Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, August 16, 2007

< Maaf Saya Tidak BoLeh di HubuNGi>

Di sebabkan mempertimbangkan beberapa masLahah yang Lebih besar..
dan beberapa kejadian yg telah berlaku
InsyaAllah ana akan bertukar nombor
yang akan bermula dan berkuatkuasa malam esok,InsyaAllah..

Kesian orang lain tak dapat hubungi saya..Maaf,tak dapat menjadi 'org yang bermanfaat pd orang lain' [Muwasofat Tarbiyah]..Hari ini hidupku sepi dan sunyi seketika tanpa sebarang 'panggilan jihad' dari makhluk yang bernama handset..

Tuesday, August 14, 2007

< LayakKah KeSediHan Untuk SebuaH PerpiSahan >

[Kakakku setelah setahun bersama + Yang takde dalam gambar Kak Hawa, Kak Ija, Kak Hasnor, Kak Rose]

Banyak yang ingin ku coretkan tentang KAKAK-KAKAKku,tak tahu ingin bermula dari mana..pengalaman bersama mereka selama setahun..menyebabkan banyak rahsia yang terbongkar,banyak pengalaman yang menjadi nostalgia..bila berjauhan dari mereka mesti kerinduan walaupun baru 3 hari tak jumpa..

Sebelum mula 3rd sem haritu aku mengambil masa lebih kurang sebulan untuk rationalize
diri ni balik..walaupun telah banyak perpisahan yang kutempuhi tapi semuanya memerlukan pendekatan yang berbeza untuk dirationalizekan balik..
"Nazihah..derang bukan pergi jauh sangat,masih lagi diSEMENANJUNG MALAYSIA, dah la hanset ada..teknologi banyak untuk dimanfaatkan.Manfaatkanlah ia disaat kerinduan.Biarkanlah mereka pergi..pergi ke medan yang lebih memerlukan keringat mereka.LepaskanLah mereka pergi untuk mereka menjadi PEJUANG yang TABAH dimedan yang lebih MENCABAR.Mereka lebih dibutuhkan disana ".Inilah kata-kata yang aku lafazkan untuk diriku sendiri,menyebabkan tiada langsung air mataku yang menitis[time menaip ni ala-ala nak keluar la jugak..]

Sebenarnya entri ni di postkan untuk tatapan seseorang walaupun aku tahu dia tak akan baca..haha kan semua orang sibuk..cukuplah aku dapat memuaskan diriku sendiri..Aku masih seperti dulu,sanggup simpan semua benda daripada cakap dan menguris seseorang.[hehe biasanya lebih tua,sebab aku masih rasa jurang senioritynya].Ini kata-kata yang inginku katakan pada siDia"Andai 3 bulan ini menyebabkan akak ketangisan, apatah lagi kita yang dah duduk dengan mereka selama setahun,siapakah yang lebih layak untuk meleraikan tangisan itu?Dan kita pun rasa,kita tak layak untuk mengeluarkan tangisan itu, sebab kita tahu ada orang lain yang memerlukan ketabahan yang lebih,untuk menghadapi PERPISAHAN ini".Tapi aku pun tak pasti mengapa dan kenapa tangisannya terlerai..semuanya terpendam kerana aku tak pasti,dan tak mahu mendapatkan kepastian..bukan keperluan dan kepentingan.


Mesti korang bosan kan asyik citer pasal Kakak-kakak ni jea..Maaf..Sesungguhnya mereka banyak mengajarku erti kehidupan, mendidikku menjadi diriku sendiri, menyiapkan aku sesiapnya untuk merempuh medanku yang lebih mencabar disetiap saat.Walaupun sesungguhnya Allah telah mentakdirkan aku bersama mereka untuk menjadi DIRIKU sendiri..


Duhai KAKAK-KAKAK semoga hidup kalian akan terus diREDHOI dan diBERKATI
moga terus ISTIQOMAH di jalan ini..
dikurnia TAUFIK dalam menyelusurinya
Semoga kita kan berjumpa lagi,InsyaAllah
andai tak di dunia ini..InsyaAllah diSyurga yang indah dengan segala keindahan yang tak tergambar..

Monday, August 13, 2007

< BerGraduasi >


Pagi tadi adaLah saat paling Gembira buat mereka..siapa yang tak seronok bila grad..Maaf tak dapat menjelmakan diri,Nazihah ada ikatan yang penting untuk disimpul matikan..

Special Dedication tOoo Kak Shu, Kak Ida, Kak Ija, Kak Shima, Kak Liza, Kak Jue, Kak Hasnor,Kak Wardah..

Selamat BerGraduasi..Welcome to the new world..Selamat datang ke dunia dan medan yang lebih mencabar.Jika kalian perlukan kekuatan pohonLah pada tuhan, jika kerinduan singgahLah kepadaKu[Handset ada, DS pun boleh].Semoga kepahitan dan kemanisan di SINI menyiapkan dirimu dengan SIAP SIAGAnya bagi menempuhi medan yang lebih mencabar dengan lebih TABAH sebagai dirimu sendiri..

TuLus iKhLas dari;
NaziHah Comel..

Tuesday, August 7, 2007

< BerBulanMadu >

[IniLah pengHuni-penghuni Kamar KetenanGan]


[Mari kita Sama-sAma BerGembira]

[IniLah umPan Yang Berkesan untuk Ikan-ikan Yang LapaR]


[Santapan diRaja diMalam Hari]


[Ini pandangan dari bilik apartmen kami]

Wondering apa yang nak dicoretkan..gambar-gambar tu seolah-oLah telah berSuara..Seriously, rasa macam berBulan Madu..time nilah baru terKELUAR realiti peribadi masing-masing..Yang selama ni skema,boleh buat lawak tahap maksima.KeluarLah segala perwatakan yang tersembunyi dan yang sengaja diSembunyikan, yang ni rupanya boleh buat lawak tahap Phd punya lawak, yang sorang ni boleh menang pelakon wanita terbaik dan banyak Lagi pelbagai gaya dan rupa.

Aku??Sebelum bertolak lagi telah ku Setkan dalam kepala "Kalau nak rehat,rehat betul-betul".Memang berseronok dan bergembira dengan sesungguhnya, kerana time tu memang meninggalkan Bangi dan seisinya di Bangi...

Tak dapat nak mencoret perasaan dijiwa, terlalu abstrak untuk dikongsikan..bukan kedekut , tapi perasaan tu tak terkata dengan kata-kata, melainkan anda sendiri yang merasainya..Merasai berUKHUWWAH KERANA ALLAH,berKASIH dan berCINTA keranaNya, bersama diJalanNya, taktala berPisah sentiasa merindui[walaupun baru tak jumpa 3 hari..rindu gilerz], pabiLa bertEmu tak Pernah Jemu..



Friday, August 3, 2007

< HoneYm00n >

Kita seringkali menanti hari-hari yang best.Apakah hari-hari yang best pada anda?

Pada saya ini hari-hari yang tak sabar nak tunggu..

[1] Esok sampai ahad akan ke PD untuk Honeymoon.Pergi bukan berdua je tau, pergi ber15 kot.Ramai kan?Nak ikut?Jika anda memenuhi ciri-ciri dibawah, anda boleh ikut saya kesana..
- Perempuan
- Pernah tinggal di DS
[Tu jeeh..hehe]

[2]Dah jatuh cinta dengan usrah yang baru ni..Tak sabar nak tunggu minggu depan..Tapi kene bersiap sedia la..haha

< GiLer BlogginG >

82%How Addicted to Blogging Are You?

Los Angeles Singles from Mingle2

< Aku seorang Ibu >

Apabila terfikir balik kata-kata "akak dah kawin ke?", rasa macam orang tu tak betul jugak.Sungguhpun masih belum berkahwin,tapi telah punyai 7 orang anak[sama macam kuantiti anak ibu lebih kurang 5 tahun dulu].

Aku perlu/kene bertindak/berAkhlak seperti seorang ibu.Macam apa yang ibu buat..tu yang nampak macam MATANG lebih sikit[lebih sikit je,tak banyak].Yelah kan,orang lain menguruskan keperluan dan kehendak diri sendiri,tapi aku[ala..korang pun jugak] perlu menguruskan keperluan dan kehendak 7 orang anak dan diri sendiri.Ada duit tak, makan ok tak,sihat tak,study camne, sibuk-sibuk sangat-study ok ke, nape tak datang usrah lepas,nape tak pergi program,ada masalah pape ke,menjadi PENDENGAR YANG SETIA DAN SUPPORTIVE & BEST[ni yang paling suka], balik meeting jangan lambat-lambat sangat. Tapi instinct seorang ibu tu yang paling best, dia tengak je muka anak dia atau ragam anak dia, dia dah tahu 'Ada masalah anak aku ni'..

Kegiatan seorang ibu, mama dan ummi yang pernah aku rasa, bila merajuk mesti dipujuk..bila malam-malam,mesti ada storybook session[sempat buat masa katibah lepas..hehe].Pastu, paling best pergi shopping sesama tak kisah la kat mana,kat pasar ke,Jusco ke, janji tempat beli barang.Dia sanggup dengar kita bercerita,walaupun berjam-jam,walaupun takde pape hasil..

Anak-anak aku, 5 orang 19 tahun, sorang 20 tahun, sorang 22 tahun[tua setahun dari aku.??]. Semuanya perempuan dan masih single[ni memang betul pemikiran seorang ibu..haha].

Ya Allah kau bantulah aku
kau berikanlah aku kekuatan
berikanlah aku ketabahan
kurniakanlah aku kesabaran
untuk mengasuh dan mendidik mereka
menjadi hambaMu yang solehah
menjadi mujahidah yang setia berjuang di JalanMu
menjadi syuhada' yang tidak gentar mengeluarkan peluh bahkan darah
kau campakkanlah kasih sayang antara aku dan mereka
dan antara sesama mereka
kau ikatlah hati-hati kami untuk berjuang dijalanmu
agar disuatu hari nanti mereka bisa menjadi lebih baik dari diriku
agar suatu hari nanti pahalaku bisa mengalir dari mereka
agar suatu hari nanti doa anak yang solehah tak pernah putus dari mereka
Ya Allah kau perkenankanlah doa dan permintaanku ini


Tau tak sape mereka tu??