Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, August 29, 2008

< Ukhuwwah & Inspirasi >

<>

Pada ukhuwwah ada bekal, bekal yang bisa membangkitkan kembali hamasah gagah seorang insan luar biasa, untuk terus tegar dan tenang melalui jalan ini. Bekal yang mengembalikan inspirasi [ nama majalah sekoLah *Rindu* ] & aspirasi sebuah kehidupan istimewa agar terus setia menjadi pengemban dakwah hingga ke hujung nyawa [dengan izin Dia]..

[Patutnya jadi gambar akhir sebab last destination]

[ Bila kami ...]

[ BERGABUNG !! ]

[ Pinjam dari Khadijah ]

Ke Melaka, dengan berkumpulnya kembali anak-anak mama [ tapi tak sempat jumpa mama T_T ] gara-gara ada majlis walimah seorang teman..berkumpul kembali penggempur dan perosak KMM..sorang dari damansara, sorang dari bangi, sorang dari JB[boleh belajar nak tambat hati ibu dengan dia], sorang dari indonesia[balik cuti daa] dan sorang dari nilai.. Seperti biasa story hingga lupa dunia..gembira dan seronok kerana >> DAPAT BERITA BARU ^_^
Lanjutan PERJUMPAAN TERGEMPAR -> Saya dapat panggilan istimewa hingga jam 2 am, hari Pak cik saya dapat kerusi di Permatang Pauh. Terima Kasih kerana mengembalikan Hamasah saya, terima kasih kerana menjadi pendengar saya yang setia. Semoga Allah memberkati dan meredhoi hidup kalian hingga ke HUJUNG NYAWA..

[ Penanti Abg Rapid Yang Teramat Setia Bersama Titisan Hujan]
Gambar 5 bintang di hati saya

Ada nampak sesuatu yang istimewa tak dari mereka?? Hebatnya kamu jika dapat melihat.. kerana ukhuwwah luar biasa ini hanya dapat dilihat dan dirasai oleh sesiapa yang telah memilikinya ^_-

Monday, August 18, 2008

< Hidup Ini Umpama Pelarian >

Hidup ini umpama sebuah pelarian dari sesuatu yang sangat menakutkan. Mimpi ngeri yang membayangi walaupun dalam sedar. Umpama lembaga hitam yang tidak berhenti mengejari. Menyembunyikan diri agar tiada yang melihat, agar tiada kalimah itu yang didengari lagi, agar tiada bayangan hitam yang mambayang. Melarikan diri dari sebarang syak yang bermukim dihati, hasilan manusia atau jin. Melarikan diri sejauh-jauhnya agar terpelihara sekeping hati..sungguh hati ini hanya satu..hanya satu yang dimiliki,hanyaLah satu yang bakal menjadi saksi dan bukti buat YANG ESA..

Maaf IBU-IBUku [macam banyak IBU la pulak..IBU ikatan akidah O_o], maaf asatizahku, maafkan aku teman terpaksa melarikan diri dari kalian, ada sesuatu yang ku takuti, umpama lembaga hitam yang terlalu hampir.. Semoga doa-doa itu didengari tuhan..Semoga kata-kata itu menjadi kekuatan, sumber inspirasi untuk terus TABAH dan KUAT..Semoga tuhan mengaturi yang terbaik, semoga tuhan menyuluh jalan terbaik itu agar tidak tersalah simpang, agar tiada gear REVERSE yang perlu digunakan atau tidak terlalu panjang digunakan..supaya BREK tidak pernah kehabisan minyak..

Saya >> maaf..ada ketikanya saat darah sasterawan negara [dah lama tak jumpa atok..huhu] mengalir dalam jasad ini, mungkin tiada yang bisa mengerti tiap bait kalimahku, hanya pembaca suara hati, hanya penganggar firasat hati, yang bisa menterjemahkan setiap kalimah ini kepada sebuah didikan hati kehidupan.. puitiskah?? Jiwangkah??[ini yang akan jauh dari diri ni *eeiiiuuu*] terpulang.. izinkan aku menjadi diriku dalam aturan dan celupan tuhan Yang Esa.. aku hanya ingin menjadi diriku..hanya aku..dengan celupan tuhanku..

Sunday, August 17, 2008

< Warkah Kasih & Cinta Buat Adik >

Hari ini terasa kejam..kejam kerana telah membuatkan 2 orang ADIK menangis.. ADIK yang mencari saya dari kejauhan, dari sempadan negeri takLuk saya. Sempadan kami tidakLah terlalu jauh hanya minit 45 perjalanan..apatah lagi sempadan kami hanyaLah aqidah yang satu ^_-

Saya khabarkan pada ADIK..

Didikan yang kita lalui ini adalah didikan SEKOLAH KEHIDUPAN

Didikan ini tidak menginginkan lahirnya ROBOT yang tak berperasaan, tak berguna

Tapi didikan ini mahukan lahirnya MANUSIA yang berjiwa MANUSIA

Yang mengajar untuk MENANGIS taktala kesedihan

Mengajar untuk KETAWA apabila gembira

Mengajar untuk terus TERSENYUM sentiasa

Mengajar untuk SAYANG dan MENYAYANGI keranaNya

Mengajar erti BAHAGIA, TENANG dan DERITA

Mengajar untuk merasai 1001 rasa dan perasaan

Didikan ini sentiasa meraikan setiap perasaan dan kehendak fitrah manusiawi

Meraikan manusia yang punya ruh, akal dan jasad

Punya rasa ingin seronok, ingin bergembira, ingin dibelai apatah lagi ingin dihargai

iniLah yang perlu dirai pada setiap diri penuntut SEKOLAH KEHIDUPAN INI

disegenap darjah dan tingkatan

Didikan ini bukannya didikan yang mencipta KELELAHAN yang setiap saat mengeringkan jiwa dan jasad

Tapi didikan ini mengajar bahagia taktala BEKERJA kerana dia risau KEREHATAN akan membawa kelalaian

Bukan didikan yang menuntut keringat tenaga buruh

Tapi didikan ini menjadikan penuntutnya selalu punya rasa keringat ini tidak harus dibuang sia-sia

Kerana keringat ini bisa jadi saksi dan bukti tanda cinta pada TUHAN

Didikan ini tidak kejam

Didikan ini adalah adunan lengkap sebuah kehidupan

Mengalir bersama setiap titis darah di dalam jasad

Didikan ini meraikan setiap FITRAH MANUSIAWI

TerusLah menangis duhai adik..sungguh air mata itu tidak dicipta sia-sia..ia dicipta untuk dialirkan..jangan kejam pada setiap titis air mata..sesungguhnya tiada yang tuhan ciptakan sia-sia[jauhi kami dari neraka, tuhan]..semuanya dicipta untuk manusia..untuk manusia, agar dia mengerti setiap darinya adalah BUKTI CINTA TUHAN YANG PENGASIH dan PENYAYANG buat hambanya TERSAYANG..

Dari negeri YB Nizar

mooOd ->Rabithah

saya >> terasa penyayang La pulak..macam melakar surat cinta..WARKAH CINTA BUAT ADIK ^_- didikan ini juga meraikan fitrah manusiawi yang ingin menyayangi dan disayangi kan?? O_o

Thursday, August 14, 2008

< DakapLah Kesihatan Sebelum Sakit >

Saat ar-Rasul & as-Siddiq bersembunyi di gua Thur
ada si perempuan mengandung yang sangat TABAH, GIGIH & KUAT
berulang-alik menghantar makanan buat ayahda dan kekasih ummah
dengan bayi dalam kandungan bersama kenderaan yang dinaiki
di tengah padang pasir yang membahang
bersama makanan
sehingga suatu hari dia pernah di tampar oleh si Abu Jahal
DiaLah Asma' binti Abu Bakr

[ Ilham utusan Allah ketika ketidak laratan yang teramat ]

Lantas, terus bangkit dengan kuat.. Saya perlu kuat !! Dia mengharungi kepanasan padang pasir, saya hanya perlu mengharungi kepanasan jasad..Masih banyak kerja yang perlu dilangsaikan..

Pak Cik Mustafa Mashyur pesan terdapat bekalan buat pengemban dakwah ini di dalam sirah terdahulu, dalam kisah sahabat & sahabiah.. HirupLah bekalan ini hingga TABAH, KENYANG dan KUAT [macam ikLan milo..SIHAT & KUAT ^_- ]

saya -> teringat pada Kak As..Moga dia terus TABAH dan KUAT..

Wednesday, August 13, 2008

< Tuhan izinkanLah kami untuk sentiasa mengingati >

Masih merasai usapan itu, kerana kata-katanya lahir ikhLas dari hatinya..walau dituju khas untuk semua, tapi hatiku berbekas dalam dengan kata-katanya, seolah-olah tepat pada waktunya..TakpeLah, tiada yang bisa ku aturi andai ini ketetapan yang Dia telah aturkan buatku..AKU..hanya bisa melalui jalan yang telah terbentang dengan TABAH yang LUAR BIASA..

Teringat kata-kata ADIK & KAKAK ketika suatu masa, masa bermulanya jasad + hatiku kedemaman..

Adik: Akak ok ke?
Saya: Ok je..
Adik: ye ke?..
Saya: ye..percayaLah
Adik: TakpeLah..andai bisa hati itu dikeluarkan, pasti banyak rahsia yang tersimpan..Tapi biarLah hanya tuhan yang tahu..

Kakak: Awak ok?
Saya: ok..tadi saya.....[ pelbagai alasan yang dicipta..alasan kejam..haha ]

[ Saya suka gambar ni ]

Kakak: Awak jangan lupa akak ye..
Saya: akak pun sama
Hati saya: BiarLah Allah yang menentukan yang terbaik, jika hidup ini boleh berjalan mengikut keinginan saya semata..saya tak mahu lupakan kenangan ini.. kenangan bersama orang yang bisa membaca setiap suara hati saya..

Kamar ini terlalu banyak rahsia yang terulit didalamnya, rahsia yang tak mampu menjadi rahsia.. Rahsia yang tak bisa dilupa, rahsia yang menjadi kenangan terindah.. kerana hati-hati yang bertaut adalah hati-hati yang terikat dengan ukhuwwah LUAR BIASA keranaNya.. ikatan luar biasa inilah yang mengesan bukan sahaja perubahan fizikal bahkan perubahan hati dan jiwa...

-------------------------------------------------------

Esok saya akan mula cuti sekoLah..hooreey..Genap seminggu lagi boyfrend [ merangkap bodyguard ^_- ] saya pulang [ mesti ada yang nak muntah..haha.. ], perlu diambil di KLIA. Kepada kawan-kawan boyfrend saya, jika kamu mahu jumpa boyfend saya sila beritahu dia supaya kami boleh bagi masa untuk kalian berjumpa, kalau tak, dia akan dipaksa pulang rumah dengan segera O_o [ baca dengan nada gurLfrend yang KEJAM !! ]. Lagi 2 minggu 4 hari taqwaguard saya [ mungkin kita ] akan datang untuk sebulan.. Meletakkan azam dan memenuhkan kalendar saya dengan kenangan terindah bersama taqwaguard saya ..heem..

moOood -> mencipta kenangan terindah

Tuesday, August 12, 2008

< Perancangan 10 Tahun >

Tiba-tiba teringat kisah Fahri dalam novel glamour, ayat-ayat cinta..Lantas aku teringat ketika dia membentangkan perancangan 10 tahunnya..Secara tidak semena-mena, terlintas i'dad duat di mindaku taktala itu.. Tika saat muallim membentangkan buat kami bagaimana harusnya bentangan hidup seorang duat.. Ku selak kembali buku yang telah menguning-kecoklatan hasil dari tangan sendiri dan juga turut merasai selakan kehidupan yang lalu *rindu sangat*

Slot: Pemuda & Perubahan [ Pemuda & Perubahan, Fathi Yakan ]

Pemuda itu seharusnya bisa menentukan arah hidupnya sendiri..

0 - 7 tahun -> Bermain-main dengan tarbiyah

7 - 10 tahun -> Waktu menerapkan asas-asas secara serius

10 -13 tahun -> Kewajipan telah bermula [ ikutiLah orang-orang yg aktif dengan dakwah ]

13 - 18 tahun -> Biasakan diri dengan Islam yang sejati

Waktu Kritikal dan Kecemasan
18 -19 tahun -> Tentukan arah hidup
25 tahun -> aktif dengan gigih bersama dakwah, kahwin -> waktu akan jadi sangat TERHAD


25 - 40 tahun -> Menyusun kehidupan, kemuncak kematangan, pelaksanaan yang bersungguh-sungguh

63 tahun -> Penasihat

Aku dikhabarkan semua ini ketika usiaku hanya 16 tahun.. Ketika usia yang sewajarnya aku membiasakan diri dengan ISLAM YANG SEJATI. Perintis jalan ini telah bukakan jalan..jika mahu LaluLah.. jika tidak mahu terpulangLah..

Dimanakah kita??Telahkah merancang kehidupan sehingga ke 10 tahun akan datang?? Bukankah kebatiLan yang terancang bisa melenyapkan al-haq yang tidak terancang..

Wednesday, August 6, 2008

< Sumber Inspirasi & Kekuatan >

Pernah suatu ketika dulu seorang ABANG khabarkan pada saya.. Sesungguhnya hidayah tuhan itu bisa menjengah ke dalam jiwa kita dengan pelbagai cara dan asbab.. andai diizinkanNya saat memakai kasut pun Dia bisa menitipkan cahayaNya, cahayaNya yang bisa membangkitkan sejuta kekuatan dan ketabahan luar biasa.. [ Teringat taktala ar-Rasul gelisah menanti wahyu dari Tuhan kami.. rindu dengan ketabahan ar-Rasul, terkenang ketegaran Khadijah kekasih setia]

Semalam, saya melayari segenap jejakan minda KELUARGA-KELUARGA saya.. Saya terjumpa ini.. Alhamdulillah, Tuhan saya telah menjadikan ia sumber ketegaran saya.. SAYA KENE JADI KHALIFAH YANG TABAH..kuatLah !!

Warkah Anak Tahan Tanpa Bicara

Ayah,

Pengalaman perit masih lagi menghantuiku dan segar dalam ingatan…

Masa tu kita baru sahaja selesai makan malam di rumah

Ibu masak lauk kegemaran ayah

Ayam masak lemak….

Ayah hirup kuah hingga menjilat jari…

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu

Bila buka pintu, ada beberapa orang polis berpakaian biasa

Katanya nak jumpa ayah…

Along lihat ayah dan ibu tengah bersembang-sembang dengan polis

Tetapi selepas itu, polis terus bawa ayah pergi…

Tak pulang sehingga kini…

Tujuh tahun berlalu,

Ayah masih tak kembali…

Kenapa mereka ambil ayah?

Kami masih belum tahu…

Mereka pun tiada bukti..

Ayah tak bersalah…

Ayah tak bersalah…

Ayah tahu tak…

adik semasa baru berumur 4 tahun,

Selalu tanya along dan ibu…

ayah mana?

bila ayah nak balik?...

mula-mula ibu dan along jadi bingung dibuatnya…

tak tahu apa nak jawab kepada adik

kadang-kadang merah mata ibu

terkedu dengan soalan adik

tapi kami sama-sama pakat…

jawab ayah balik satu haribulan…

tapi satu haribulan berapa? bila?

kami pun tak tahu….

tapi sekarang adik sudah beasar

10 tahun umurnya

Selama tujuh tahun membesar

Tanpa belaian seorang ayah…

Namun ayah,

adik membesar sebagai seorang anak pejuang

Ibu Berjaya mendidiknya dengan baik…

Ayah,

Masa mula-mula ayah kena tangkap

Masa tu along baru berumur lapan tahun…

Adik pula baru berumur tiga tahun…

Ibu kata masa, mula-mula ayah ditangkap…

Along jadi pendiam..taknak cakap dengan orang…

tak ceria… padahal along suka buat lawak…

Lepas tu along pasang tv kuat2….

sepahkan buku, koyakkan buku tulis…

Along selalu tak nak buat kerja sekolah…

Along juga selalu menangis bila hendak tidur….

Ibu tahu… along amat tertekan dan rindu kepada ayah…

Yelah, ayah rapat dengan along…

Selalu kongsi cerita dan bermain bersama along…

Along kan anak kesayang, buah hati ayah?...

Kasihan ibu…

Ibu lagi tertekan dengan karenah along…

Ibu cerita kat along…

Pada satu hari,

waktu tu umur along baru Sembilan tahun…

Along lapar minta ibu buat roti telur…

Along menangis terjerit-jerit dan terpecahkan pinggan…

Habis makanan berselerak di atas meja..

Mula-mula ibu sabar,

tapi along nangis lagi kuat…

Ibu dah hilang sabar…

terus capai sebatang penyangkut baju…

Hendak memukul along…

Along lari…

Along nangis lagi kuat…

Along taknak kena pukul…

Tapi Ibu terus kejar nak pukul along…

along terus ambil gambar ayah atas meja…

Along menangis teresak-esak ketakutan….

Ayah,

along kesian tengok ibu….

Along tahu…Ibu rindu sangat pada ayah…

Ibu tak pernah menangis depan kami,

Tapi along tahu ibu selalu menangis sorang-sorang dalam bilik…

Ibu tak nak tengok kami menangis….

Kerana ibu tak nak kami lagi sedih

Ayah,

Ibu buat semuanya….

ibu hantar kami ke sekolah….

Ibu bekalkan kami duit pergi ke sekolah…

Ibu baiki paip yang rosak di rumah…

Ibu bayar bil rumah, bil letrik,

Ibu pujuk kami bila kami sedih…..

Ibu tenangkan adik bila adik nangis…..

Tapi bila ibu menangis, siapa yang boleh tenangkan ibu?

Hanya Allah sahaja tempat mengadu…

ISA memang sangat zalim!

Meragut kasih sayang….penuh dengan kejahatan…

ayah

Masa genap ayah ditahan dua tahun,

Ibu kata ayah mungkin bebas tak lama lagi…

Masa tu umur along 11 tahun…

masa ayah kemungkinan bebas,

Along beli yong tau fu…

Makanan kegemaran ayah

Along nak kongsi dengan ayah bila balik nanti…

Tapi bila tunggu2… ayah tak juga pulang….

Ibu kata ayah ditahan lagi dua tahun…

Bila ditanya kenapa?

mata ibu merah lagi….

Apa salah ayah?

Ayah ditahan tanpa bicara dan tanpa kesalahan…

Ayah diambil dari kami… sudah tujuh tahun!

Along benci ISA!

Ayah,

Kini along semakin membesar…

Along kena tabah…

Tidak boleh bersedih lagi….

Along ingat pesan ayah…

Along mesti jaga ibu….

Along mesti berjuang hapuskan kezaliman….

Along akan ajak kawan2 along…

Berjuang dan menyedarkan masyarakat…

Betapa zalimnya ISA…

Kerana… along dilahirkan,

sebagai anak seorang pejuang….

Mari bersama wahai rakan2, wahai rakyat Malaysia!

Hapuskan kezaliman,

tegakkan keadilan!

Mari bersama GMI,


berjuang dalam usaha memansuhkan ISA…


Hasil Nukilan: Nahdia Ariffin..

Hulu Kelang,

30 Julai, 2008

(sempena Malam Seni Tanpa Bicara sempena 48 tahun kezaliman ISA)


Saya tampal balik kata-kata saya sendiri.. sebab saya yakin setiap apa yang saya keluarkan untuk orang lain, sebenarnya untuk diri saya sendiri..

YakinLah Allah sentiasa disisi, pendengar yang sangaaat setia,
Dia sangaaat memahami segala isi hati taktala seluruh manusia tidak memahaminya,
Dia menguji kerana Dia sangat menyanyangi,
rasaiLah belaian kasih sayangNya dengan ujian itu..
DengariLah suara ini di dasar hati taktala diuji
"HambaKu yang sangat Ku sayangi, ujian ini ku sisipkan buatmu agar kau kembali padaKu, untuk terus merasai damainya belaian kasih sayangKu
" BangkitLah menagih kasih sayangNya yang paling damai di 1/3 malam..
Wahai diri, anda tak bisa seperti dulu, kerana sesungguhnya tuhan sisipkan ujian itu supaya jiwa ini menjadi lebih istimewa dari dulu..

Ya Allah
Andai kau sisipkan ia terbaik untuk diri
Kau kirimkanLah buat ketabahan yang paling tabah,
kedamaian yang paling damai,
ketenangan yang yang teramat tenang
JanganLah kau tinggalkan sendirian..


Hai Jiwaku,
BERTASBIHLAH & SOLATLAH
saat urusan-urusanmu berat menyerangmu
Apabila hati merasa telah letih
dari bebanan hidup yang melelahkan
AlirkanLah air mata, wahai jiwa
lalu tumpahkanLah ia dalam SOLATMU
sungguh tuhan alam semesta mendengar
tangisan jiwa yang merintih kasih-Nya

[ Fiqh Dakwah, Sa'id Hawwa ]

Ramadhan akan datang menemani 3 minggu Lagi.. Allahumma BaarikLana fi Rajab Wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan..

Tuesday, August 5, 2008

< ikhLas Sumber Kekuatan Luar Biasa dan Penawar KeLelahan >

IKHLAS..Orang kata mudah tapi sebenarnya tak semudah memetik jari.. Telah seminggu ia tersimpan dibenakku kerana saja minggu lalu aku harus menyampaikannya pada ADIK..

Kenapa Imam Nawawi letakkan niat di muka 1?? Kenapa hijrah itu ada dua hasilnya Allah & RasuL atau wanita yang sangat cantik untuk dikahwini?? Manusia mudah untuk mengejar sesuatu yang nampak.. Tapi Allah & Rasul adalah yang tertinggi paling tinggi..

Lantas teringat kata-kata KAKAK

TaktaLa kita mengharungi sesuatu kerana Allah, untuk Allah
Sampai saatnya ketika Allah uji kita dengan sesuatu yang tidak kita tertahan lagi
ingatLah saat itu kita harus tabah dan berserah kerana
ini semua kita redahi KERANA ALLAH & UNTUK ALLAH
[bukankah Allah kata jangan kata kamu beriman dan yakin jika sekiranya kamu tidak diuji]
Semoga Allah membayarnya dengan harga yang TERLAYAK & TERMAHAL


Bagaimana keikhLasan itu bisa menjadi sumber kekuatan Luar biasa.. Saat kita tidak tertahan lagi, ingatLah kembali niat yang diukir awalnya dulu[jika tak baik, baikiLah ia], yakinLah semakin besarnya niat yang tersandang makin kuatLah Allah uji..TAPI ingat.. setiap yang dititip Allah, Dia akan bayar harganya dengan keindahan yang sangat indah..Taktala kita tak tertahan lagi bacaLah 3 kuL, hadamLah tafsiranNya..biar ia terpahat kuat di jiwa.. tanamLah tafsiran al-'ALaa kuat di hati.. Allah itu pengasuh hambanya.. Seperti mana ibu & ayah mengasuh anaknya dengan rapi dan teliti.. Allah akan mengasuh hambanya dengan lebih Lagi.. [ Rindu Fi ZiLal Quran ]

Saya -> Baru jumpa hobi baru.. melayan kaki yang 'cedera' time mukhayyam weekend yang lepas..huhu..tolong saya..

Friday, August 1, 2008

< Khabar Baik >

Tadi sebelum berjumpa dengan adik-adik saya, saya dapat satu mesej gembira

.. Alhamdulillah, ana telah disahkan mengandung 3 minggu ..

Air mata kegembiraan saya menitis taktala membaca hantaran khabar itu..Waaa...seronoknya

Kawan yang paling dekat dengan saya..hehe..patutkan untuk rasa gembira ^_^ Semoga kawan saya dan baby dijaga dan dipelihara.. [ Doakan dia ye ^_^ ]

Saya sangat kagum dengan kehidupan dia yang lalu, ahli kamar pasti kata ' Tabahnya dia ' taktala cerita dia menjadi perbualan. Saat lalu, membuatkan saya lebih yakin bahawa pasti akan ada kemudahan selepas kesukaran, pasti ada kebahagiaan selepas derita.. Dan saat ini saya diuji dengan keyakinan itu kembali.. Semoga keyakinan saya akan terus kuat walau ditiup tsunami, semoga saya terus yakin, sesungguhnya Allah bisa membantu dengan pelbagai kaedah dan cara yang tidak diketahui bahkan tidak disangka.. Kesukaran akan biasanya membaluti kebahagiaan yang indah.. TABAHLAH !!