Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, October 28, 2007

< Selamat Berjuang di Medan Peperiksaan >


Selamat Berjuang di Medan Peperiksaan
Iringilah setiap langkah dan usahamu dengan tawwakal dan doa kepadaNya
All de best and do the best
Semoga nanti PULANG DENGAN IMAN DAN TAQWA

Saturday, October 27, 2007

< Hari Yang Berlalu>

Khamis yang lepas plan an iftar dengan adik-adik, lepas je buka unexpected question terpacul keluar dari mulut derang.." Akak,esok kita ada usrah kan?kol bape eh?".Terkejut + terkedu + gembira dan seronok dengan amat yang sangat.Biasanya time exam takde usrah dengan alasan nak exam dan kene study(don't ask me reason tu relevan ke tak), teknologi nenek moyang yang mungkin kene diperbaiki kot..huhu.
Waktu solat bersama mereka,satu perasaan menerjah di kalbu..Ya Allah inikah kain-kain putih yang kau serahkan untuk diwarnai dengan nilai2 RabbaniMu.Fuhuu besar tu tanggungjawabnya,makin besar tanggungjawab makin besar pahala yang kita dapat seandainya dilaksanakan dengan 1st class usaha.Ya Allah berikanlah aku petunjuk dan kekuatan untuk ku warnai mereka,agar mereka akan menjadi penerusku disini, apatah lagi jika Kau tetapkan aku untuk tidak terus berada disini.Didiklah mereka untuk menjadi jundimu yang lebih hebat dari aku.Ameen..
Menggandakan pahala ketika lelaki ke solat jumaat,kitaorang buat usrah.Mana aci,nak gak pahala lebih[Emosi kempen tamak pahala di DS].Yang lebih menyeronokkan,adik-adik dah mula langkah untuk mengaplikasikan DF(Dakwah Fardiah)..bilangan korum usrah yang lepas pun agak bertambah jugak gara-gara saranan untuk mereka mengajak teman.
Tapi lagi baik kalau mereka dapat buat dakwah fardiah base on ilmu bukan saranan semata-mata,walaupun baru satu semesta mereka ikut usrah.Mungkin mereka telah merasai izzah dan kemanisan untuk ikut usrah.Terima Kasih Ya Allah..At the end of usrah,dapat set dengan mereka the next usrah.."Korang nak buat usrah lagi ke time exam ni?"[Risau jugak derang kene study,takut gak kalau ayat tu macam memberi arahan pulak]."Boleh je sabtu tengahhari tu".Terima Kasih Ya Allah,semoga hidup mereka diRedhoi.
For those yang takde adik-adik lagi,carilah mereka..anda pasti akan merasa puas yang sangat puas bila melihat mereka 'membesar'..Rasailah perasaan itu..
Aku percaya pada flow ni: 'abdu->'ibadah->taqwa->'izzah->khilafah
MariLah kita bersama berusaha membantu mereka merasai 'izzah di jalan ini supaya mereka bersama-sama dengan kita untuk melaungkan dengan lantangnya Kalimah Tauhid ini bersama kita.

< Perjalanan Hari Raya >

Jika anda mempunyai masa yang lapang..

Friday, October 12, 2007

< Eid Mubarak>




Selamat Eid Mubarak..
Andai ada hati yang terluka..terguris
ku mohon kemaafan
SELAMAT MENJADI RAMA-RAMA YANG CANTIK
BERTAKBIRLAH DENGAN TAKBIR KEMENANGAN

Thursday, October 11, 2007

< Kedatanganmu ku nanti, pemergianmu ku tangisi>

Terlalu pantas saat dan waktu itu berlalu..esok dah 29 ramadhan..tapi aku perlu menerima hakikat itu,hakikat yang tak bisa diubah.

Ya Allah,yang Maha mengetahui segala rasa dan perasaan..
Kami Mohon Ya Allah
Kau terimalah amalan kami disepanjang Ramadhan ini
sebagai pemberat mizan di Yaumul Masyhar nanti.
Kau ampunilah dosa-dosa kami yang melangit tinggi
kerana tiada lagi yang layak mengampuninya selain Mu.
Ya tuhan yang Maha Perkasa
Kau hantarkanLah kekuatan luar biasa dari langit
agar kami bisa terus melangkah,berlari dan memecut
sehingga penamat hayat kami dan sehingga kemenanggan berada dalam genggaman kami.
Wahai Tuhan Yang Maha Segalanya
biarlah selepas detik Ramadhan ini
jiwa-jiwa kami adalah jiwa yang kekal bertaqwa
hati-hati kami adalah hati terus tertambat dengan quran
solat-solat kami adalah solat yang memberi kedamaian ,kerehatan dan ketenangan
setiap langkah kami adalah langkah yang sentiasa terikat denganMu
MOHON DENGAN SANGAT YA ALLAH
..pertemukanLah kami dengan Ramadhan 1429..


Friday, October 5, 2007

SeLamat memBuru
LAIL al-Qadr
Teman-teman mari kita gandakan ibadah dan amalan kita..sebelum IA pergi meninggalkan kita..
Jom..jangan tangguh-tangguh..
5 days to go on
Duplicate your 'amal
..Segera...

< Welcome To T3 Zone >

Welcome to Tarbiyah Turbo Tune Zone..

Fidak 2015..mampu ke kita capai kalau kita masih lagi guna tarbiyah stail basikal lagi?

Teringat kisah seorang KAKAK "Kitaorang biasanya mengoptimakan masa walaupun 5 minit, sebab semuanya T3..Kadang-kadang keluar time 'Isya jumpa balik lepas subuh...".Terkedu taktala itu,tapi itulah realitinya kini.Anda berada dalam realiti itu?

Sekarang ni bukan masanya nak kata "Orang ni tak buat KERJA,orang ni buat KERJA", Yang penting kita berusaha SEHABIS DAYA,ALL OUT untuk buat KERJA-KERJA kita, dan BANTU orang lain untuk buat kerja-kerja mereka,kalau derang takLeh buat kita yang kene offer diri untuk buat.KALAU BUKAN KITA,SIAPA?KALAU BUKAN SEKARANG,BILE?[Schoolsick syndrom lagi..]
bukan ke kita diajar untuk lihat kebaikkan orang lebih besar dari kebaikan diri kita sendiri,Nampak keaiban kita lebih besar dari keaiban orang lain??
Bila Jiwa mempunyai keinginan yang besar, badan kan lelah memenuhinya..
Tiada kerehatan untuk orang yang punya MARUAH AGAMA..
Sudah kah kita menjadi orang yang sangat penat?Sudah kah kita ALL OUT segalanya?Sudahkah kita berusaha SEHABIS DAYA, SEKERING KERINGAT?Tipu kalau anda katakan sudah, kalau kita telah berusaha sehabis daya pasti Allah kurniakan KEMENANGAN..Yakinlah KEMENANGAN itu akan menjelang..


-----------------------------------------------------------------------------

Tengah merajuk dengan boyfrend kat Jordan..dah sampai sana dah 2 bulan,bukannya nak hantar berita kat Bangi.Mentang-mentangla dah jumpa gurlfrend Jordan yang comel-comel, tak ingat dah kat gurlfrend kat sini..sampai hati..Takpe..takpe cari borfrend baru.

Tahun ni,first time boyfrend kitaorang raya jauh dari kitaorang..haha..dah la kat oversea pulak tuh..nanti jangan nangis kat sana eh..sian die..kehehe.

Monday, October 1, 2007

< Duhai JiwaKu Sayang >

Hai jiwaku bertasbihlah dan solatlah

Saat urusan-urusanmu berat menyerangmu

Apabila hati telah merasa letih

Dari beban hidup yang melelahkan

Alirkan air mata wahai jiwa

Tumpahlah air mata dalam solatku

Sungguh tuhan alam semesta mendengar

Tangisan jiwa yang mohon kasihnya

-Fiqh Dakwah, Sa’id Hawwa-