak sistem ini dibangunkan dengan lancar, digunakan oleh setiap bank di negara saya [sempadan negara saya hanyalah sempadan aqidah]. Saya tak sabar menonton sistem yang dibina atas kesyumulan Islam ini mengkuburkan kapitalisma dalam perbankan sedalam-dalamnya ^_- Bahkan saya tak sabar menanti seluruh sistem tiruan buatan manusia ini diganti dengan sistem yang paling syumul..Sistem Allah..

Semoga Allah meredhoi usaha sekecil zarah ini..Doakan saya kuat dan tabah, doakan saya agar terus IHSAN.. Saya akan memerlukan pandangan dan perkongsian ilmu teman-teman yang lebih mahir dari saya yang jahil ini dalam ilmu sistem ekonomi Islam ^_-

-----------------------------------------------------------------------

Dulu saya pernah berputus asa dan merasai kebosanan yang sangat teramat dengan bidang yang saya ceburi ini.. Namun, setelah menghadap projek pertama ini, saya terus kuat untuk meyakini TIADA YANG ALLAH CIPTAKAN ITU SIA-SIA

Saturday, November 1, 2008

< AlhamduliLah, thummaAlhamdulillah >

AlhamdulilLah..Allah permudahkan segala urusan. Segala janji telah terLunas.. Kini saatnya untuk menukarkan awLawiyat hidup. Meneruskan kembali apa yang telah dimuLai, mengLangsaikan amanah yang bersandar dan menampungi teman-teman seperjuangan yang kini ini di medan jihad untuk mendekati Jannah yang damai dan indah..

Teringat kata-kata luahan advisor kesayangan saya:

' camne nazihah, rasa macam lega tak ?? '

AlhamdulilLah, Dia mencampakkan sedikit kelegaan. Namun, urusan hidup takkan pernah tamat. Urusan lain telah sedia menanti sebelum saatnya janji ini terlunas.. Urusan mengembalikan kemenangan tertunda takkan pernah tamat sehingga KEMENANGAN MENJELANG. Urusan untuk mengurusi ummah ini takkan pernah tamat, kerana ummah ini sedang KRITIKAL, BERDARAH, PARAH..

Maaf andai kesenyapan di ketika lalu mengundang kesukaran buat kalian.. Semoga Allah sentiasa bersama hati hamba-hambanya yang SETIA.