Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, September 27, 2007

< Layakkah aku merasai apa yang aku rasa >


Semalam yang menyedihkan dan yang sangat mengecewakan..kecewa dengan sangat..kecewa dan sedih dengan amat..

Aku perlu coretkan apa yang terjadi padaku semalam..agar tiada yang terpendam dan dendam..agar tiada lagi mutiara yang menitis,cukup sampai ini..agar aku MEMAAFKAN..kerana sesungguhnya dia TEMAN SEPERJUANGANKU..IzinkanLah aku Ya ALLAH..[wireless asyik mati-mati je dari semalam].MaafkanLah wahai diri,sungguhpun ia perit,kasih sayang Allah itu manis.Cukup sampai sini wahai diri, untuk menjadi seorang yang PEMENDAM DAN PENDENDAM..cukup!

Petang semalam, disaat aku bersiap untuk iftar di UNITEN, menanti kenderaan tiba di rumah..Taktala aku bertanyakan punca kecelaruan emosi seorang KAKAK, Alhamdulillah aku tahu puncanya..Apakah perasaan yang layak,jika setiap pandangan anda di tolak mentah-mentah tanpa apa-apa alasan munasabah yang boleh diterima akal yang ditarbiyah?Apakah yang anda BERHAK rasa,jika anda kerapkali diarah seperti ROBOT tanpa faham dgn baik kenapa dan mengapa?

Disaat berdiskusi tentang itu,aku terima satu panggilan.[izinkan aku menjadi ORANG AWAM seketika]

A: Assalamu'alaykum, nazihah dekat depan ana ni ada B
Me:Hemm[so what..i don't care where he is]
A:Kenapa B tak tahu antunna ada daurah 6 hari bulan nanti?
Me:MTHM.Sebenarnya tajuk tu ana baru je bincang dengan masulah beberapa hari lepas......
[Mulut Terkedu,Hati Membara.He'ELeh,bukan dia ke yang usulkan daurah tu,Macam sengal je.Bukan ke tarikh tu dah ni book sejak daurah pertama lagi?Selama ni tak kisah pun buat tajuk apa,pasal lak kali ni aku pulak yang kene]
A: ...[cuma memotong ayat-ayat aku..]
Me: Boleh tak bagi ana habis cakap dulu?
A: Ok..ok.Sila..sila..[Yes!!]
Me: Masulah ana takde on dat day..so,dia minta ana untuk tolong komfem dengan anta..

Layakkah aku mencoret setiap kata-kata?wajarkah?cepat melatahkah aku?Boleh tak aku nak mogok untuk pengasingan yang sepenuhya?Organisasi dan Tarbiyah..Buat apa kerja bersama kalau selalu makan hati..Selama ni pun kitaorang yang buat,kali ni nak rasa goyang kaki pulak..Boleh ke?Asyik pikir untuk derang je..BOSAN !!

Adakah aku berharap insan-insan itu membaca?tidak..sesekali tidak.Tapi kalau derang baca pun tak kisah, sebab aku tak pasti berhak ke tak,aku rasa apa yang aku rasa sekarang..Lagipun mereka insan-insan yang sibuk,insan-insan yang BERKERJA.Aku?insan yang sentiasa BERGOYANG KAKI,BAHAGIA BERSENANG-LENANG..Malu nak mengaku insan yang BEKERJA,malu nak mengaku insan YANG SIBUK.Rasa tak layak dipanggil insan sibuk kerana BEKERJA..Layakkah aku?

Maaf wahai diri,kerana gagal dalam ujian BERSABAR semalam..tak tahulah berapa gred yang yang layak aku dapat semalam?lulus ke gagal?Adakah aku insan yang RUGI semalam?

Demi untuk melegakan perasaan yang membara..balik dari UNITEN,belasah ais krim 2 mangkuk..

Tengah dengar lagu -> Segengam Tabah,Inteam..

Wednesday, September 26, 2007

< Me and Today >

Nothing interesting today..Menjamu pembaca-pembacaku dengan gambar..


[Headband FIDAK masa MUFI lepas.. ]

[Pemandangan meja study time tgh kemas..]



[Penambahan di depan meja selepas daurah Syahadah al-Haq ]



[Suasana usrahku bila buat di DS]



[Life is just a chair of bowlies -> dari Kak Jue]
[Duhai Teman Sejati]


[Barang-barang PINKku]


Saturday, September 22, 2007

< Hadiah Ramadhan >

Alhamdulillah..Allah masih memberiku peluang untuk berjumpa Ramadhan..

Sejak sabtu yang lalu setiap hariku dipenuhi dengan kejutan[sebenarnya dah 2 bulan dah hari-hariku dipebuhi kejutan].Tapi kejutan ini bukan kejutan biasa,kejutan dimana sahabat sePerjuanganku menerima Hadiah Ramadhan..HADIAH KETABAHAN

Sabtu -> Seorang 'adikku' menerima amanah besar,menguruskan sesuatu yang BESAR..Tahniah..kerana anda memang HEBAT dan TABAH.Masihkah 'adik' ingat,waktu kita masih dibawah naugan HIDAYAH,kita diamanah untuk menguruskan Nadwah Kepimpinan di sekolah?Saat itu,kita bertungkus-lumus selama 3 hari 2 malam menyiapkan buletin harian nadwah..Pasti masih ingat kan?sebab saat itu adalah kenangan yang sangat manis untuk dilupakan.Ketika itu kita bekerja sehabis daya,sepenuh jiwa,sampai dah takde peluh yang keluar[sebab duduk dalam aircond..haha],begitulah jua apa yang kau diamanahkan kini.Cuma ia lebih mencabar kerana 'adik' telah menjadi orang yang lebih HEBAT dan TABAH dari dulu.Berusahalah sehabis daya,hatta kehabisan keringat sekalipun TAPI jangan sesekali lupa untuk meletakan sepenuh pergantungan pada Yang Maha dan amat Berkuasa yang menentukan segalanya..Semoga berjaya dengan success..

Ahad - Pengkhabaran yang memeranjatkan dari seorang teman,yang membuat aku terkedu..sampai aku mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk buat ayat membalas smsnya..lamatUuu.Takpe what ever happen Allah dah letakkan ia yang terbaik untuk kita..selamilah ketentuan iLahi dengan redho..Aku melihat adik-adik juniorku mula melangkah ke medan yang penuh dengan KETABAHAN YANG LUAr BIASA,medan yang membezakan medan 'amal dan medan berkata-kata..Selamat melangkah dik..terus kan Azam dan Perjuangan hingga titisan peluh dan darah yang terakhir..Hidup mulia atau SYAHID.

Isnin- Allah memberiku hadiah ramadhan..hadiah yang sangat ku hargai..setelah 2 bulan ku merinduinya,gara-gara berpura-pura dalam kecekalan..Akhirnya aku dapat berjumpa kembali dengan Mutiara-mutiara hatiku.. dan ku hamburkan semuanya[kira qado untuk 2 bulan punya]..Terima kasih Ya Allah,hadiah itu sungguh indah..

Melihat hadiah-hadiah ramadhan yang Allah sampaikan pada mereka membuatkan aku lebih kuat, sehinggakan aku berkata pada diri "Ada pulak nak berputus asa, baru sikit dah nak serender,suka-suka je,orang lain tu lagi banyak yang derang kene..baru kene sikit dah nak mengalah..".KuatLah dan TabahLah wahai diri..

Me dah bertekad tak nak kerja, nak terus future study InsyaAllah..huhu..tak larat tu nak kerja.Sem depan kene buat projek,tajuk tak pikir lagi ni..Mesti sem depan jadi macam orang yang tengah buat PSM tu.Kejap kan 3 tahun,dah nak grad dah sem depan,InsyaAllah..

p/s:Update dari PKJ,Taman Melawati..ada program Syahadah al-Haq by Ust 'Athif

Wednesday, September 19, 2007

< Sekolahku, Rumahku, Syurgaku >

Bila saat-saat 'Kegersangan' dan 'Kehausan', aku kembali mengimbas memori-memori indah yang lalu, dimana aku tak pernah sesekali dibiarkan 'Ketandusan'. Dulu, disuap-disuap sampai ada yang 'termuntah' overloaded la katakan,menyebabkan bila sampai universiti je, ada yang lari bertempiaran..

Dulu aku tak pernah risau apa yang sepatutnya aku tahu..kerana aku yakin aku sudah dimaklumi apa yang sepatutnya aku tahu,InsyaAllah..Teringat saat-saat best bermalam di rumah Ustazah Syahidah..Wa..nak balik sekolah..[boleh tak nak jadi tak matang kejap? Kejap je..].Dah lama tak pergi sekolah,mau jugak setahun kot..anak murid yang tak kenang budi betul..Maaf,balik rumah je pun paling lama 2 hari, masakan sempat nak ke sekolah.

Pabila aku rasa apa yang aku rasa sekarang,pasti ku cari sesuatu untuk 'mengubat rindu'.Buka blog atau friendster budak-budak 'nakal' sekolah dulu[macam saya..haha].Untuk kembali merasai kehebatan budak-budak nakal..Korang memang hebat..

Tergiang-giang kalimah.."Beriman,berilmu,beramal,memimpin" ->slogan time sekolah dulu,yang 50% menjadi kenyataan kini,cuma tinggal nak tunggu Dato' Naim je[bak kata Pak Cik Omar suatu ketika dulu]..haha."Melahirkan ulama' yang 'amilin,akademis yang muttaqin yang mempunyai nilai-nilai Rabbani"-> Yang ni pun aku baru dapat menghayati sekarang.Teringat jugak 10 wasiat Hassan Al-Banna yang sentiasa ada dibelakang buku tulis..Aduhai,sekarang baru nak menghargai.. TeruknYaaa..

Betul kata Kak Aliya dulu, time dia kat Kolej Mara Banting.."Baik korang hargai waktu-waktu kat sekolah.Lepas ni korang takkan jumpa dah tempat yang camni".Memangla tak jumpa, sebab bukan ada kat sekolah,ada kat tempat lain.[loya Buruk..]

Rindunya kat semua orang..bila nak buat reunion?Orang bekerja ni tak cuti raya lama la pulak..Ke kita reunion bulan 12?Hahaha.Pun boleh...

Rindu pada Malam Badar di sekolah, dah 4 tahun ketinggalan..Makan sesama dengan mak cik-mak cik, kawan-kawan.Aduh, seronoknya..Ayah kata sasaran tahun ni 4K(ke 40K tak ingat la..).Wahai kenangan lalu kembaliLah mengimbau difikiranku..

- Pinjam tajuk tu dari Muhammad Kb - Mohon pinjam ye Pak..

Monday, September 10, 2007

< Bukan Sengaja Terlupa >

Minggu lalu lahir seorang baby..bakal pejuang agama Allah,InsyaAllah..tak sabar menunggu sorang lagi baby yang akan lahir minggu depan,ibnu Yaakob..Semoga dipermudahkan..Sedarlah semua orang,kitalah generasi masa depan..generasi selepas kita telah lahir,sambutlah kehadiran mereka..

Selamat hari Lahir buat teman-teman yang dilahirkan bulan september ni..baik yang telah berlalu mahupun yang akan datang..Kak Salwa[21],'Umayr[22],Mujahid[20],Kak 'Abidah[21],Husna Z,dan kepada sesiapa besdaynya bulan ni.Maaf menjadi orang terakhir yang mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR"..Nasib baik tak terlupa besday ibu..

Selamat Hari Lahir Teman
Selamat datang ke dunia baru
Dunia yang penuh berliku
Dunia yang penuh pengorbanan
Dunia yang tak semuanya pahit
kerana syurga itu manis
SELAMAT MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK
SELAMAT MENJADI ORANG YANG LEBIH BERTAQWA
SELAMAT MENJADI PEMBURU SYURGA
PEMBURU SYAHID


[Haha dah besar pun korang..sempat lagi menyakat tu..


p/s: Disebabkan dah jarang mengupdate blog,dah jadi tak berseni mencari tajuk post..