Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, July 26, 2008

< Membina Angkatan Mujahid >

Saat saya membelek kertas-kertas kitaran, saya terjumpa ini

Hai Jiwaku,
BERTASBIHLAH & SOLATLAH
saat urusan-urusanmu berat menyerangmu
Apabila hati merasa telah letih
dari bebanan hidup yang melelahkan
AlirkanLah air mata, wahai jiwa
lalu tumpahkanLah ia dalam SOLATMU
sungguh tuhan alam semesta mendengar
tangisan jiwa yang merintih kasih-Nya

[ Fiqh Dakwah, Sa'id Hawwa ]


Sungguh..pejuang-pejuang dulu juga pernah mengalaminya, mereka telah jumpai formulanya..
Sungguh iniLah kelegaan yang melegakan.. TerusLah menangis wahai ADIKKU, dikau pasti akan menemui dirimu setelah itu..

Monday, July 21, 2008

< Sahabat Lama >

[ Hasanah + SuhaiL ]

Akhirnya dapat jugak gambar mereka setelah gigih melayari blog2 anak-anak Mak Cik Hidayat.. Tapi masih lagi tamak dan nak tunggu gambar2 yang lagi gembira dan suka dari kawan-kawan di Mesir.. *baca dengan nada excited yang teramat sangat*

Semoga Allah terus memberkati dan meredhoi mereka dan seluruh mereka nanti.. Ameeeen

Saturday, July 19, 2008

< Aku Bukan Milikku >

Kusedari aku yang kini bukan aku yang dulu..Banyak yang telah berubah, banyak yang akan terus berubah..

Kini ADIK-ADIKku bukan seperti yang dulu, mereka tidak 'seramai' dulu..Malah mereka anggaran lantikan masa depan.. mendidik manusia-manusia masa depan.. Besarnya amanah ini tuhan.. Mendidik juga perlukan matlamat, ingin bagaimana dijadikan mereka ini..heem..

Moga Allah terus kurniakan aku kekuatan luar biasa, Moga dia terus memandangku dengan Kasih sayangNya..

Tadi Sahabat lama saya selamat melangkah ke 'tangga ke-2'..Semoga Mereka terus diberkati dan diredhoiNya..Disaat bundaku kembali membujang..[Waa seronoknyaaa ^_- ] Ketidak sabaran menanti si Ogos, saat waktunya sang Dr bakal menjadi bodyguard ..haha..
Bahkan juga si September, saat pesta ibadah kembali menyinggah..

Thursday, July 17, 2008

< Taktala Berteman Kerana DIA >

Hari-hari yang lalu aku berkata-kata bersama KAKAK di kejauhan..Biarpun dia jauh nun diatas tapi dia tak lupa melayangkan pesanan dan kata-kata..

Lama KAKAK meninggalkan pesan.. pesanan untuk mengharungi kehidupan.. Nasihatnya kusimpan utuh walaupun ku terima dengan air mata. BaikLaaah..
Malamnya aku mengabsorb kata-kata dari KAKAK mengandung, banyak yang dia tumpahkan buatku..Semoga tumpahan kata-katanya bermakna dengan sangat buatku..Saya tampalkan kata-kata KAKAK

setiap keputusan ada risiko
insyaAllah..segala amal kerana Allah akan dimudahkan Allah
nak maju ke dEpan pasti ada risiko yang kita kena ambil
Itu fitrah kehidupan
sebab tu, siapkan diri dgn bekalan :)
semakin masa berlalu...semakin bnyk keputusan yg perlu kita ambil
kerana kita semakin bnyk tanggungjawab
tApi makin banyak tanggungjawab makin banyak reward yg Allah akan bagi

Terima Kasih KAKAK semoga kalian diredhoi Allah setiap saat

Tuesday, July 15, 2008

< Tiada kebetulan dalam sebuah kehidupan >

Saya dah lama tak masukkan sisipan baru dalam bingkisan hati, maka tajuknya jadi pelik-pelik..
Beberapa hari yang lalu penghuni kamar ketenangan dibacakan ini:

Kehidupan moden dengan semua daya magnetnya menyerbu
kaum muslimin terutama wanita muslimah, dengan gencar.
Wanita muslimah menjadi target utama kerana dia benteng kaum muslimin.
[ Aku menjadi Akhawat, Haidar Quffah ]

Ya.. kami orang utama. IzzahLah menjadi muslim, IzzahLah menjadi wanita, IzzahLah dengan diri sendiri yang dicelup dengan celupan rabbaniah..

Muhammad yang istimewa memerlukan Khadijah kekasih sejati disisi,
[ Nak buku Aisyah The Beauty..Nak jugak..nak jugak. Emmm bila nak beli ye?? Masa.. Oooo Masa ]

Maka itu ayuh bangkit teman-teman.. Ayuh sehabis daya, Kemenangan generasi masa depan atas tangan kita..KITA MAMPU MENGUBAHNYA..

[Mengisi dicelahan waktu himpitan]
Mo0oo0od -> PuteriKu Sayang..

Monday, July 7, 2008

< ZikruL Maut >

[ Menemui kaunter ini buat yang ke-2 kali ]


[ Buat kali ke-2 sebagai pengunjung ]

Saat kali ke-2 kembali menyinggah ke sini, apakah ertinya semua ini?? Mengapakah hingga kali yang kedua?? Apakah maksudnya semua ini?? Apakah yang ingin tuhan sisipkan buat diriku??

Mungkin saja singgahan yang pertama itu tidak memberi kesan kuat buat diriku, lantas tuhan bagi kiriman kedua yang sangat menggetarkan supaya hati yang sombong berlagak ini kembali sedar, sesungguhnya saat kematian itu bukan yang dirancang, bahkan ia boleh datang sesuka hatinya dengan arahan dan keizinan dari tuhannya..


[ andai saat ini akuLah pesakitnya ]

Andainya saat ini, akuLah pesakitnya, kuatkah aku menghadapi jarum yang panjang??
Sedangkan melihat jarum yang panjang itu pun jasadku sudah menggeletar, apatah menghadapinya.. Mampukah aku untuk merasai kesakitan tangan yang berulit wayar yang berselirat?? Melihatnya pun sudah membuatkan aku terliur ketakutan dan kekeluan. Mampukah aku menghadapi semua itu???

[ Andai nanti nama itu adaLah aku ]

Andai nama tertulis itu nanti namaku?? Mungkin saja waktu itu aku tak bisa melakukan apa-apa selain mendengar kerana disahkan koma [ Na'uzubillah ] Alhamdulillah Allah memberi amaran dulu dengan menahan seketika.. Andai dia terus menjemput TANPA SEBARANG AMARAN..BERSEDIAKAH KITA??

Andai saat kematian itu sesaat lagi, cukupkah amalan ini untuk dihadapkan kemuka pengadiLan untuk menjadi hambaNya yang BERUNTUNG.. andai saat kematian sesaat lagi menjelang, telah siapkah penerus-penerus kita untuk ditinggalkan, akan terganggukah.. akan terberhentikah kerja-kerja yang selama ini kita usahakan.. andai saat kematian hanya berbaki sesaat, telah tertunaikah segala hak dan pengharapan, atau masih ada yang berbaki

Andai ini saat hidupku yang terakhir..
Hutangku masih berbaki ringgit dua..
Ku berharap moga Allah terus memberi hidayah kepada insan-insan yang teramat saya sayang
Ku pinta Moga Allah terus memberi kekuatan buat asatizahku membina kader serba bisa
Ku mohon Moga Allah terus memberi ketegaran dan ketabahan luar biasa buat teman-temanku untuk terus berjuang
dan
Ku berharap....[ BiarLah pengharapan ini menjadi rahsia antara aku dan tuhanku ]
Andai ini saat hidupku yang terakhir, maafi aku atas segala-galanya..

Ya..sesungguhnya kita tetap seorang hamba yang tidak bisa tahu bahkan tak juga bisa menganggar bagaimana saatnya kematian itu nanti?? Bilakah saatnya?? Adakah di pinggir jalanan, ataukah didalam kediaman?? Muliakah atau terhina?? Namun yang ada disisi kita seuntai doa agar tamatnya usia ini nanti dengan kemuliaan, dengan keimanan yang sangat jitu bahkan izinkanLah Ya Allah tamatnya usia kami sebagai Syuhada' dijalanMu..

-----------------------------------------------------------

Saat kematian adaLah motivasi terulung buat duat..kematian bisa saja membuatkan kita menjelajah hingga ke lubuk hati yang terdalam, menghalusi setiap langkah-langkah lalu, menginsafi sekecil-kecil mazmumah dan mungkar yang terlakar dalam catatan 'atid

Detik kematian juga bisa saja menjadikan duat berjuang sehabis daya, melangkah gagah sehabis kemampuan, berjuang tegar hingga ketitisan keringat, titisan air mata juga titisan darah yang terakhir kerana dia mahu amal yang disaksikankan buat tuhannya adalah amal yang tersangat baik..

mo00ood -> Mirwana, Andaiku pergi

------------------------------------------------------------------------

Sungguhpun begitu adik-adik gemar ziarah ke wad. SEBAB...

[ Adik-adik yang gemar ke hospitaL ]

[ Kenapa ?? ]

[ Kenapa mereka terlalu khusyuk ]

[ Kerana ini, kerana TV ^_- ]

Saturday, July 5, 2008

< IniKah saya ?? >

Ketika saya dapat mesej dalam kawanster semalam, saya buat test kenali diri [test yang menyebabkan kawan saya masuk kategori jiwang..haha.. ^_^]. Ini keputusannya.

# 5 - THE NONCONFORMIST

5's are the explorers. Their natural curiosity,

risk taking, and enthusiasm often land them in

hot water. They need diversity, and don't like to be

stuck in a rut. The whole world is their school

and they see a learning possibility in every

situation.



Adakah ini buktinya saya DEGIL ?? [uppss] Tapi benar.. setiap langkahan kehidupan pasti ada hikmahnya. Kalau tidak, masakan ia dipanggil sekolah kehidupan??

< Cikgu Ika >

Teringat antara kawan rapat saya telah menjadi ayu dan telah bergelar cikgu ika..haha..comel nama tu CIKGU IKA..

Seronok sebenarnya bersama kanak-kanak girang banyak yang boleh kita belajar dari mereka sebenarnyaa..


[Macam raksasa runtuhkan bangunan]

[ Main rumah-rumah dan olok-olok tidur * dah berpuluh tahun tak main mainan ni = mainan imaginasi * ]

Kanak-kanak punya imaginasi luar biasa..penat jugak layan mereka dengan imaginasi mereka.. Tapi orang besar seperti kitaLah yang membentuk imaginasi mereka

[ Hantu buku versi kanak-kanak ]

[ Dari duduk sampai terbaring-baring ]

Dia dah pandai membaca?? ..insyaAllah.. Jangan tertipu dengan gambar ini. Dia bukak buku doremon tapi mulut dia menyanyi lagu wudhu' ke lagu subhanallah ..HAHA..

[ HantU CD & menyanyi ]

CD ni banyak membantu..Kanak-kanak kan imaginasi mereka hebat, maka imaginasi mereka perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat atau yang SANGAT SOLEHAH.. saat mereka suci, putih bersih inilah masanya..

[ Muka Khusyu' ]

[ Belajar Wudhu' sambil nyanyi + tengah basuh hidung ]

[ Tengah basuh kaki sambil nyanyi ]

[ Basuh hidung sambil baring..haha.. ]


Budak perempuan kecik iniLah yang paling pelik antara kami bertiga [baca: anak-anak perempuan di rumah ini] sebab hanya dia sahaja yang HANTU PINK. Dari isnin sampai jumaat bajunya akan pink@merah, baru hari ini bajunya biru, tapi kakak-kakaknya ANTI-PINK..kenapa?? sebab setiap orang kan punya pilihan dan kehendak sendiri..

Banyak yang saya belajar ketika duduk dengan mereka,

Muhammad: Kak Yong Allah makan tak?
Saya: *Aduiii menguji betul soklan ni* Allah tak makan sebab dia tak lapar macam kita
Muhammad: sebab dia takde perut dengan mulut eh
Saya: sebab dia tak macam muhammad dan tak macam kak yong. Allah tak Yah makan macam kita

* Nasib baik dia dah berhenti tanya, kalau tak saya tak tahu nak jawab apa *

Saya: Samihah & muhammad nanti nak jadi apa?
Samihah: Nak jadi besar, nak belajar, pastu jadi besar.
Muhammad: A'ah, muhammad pun nak belajar, pastu boleh jadi besar..

Kalau tanya kat orang besar, " saya nak jadi kanak-kanak, sebab jadi kanak-kanak hanya gembira dan bahagia " * Komfius + peliK *

Samihah pernah tegur saya " Kak Yong jangan cakap macam tuh, nanti Allah marah "
Aduii kene tegur dengan adik 3 tahun, baikLah.. taat dan menurut perintah..

Moral yang saya belajar dari CD menyanyi:

1. Waktu kanak-kanak niLah saatnya untuk sumbatkan mereka dengan segala yang SOLEHAH
surah fatihah, 3 KuL[ituLah sebabnya imam syafi'e bisa hafal quran sepenuhnya ketika usia kecil], segaLa doa [dari bangun tidur sampai nak tidur balik], ajar solat, ajar ambil wudhu', ajar memulakan sesuatu dengan kanan. Dan banyak lagi, yang penting SUMBATKAN MEREKA DENGAN SOLEHAH SAHAJA..

2. Saya mula merasai bidang hidup mana yang sesuai saya ceburi..

3. Ayah-ayah masa depan kena belajaR MENYANYI..haha..Sebab dalam CD tu ayah dia asyik menyanyi je ^_- dalam kereta menyanyi..amik wudhu' pun nyanyi jugak bahkan pujuk anak dia nangis pun ayah dia menyanyi ..HAHA.. ^_-

Friday, July 4, 2008

< Jiwang >

Ntah kenapa hari ini saya asyik jumpa perkataan ini. Pertama, ketika berbual dengan KAKAK di kotak YM, dia bertukar menjadi jiwang sebab dia dan seluruh warga kamar ketenangan akan berbulan madu [sekali lagi saya menjadi golongan yang tercicir T_T]. Kedua, ketika buka akaun laman kawanster.. dapat mesej..kawan saya termasuk dalam golongan manusia jiwang ..HAHA..Saya terselamat dari golongan tu..YES !!

Ketika dulu di London upss Londang, kawan-kawan saya digolongkan dalam golongan manusia jiwang..haha..[oook baikLah termasuk saya jugak o_o'' ] Mungkin sebab ayat puitis kot[tak jugak], atau ayat kami tersusun, berhemah dan sopan [ni mungkin betul ^_-].Semua pakat tak puas hati..Akhirnya kami ketemu ayat ini..[ayat dari UMMI]

MemangLa muslim itu jiwang dan penyayang
Tuhan mereka kan sangat pengasih dan penyayang
Rasul mereka juga sangat dikagumi seisi alam raya
Panduan hidup yang mereka gunakan juga sangat puitis dan menyentuh hati

NAH !! Moralnya..saya pun tak tahu apa yang pembaca senyap saya dapat dari coretan ini.. Tapi yang pasti saya tak suruh kalian menjadi JIWANG [tidak !!!!]

Wednesday, July 2, 2008

< Couple Of The Year >

Post kali ni ditujukan khas kepada En Dr yang jauh nun di Jordan..Dengan hajat membuatkan dia sangat jeleeees..haha.. Biar dia terus MERAJUK..haha..Sape suruh belajar jauh-jauh..HAHAHA [ gelak kejam macam ibu tiri Snow White ]

[ Kasut Terbaru ]

[ Kasut Couple of The year yang dizoomkan ]

[ Pasangan paling romantik yang dibenarkan ]

[ Mencangkung dalam lif hospital gara-gara gayat ^_- dengan muka konon-konon comel ]

Jangan jeleeees En Dr..haha..[ gelak kejam lagi ]

< Ketika ayah dioperasikan >

[ Dalam kereta on de way ke puteri, JB ]

Sewaktu membelek buku ini..rasa tak puas hati baca..Sebab ini manual hidup dari manusia untuk manusia. Lantas teringat manual hidup muslim, MUSLIM'S LIFE INSTRUCTION. mungkin lebih berbaloi & puas dengan sangat baca ketika membaca MUSLIM'S LIFE INSTRUCTION..
Tapi ia bukan sekadar untuk dibaca malah ia harus diAMALKAN..

[ Diambil ketika saya busan menunggu ayah dapat bilik sementara ]

Cuba tengok baby juling yang cumel jugak rama-rama yang cumel yang hinggap kat hidung baby tu.. ^_-


[ Katil yang masih suci dari sebarang air liur basi adik dan sebelum menjadi mangsa tidur oleh pesakit tumpangan seperti saya ^_- ]

< Semuanya milikNya >

Telah usai mengaturi jiwa-jiwa..Jiwa yang bakal ku aturi kian bertambah, dulunya tak seramai ini..Kembali menjadi ibu dan kakak.. UMMI pernah kata “ Semakin usia kita bertambah, amanah dan bebanan juga akan turut bertambah, seiring dengan usia kita ” Dulu aku hanya punyai anak dan adik perempuan, kini aku perlu urusi anak dan adik lelaki sekali..Ya, aku dan teman harus membantu untuk mengurusi mereka dengan baik.. ABANG pesan

“ Untuk menjadikan mereka hebat, mereka perlu diberikan tanggungjawab, kerana MAN DO HATE COMITMEN. Mereka memang sukar diikat, tapi andai sekali mereka faham dan terikat, mereka pasti akan sangat HEBAT. Lebih hebat dari kalian seluruhnya ”


Taktala abang mengungkap butir-butir kata itu, aku, teman-teman dan seisi tadika [meja, kerusi, whiteboard, maker dan seluruhnya ^_- ] mengiakannya dengan sangat..Tanpa sezarah pun penafian.. Bukankah tuhan kata kuasa tenaga dan kehebatan lelaki umpama dua orang dari kami, bahkan mungkin saja sama 4 orang dari kami..Wahai RIJAL, duhai SYABAB yuk bangkit !! Ummah sangat memerlukan KITA !!

Moood -> ketidak sabaran menanti lahirnya kembali Generasi Rabbani cetakan madrasah ar-Rasul..Kerja Besar untuk perubahan yang besar giler!! [kak nofi kata: Kalau kerja kecil pun tak langsai, usah anggankan perubahan besar]