Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, January 31, 2008

< Buat jiwa-jiwa yang bekerja >

Suatu hari yang lalu diriku menerima statement ini:

" KongsiLah semangatmu bersama kami "
[dengar kata-kata ni dengan muka 'senget']


Tiada jawapan yang aku berikan selain berdiam diri..Lantas keluar kata-kata ini [dalam hati]..

KAKAK, diriku bukan pemberi semangat yang terbaik..Yang terlayak untukku berikan untuk kalian adalah seuntai DOA, semoga Dia[pemberi semangat yang paling tulen] memberi semangat dan keyakinan yang jitu pada kalian dan diriku untuk terus tegar di jalan ini.Seandainya kalian ingin 'serap' semangatku, 'serap'lah dalam senyap, 'serap'lah sebanyak yang kalian mahu, kerana aku tetap yakin, hamasah, kekuatan dan ketegaran itu kurniaan dari
DIA YANG SANGAT KUAT PERKASA
UNTUK HAMBANYA YANG BERSERAH DENGAN TOTAL
KERANA DIA SANGAT MEMAHAMI, MENDENGAR DAN SANGAT MENGETAHUI



[Teman akrabku kini + handset]
(mungkin dah ada orang yang dah baca dulu)


Buat diri-diri yang sedang LELAH, sedang MALAS, sedang SIBUK, sedang BEREHAT YANG PANJANG, sedang KEKENYANGAN, sedang DALAM LENA YANG NYENYAK, sedang BERMUJAHADAH dengan diri sendiri(dan segala sedang yang ada)..

Lepas 'lemas' dengan buku ini, pasti diri-diri kita akan rasa malu yang mencarik untuk mengungkap MALAS dan PENAT, sedang mereka disana tidak lekang dengan perjuangan.Terasa kerdil taktala kalah bermujahadah dengan diri sendiri sedang bumi mereka sentiasa mengalir darah syuhada'.Terasa ZALIM untuk berada dalam REHAT DAN TIDUR YANG MELAMPAU sedang mereka gigih, berdarah si saff depan..



Monday, January 28, 2008

< Maafkan aku duhai hatiku >

Aku berlindung dengan Allah yang sangat mendengar dan sangat mengetahui
dari syaitan yang sangat MERBAHAYA

Ya Robby..

Wahai pembolak-balik hati
Kau tetapkanlah hati-hati kami dijalanMu
Kau tegarkanlah jiwa kami untuk terus bermujahadah terhadap diri kami sendiri
PagariLah hati-hati kami dari fananya dunia yang mengasyikkan
Kau bentengiLah hati kami dari syaitan durjana
Kau kentalkanLah hati kami dari bisikan nafsu yang mendiam
Sesungguhnya inilah satu-satunya hati yang akan menjadi saksi dan bukti
Kau aturkanlah setiap denyut nafas kami
supaya kami tidak menyimpang dari jalan yang kau redhoi
seandainya jiwa-jiwa kami mulai menyimpang..Ya 'Alim
kau hantarlah 'sang utusan' supaya kami sedar kezaliman yang
telah kami lakukan pada diri kami sendiri..
KauLah pendengar setiap rintihan hati
Perkenankanlah Ya Allah




mood: Layar Keinsafan UNIC

Thursday, January 24, 2008

< Hantu Buku >

Sementara cuti rabu lepas, pergi shopping di Fajar Ilmu..Sangat seronok, rasa macam tak nak je keluar dari kedai tu..2 jam melekat kat kedai tu..

Ni hasilnya..

[Buku-buku yang best]

[Nak habiskan buku ni dulu + jadikan bed time story book]

Dalam perjalanan ke Fajar Ilmu, i have a conversation dengan sorang junior yang ikut bersama..

Saya rasa tak adil kalau saya spend dalam RM 100 ++ untuk beli buku
belajar tapi tak boleh nak spend the same amout untuk beli buku tarbiyah,
at least half of it



Sunday, January 20, 2008

< Lenturkan diri bersama alam >

Berjaya memulakan semula hobiku yang telah lama ku tinggalkan..yang selalu aku amalkan di matrix dulu. Apa? duduk sendirian[alone zone], melihat alam dan merasai angin yang bertiup[rindu pada angin laut yang gigih]. Merasai sepoinya angin yang menghantarkan khabar gembira, melihat burung yang sangat bertawakal pulang ke sarang, melihat pokok yang teguh berdiri walapun ditiup angin yang damai, melihat langit yang tunduk dan patuh menaungi makhlukNya..Yang paling penting, membiarkan yang berkubu di hati diterbangkan angin yang damai..hehe




Saturday, January 19, 2008

< Don't Play-play >

Nazihah, SERIUSLAH..jangan main-main, jangan malas-malas
Dalam kehidupan kita,
banyak benda yang kita kene amik serius macam kita serius
dengan 'kerja-kerja' kita.
Sekarang ni tak macam dulu, mungkin ada perkara yang kita boleh buat main dulu
tapi bukan sekarang

-> Kata-kata seorang KAKAK yang sangat menusuk ke dalam sanubariku <-

Akhirnya aku membuat resolusi untuk membaca dan mendengar sesuatu supaya aku menjadi SERIUS dan tak main-main serta tak bermalasan..

-------------------------------------------------------------------------

Kehidupan yang tiada banyak yang berbeza, walaupun setiap hari itu adalah hari yang istimewa. Tadi baru jumpa adik-adik, seronok dapat jumpa mereka hari ni..Membahagikan hari-hari cuti dengan hak-hak yang perlu aku tunaikan, kerana diriku bukan milikku semata-mata..Pagi cuti kene spend dengan pasanganku yang 11 itu, petang tu spend dengan adik-adik pulak..untuk diri sendiri?Cukuplah hanya DIA yang tahu...
Rendahkan hatimu Duhai diri..

Friday, January 11, 2008

< Hari ini >

Mengetahui ‘anak-anak’ku tidak berprestasi seperti yang diharapkan semester lalu..otakku mula ligat berfikir, apakah gayanya membantu..Haa!! aku kene jadi ibu yang temankan ‘anak’nya belajar lepas ‘isya..Ini je cara yang terlintas difikiranku kini *buntu*

Baru sewa satu loker di library UKM, sebagai langkah-langkah paksaan untuk menjadikan library sebagai ‘rumah’ pertamaku,dalam strategi-strategi menguzlahkan diri untuk mengelak dari men'extend’kan diri..i don’t have so much time for ummah even for myself..

Me: Guna wieless tumpang..rumah 'bekerje' memang ada wireless tumpang ke?Rindu dengan bed time story..rindu dengan cerita penggorbanan Khadijah yang tabah, rindu dengan cerita Khansa yang sangat redho..Ya Allah jadikanlah aku se‘redho’ Khansa

< Hari-hari yang lalu >

Meyakini dengan pasti bahawa setiap hari kita pasti akan melalui 1 chapter dari Modul Tarbiyah dari Allah di Sekolah Kehidupan..BiiznilLah

Mengimani bahawa rezeki dan masa depan telah ditentukanNya, tidak semudah yang di sangka.Redho dengan keputusan,ketentuan dan ketetapanNya tidak semudah berkata-kata.Huhu ujian yang lalu, tak pasti aku lulus atau tidak..

Dia bisa saja menguji bagaiman pergantungan kita padanya..Taktala Dia campakkan ujian pada kita, siapa yang kita cari dulu..menghadapNya atau menekan punat di handset??Huuh..sangat berharap agar aku dapat 3.50 (at least), tapi...layakkah aku mendapat A- atas tindakanku yang lalu..

Merasai diri ini telah terlalu besar untuk mengharapkan orang lain untuk buatkan keputusan untuk diriku..Semakin bertambah usia berlabuh, semakin besar dan hebat keputusan yang perlu dipertimbangkan..Ya Allah tunjukkan aku jalan yang telah kau tentukan untuk diriku, jalan yang lurus,yang benar,yang terang, agar aku tidak meraba dan bersuluh.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Menapak kembali di medanku..dah 2 minggu jadi budak UKM..Terasa ‘kontena’ belajar menghimpapku..18 unit for my final semester..huhu

1.Tajuk khas kecerdasan buatan

Takde exam..seronok? mana ader!! Kene buat research tiap-tiap minggu pastu kene buat 1 executive report setiap 2 minggu..

2.E-commece

Minggu pertama dah dapat assignment, 10 muka, pastu ada final projek dan ada lab tiap-tiap minggu.Tolongin aku Ya Allah..

3.Security in computing

Masih tengah nak ulangkaji..supaya tak terlalu blur..

4.Keusahawanan dan it

Kene set an interview dengan usahawan yang berjaya..siapa ek?dalam kepala nak ke halalgel company..ntahla..minggu depan dah kene submit syarikat..waktu tengah analisis company, tertulis kat note, ‘dakwah is a bussines kan?’ haha valid ke 0_o

5.Final projek

Tiada kata-kata yang bisa diungkap..rasa macam nak masuk ICU..minggu depan dah kene hantar proposal..Mohon kekuatan dan ketabahan dengan sangat Ya ‘Alim..

Menyedari dengan sangat sedar aku bukan sahaja final semester student di UKM..bahkan aku pelajar semester akhir untuk menyambung ‘rantai’ generasi rabbani ni..lost of things to do..Fuuh, yang pasti, kekuatan, kemampuan, ketabahan dan kuasa luar biasa tu hanya milik Allah..tiada yang berhak dipinta selainNya..

Friday, January 4, 2008

< Kehidupan Yang Sukar >

Tengah menghadapi kehidupan yang sukar
Membuat pilihan (tak suka..tak suka..) untuk sesuatu yang MENCABAR
dan sangat MERBAHAYA
untuk saat-saat seterusnya
Semoga Dia menunujukkan jalan
Kau aturlah aku, sesungguhnya KauLah Pengatur yang Sangat Bijaksana
Doakan aku teman..

Wednesday, January 2, 2008

< Maaf dengan sangat >

PKN 1207

Perh..inilah pengalaman yang paling serabut dan serabai sekali.Dah la jadi ad-hock pembahas. Bersyukur sangat sebab jadi orang-orang yang terakhir. Caya tak me,yang kuat bercakap dan susah nak berhenti kalau cakap, gabra tahap 150 m/j masa nampak mikrofon kat depan...sampai komfius nak guna tone suara yang mane, sudahnya tersalah tone intonasi gara-gara gabra. Terguna intonasi waktu camping syabab fatayat pulak..aduh...

I took about 2 days untuk menstabilkan kemenyesalan diri kerana tersalah guna tone suara. Kesian my housemate, penat derang menstabilkan nazihah yang sorang ni..Maaf dengan sangat to all korum yang memenuhi PKN haritu(tolong bagitau kawan korang yang lain-lain boleh?), aku hanya bisa memohon ampun padaNya atas keterlanjuran kata-kataku(huhu salah guna tone suara..)Moga masih ada pengampunan dariNya.Semoga kalian dapat mengambil yang baik sahaja dari kata-kataku..yang tak baik tu tinggalkan ia jauh-jauh dari kalian..

Akan ku ingat dengan selalu kata-kata ini
Selagi kalian tidak merasa sengsara dan derita dalam dakwah, kalian hanya bermain-main dengan dakwah -Mr Pengerusi Tetap-

Jadilah orang yang bahagia dengan 'derita' itu, jadikanlah 'derita' itu tiang seri hidupmu

KENAPA KENE ADA LELAKI DALAM DUNIA NI?

Macam soalan orang anti-lelaki ke? tak lah..cuma beberapa hari yang lalu selepas baca 1 blog dan selepas terima 1 sms, yang mana blog dan sms tu memberikan TEKANAN yang hebat padaku(seriously teruk,sampi terkeluar soalan tu). Masakan orang yang punya ramai adik lelaki keluarkan soalan camtu, plus hidupnya tak pernah di'isolate' dari lelaki.Tapi ntah, tak tahu kenapa..Selepas mendapat jawapan untuk persoalan itu, datang satu CABARAN luar biasa. Alhamdulillah, Allah pengatur hidup manusia yang sangat Bijaksana.Semalam soalan tu dijawab dengan lengkap, selepas tayar kereta flat..huhu.Tulah persoalkan lagi, Allah pasti akan jawab persoalan dan detikan hati kalian.

KINI

Maaf dengan sangat pada kalian yang punya hutang urusan denganku, yang mana urusan kalian aku letakkan dalam WL (Waiting List).Maaf dengan sangat.Sekarang ni tengah mempertimbangkan semua benda yang ada dalam WL samaada perlu ke tak di masukkan dalam IM(Important List). Kerana diriku milik Allah dan langkahku milik Ummah.Cepat tuntut untuk dipertimbangkan, kalau tak urusan tu akan terus ader dalam WL...