Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, April 26, 2007

< Life is all about making decision >

Hidup ini penuh dengan pilihan.
Kadang-kadang je saya suka bila diberi pilihan tapi biasanya saya benci diberi pilihan sebab tak suka untuk buat keputusan.Kenapa saya takut buat keputusan?Ehmm..Sebab saya takut saya akan menyesal dan kecewa dengan keputusan yang saya sendiri buat.

Bila time saya sukar nak membuat keputusan,saya suka membayangkan ada support decision machine kat sebelah.Inilah padahnya jadi budak AI,terlalu bergantung pada komputer..JANGAN JADI MACAM SAYA.Paling tak pun saya akan tanya semua orang yang ada disekitar saya time tu..Ok tak warna ni?Kalau akak,akak pilih ape?Kalau akak,akak buat apa?Dan banyak lagi soalan yang akan saya muntahkan sampai saya puas hati dengan pandangan orang lain untuk dijadikan keputusan saya.

Pernah sekali saya telefon ibu semata-mata nak minta ibu tolong buatkan keputusan untuk saya,samaada nak study(sebab esoknya ada final paper) atau pergi ziarah member.Masa tu langsung tak tahu nak pilih yang mana,dua-dua penting.Akhirnya ibu kata "Studylah dulu,nanti lepas exam ziarah la".Haha..akhirnya saya ikut keputusan ibu, serius memang tak menyesal lepas tu..Terukkan??

Sekarang ni kene buat keputusan lagi..TIDAK !!Untuk planning sem depan.Kalau terima tawaran ni,nanti akan ada kesukaran yang menjelma,kalau tak terima,akan ada lagi ke orang yang sudi memberi tawaran lain..huhuhu.Ya Allah,bantulah hambamu yang sangat dhaif ini..

Tapi bila saya telah buat keputusan,saya cukup tak suka bila ada yang mengungkit balik,JANGAN!!!.Sebab nanti ia akan membawa kepada bibit penyesalan..

-> Tak sabar nak tunggu paper last hari isnin..Lepas habis paper, ada meeting jap, pastu terus BALIK RUMAH.horee...Cuti yang paling lama untuk tahun ni, 5 hari insyaAllah.Tak sabar nak buat projek-projek ketika cuti, paling penting jumpa member-member yang ada kat johor.Kene rangka agenda-agenda cuti dengan segera! [macam meeting la pulak..] Lepas cuti, kembalilah menjadi Nazihah yang sebelum final exam..fuuhh.

Tuesday, April 24, 2007

< Tak Bisakah Aku Menjadi Diriku Sendiri >

Aku ingin katakan ' tidak'
Tapi akan adakah yang sudi mengatakan 'Ya'?
Aku tidak suka dipaksa
Jika aku tak mahu, aku memang tak mahu
Tapi jika aku tidak memaksa diriku,
Akan adakah yang sudi menggantikanku?
Aku tak suka menjadi orang yang tabah
Kerana orang yang tabah selalu disangka Sangat Tabah
Tapi akan adakah orang yang akan menjadi tabah dan memberi ketabahan?
Aku ingin melayan penat dan bosan ini
Tapi ada yang lebih penat dan lelah dariku
Aku ingin khabarkan pada dunia apa yang aku rasa
Tapi perlukah aku khabar yang kualami, agar terjawab semuanya?
Akan adakah yang sudi mendengar?
Akan adakah yang punya waktu?
Aku ingin penuhi apa yang aku ingini
Tapi berhakkah aku?
..Izinkanlah Aku Menjadi Diriku..

(23 April 2007, Isnin, 7 pm)

Friday, April 20, 2007

< Every Day Is Special >

Seorang adik saya baru mencipta hobinya yang baru, pergi interview.Selama tiga minggu ni, dia dah pergi 3 interview.Kebetulan semalam dia ada interview di Uniten,Kajang.Apa lagi,amiklah peluang jalan-jalan sambil mencari semangat baru..
Ingatkan dia datang bangi sorang-sorang,punyalah risau takut dia salah naik train ke, apa-apa jadi ke.Sekali dia call pagi tu,"Kitaorang kat tasik selatan ni".Kitaorang!!sangat confius time tu,rupa-rupanya ayah teman dia datang sini.Hmm penat je merisaukan diri.Apalagi,semangat pun makin bertambah la sebab ayah pun ada.YEYE SERONOKNYA.
Menunggu di tempat interview tu dari pukul 8.30 pagi sampai 2 petang.Fuhh lama tu.Tapi, bila duduk dengan ayah benda yang paling best bila dia dah start bercerita(Yeye ayah dah start cerita (^-^)).Dapat banyak news tentang Johor semalam(Nak BAlik!!).Cerita pasal Masjid yang dekat dengan rumah, dah mula beroperasi seperti masjid yang sebenarnya hasil dari air tangan PakCik dan MakCik di Johor.Masjid tu baru je buat game futsal dan badminton dan ayah cerita lagi tentang program-program cadangan untuk masjid yang tengah menanti keringat untuk diperah.Cerita pasal darul Ukhuwwah, 25 April nanti akan ada satu lagi majlis di Masjid,InsyaAllah.Cerita pasal member-member di UTM.Cerita pasal PakCik-PakCik di Johor(sikit-sikit).Cerita sikit pasal MakCik dan PakCik di Perak.Dan cerita yang paling diingati,cerita pasal JAGA MAKAN.
Ayah kata area-area subuh tu sepatutnya kita semua kene bersihkan usus(hehe).
Pastu,sarapan(7-9 am),lunch(12-2 pm),makan malam(before maghrib) dan jangan lompat-lompat waktu makan, takde BRANCH, takde LUNCH+TEA, nanti perut penat. Makan time 9-12 mlm akan rosakkan limpa, time 12-3 akan rosakkan usus..(Kempen Da'ie Sihat).
Lepas Maghrib ada diskusi buku "Bekalan Sepanjang Jalan Da'wah" by Mustafa Masyhur.Hmm, sahabat-sahabat dulu,mereka membaca Quran dengan hati(buat apa-apa pun memang kene dengan hati),bertadabbur, menghayatinya sepenuh jiwa dan mengamalkannya.Sangat suka mendengar perbincangan dan perkongsian orang-orang yang lebih tua, sebab kadang-kadang ia membuatkan kita lebih matang, lebih terbuka dan lebih serious sebab ada banyak benda yang mereka fikirkan yang kita tak terfikir.

-> Baru dapat ubat dari Dr M (a.k.a Malas) dan Dr HS(a.k.a HomeSick)

Thursday, April 19, 2007

< Ketua negara yang bisa uruskan rumahtangga >

"Nilah ayah dalam rumah ni"

Ayat ni terpancul keluar dari mulut sorang housemate taktala saya menghulurkan duit untuk mereka membeli barang-barang keperluan rumah di SuqqulLail ataupun Nightmarket a.k.a pasar malam.Yup, salah satu peranan seorang ayah merangkap seorang suami ialah memberi nafkah keperluan hidup.Hmm, not interested to talk about suami,hak dan peranan(cukuplah dah masuk jadi topik exam semalam,[Perkahwinan,keluarga dan masyarakat]).
I'm interested to talk about macammana Rasulullah dalam masa baginda menjadi ketua negara,dia masih lagi boleh menguruskan hal-hal rumahtangga.Dalam dia menyelesaikan ekonomi negera, merancang strategi peperangan,dia masih lagi boleh memerah susu untuk diminum.Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad..indahnya akhlak baginda.Kalau suami zaman sekarang(tak semua,segelintir je..hehe),sibuk bekerja tapi jarum dan benang isteri letak kat mana pun tak tau..
Dalam kesibukan yang besar itu,Rasulullah bisa menjahit pakaiannya yang koyak sendiri(teringat time belajar menjahit time MISI06 dulu ^-^).Bila pulang agak lewat malam,dia sanggup untuk tidur didepan pintu rumah,gara-gara tak mahu kejutkan isterinya yang sedang enak tidur.Agaknya kalau kita pulang rumah lambat dan kebetulan tertinggal kunci di rumah, nak ke kita tidur je depan pintu rumah, takpun tidur dalam kereta??(ehmm..).Setelah usai bertahajjud,baginda akan bertanya pada isterinya "Kita ada makanan tak untuk dimakan hari ni?".Seandainya dijawab tidak,Baginda akan berkata "Takpelah aku akan berpuasa hari ni".Bila dihidangkan makanan pada Rasulullah,dia takkan banyak cerita,makan je apa yang ada depan mata.Walaupun Baginda seorang PM negara,tapi dia menerima semuanya adanya..
Ini tak bila tak sedap sikit bising,kurang itulah,kurang inilah.Makan ja eh,jangan banyak cerita..
Mampukah kita menjadi seperti baginda?? Boleh!! dan teruskan usaha itu sehabis baik.Terus hayati sirahnya dan praktikkan dalam kehidupan.InsyaAllah..

-> Inilah hasilnya gara-gara membaca anis keluaran april..hehe


< Pabila otak memuntahkan isinya >

Alhamdulillah telah selesai paper yang ke dua.Tiba-tiba terlintas kata-kata dari pensyarah

" Saya peliklah tengok universiti student sekarang ni, macam nak tak nak je belajar.Bila suka datang kelas,tak suka tak datang.Saya dulu sangat seronok nak belajar"

Hmm,mana taknya pelajar universiti sekarang ni dah jadi mangsa pendidikan dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan termasuklah diri saya ni.Tu yang jadi bila time periksa barulah penuh library sampai takde tempat duduk, barulah nak pandang buku,kalau tak buku tu berabuklah memanjang.Alhamdulillah,saya tak termasuk dalam kategori ni..
Itulah yang jadi graduan sekarang ni tak kreatiflah, tak proaktiflah, asyik nak kene 'spoon feeding je'..Dah tu memang tak dididik macam tu,nak buat macammana.Walaupun ada la jugak segelintir yang tak macam tu.Terasa seolah-olah budaya mencari ilmu tu dah takde.Belajar sebab nak exam,kalau tak lulus tak boleh grad.Sepatutnya belajar sebab rasa ilmu tu sangat berharga.Itulah yang jadikan masyarakat kita tak tentu hala,masalah sosial memanjang.Mana taknya,belajar untuk periksa,bila dah habis periksa,hilanglah segala..belajar akhlak dan moral,tapi tak jugak berakhlak seperti manusia,binatang pun segan tengok perangai manusia sekarang ni.Mana salahnya?
Back to basic,itulah kepentingan pendidikan(tarbiyah).Pendidikan bukan sahaja di sekolah,bahkan pendidikan yang lebih berkesan apabila dirumah dan bila belajar bergurukan pengalaman.Mendidik bukan tugas guru sahaja ye,ia adalah tugas semua ahli masyarakat samaada anda seorang ayah,ibu,abang,kakak,adik,dll.Semua orang kene mainkan peranan.Itulah sebabnya masyarakat kita teruk,sebab sistem pendidikannya tak betul dan sangat perlu untuk diperbaiki lagi.


Tuesday, April 17, 2007

< People like tea bag >

People are like tea bag
You have to put them into a hot water
Then you will know how strong are their..
[Jumpa di bakery UKM untuk mengisi perut selepas memerah otak..]

Haraf Maaf jalan ke 'post baru' terpaksa ditutup beberapa ketika kerana ada lubang 'exam' dihadapan. Mungkin akan dibuka seketika jika pekerjanya rajin..

nazihah: Hari ni nak call tempat permohonan praktikal, InsyaAllah.Ya Allah, lancarkanlah segala urusan.

Friday, April 13, 2007

< Allahumma inni a'uzubika minnal 'ajli wal kasal >

Alhamdulillah, Dah lepas satu presentation projek, satu lagi ditangguhkan ke minggu depan..Sekarang?? Tengah menyerap kekuatan dari alam supaya membuang kemalasan dan menggantikannya dengan HAMASAH..
"Ada dalil yang menjelaskan bahawa seorang yang beriman kepada Allah itu seperti seorang buruh harian. Masa kerjanya selama benderangnya siang.Nah, seorang yang dipekerjakan di sawah mestinya tidak memakai baju yang bersih. Semestinya is bersabar selama masa kerja. Barulah ia bersihkan diri dan memakai pakaian yang terbaik. BARANGSIAPA YANG BERSANTAI-SANTAI DI SAAT BEKERJA AKAN MENYESAL DISAAT PEMBAGIAN UPAH, ia akan menanggung akibat atas kelambatannya diatas melunaskan pekerjaanya "
- Ibnu Jauzi-
Siapa bersantai saat bekerja,akan menyesal saat pembahagian upah
penawar lelah pengemban dakwah.

Thursday, April 12, 2007

< Exam dan Praktikal >

Ni jadual exam Nurnazihah:
16 April 2007 [Persekitaran Klien-Pelayan] 12.00 pm
18 April 2007 [Pengantar Sains Sosial] 3.30 pm
23 April 2007 [Perkomputeran Lembut] 12.00 pm
25 April 2007 [Metodologi Kejuruteraan Perisian] 12.00 pm
30 April 2007 [Perlombongan Data Dan pengetahuan] 12.00 pm
1 Mei 2007 [Ader kat JB..InsyaAllah]
Ya Allah,Kurniakanlah aku kekuatan, ketabahan, kegigihan dan kau permudahkanlah Ya Allah urusanku untuk final ni.Mohon dengan sangat Ya Allah..

Esok nak kene present 2 projek..ehmm(upps jangan mengeluh, terus berusaha chaiyok!!,berusaha dengan sehabis usaha..). Ya Allah, berilah kekuatan untuk menempuhi hari esok..

Fuhh..Sem depan kene buat praktikal, tapi tempat tak dapat lagi ni.Ramai gak member yang dah dapat tempat praktikal.Hari tu banyak minta di Selangor dan ada satu di Johor, tak pasti mana yang dapat, ikut rezeki dan ketentuan-Nya.Selagi tak dapat ni, kenalah berusaha dengan gigih untuk dapat tempat prakikal tu..Kalau boleh nak dapat praktikal di Selangor (specificly bangi-kalau bolehla..sebab takde kenderaanla nak pegi jauh-jauh-).Bukan tak nak praktikal di Johor, (siapa yang tak suka duduk kat hometown sendiri..) tapi ada agenda besar yang perlu di'run'kan di sini. Semuanya terpulanglah pada ketentuan dan ketetapanNya, aku hanya mampu berusaha yang sehabis baik.Ya Allah, kau tetapkanlah yang terbaik untukku..

< 21 Orang adik-beradik >

Ramainya adik-beradikku..(macam tak caye kan.).Pelik tapi benar.Di Johor ada 10 orang adik-beradik yang sama ibu dan sama ayah.Di selangor, ada 11 orang adik-beradik, semua perempuan, yang lain mak dan lain ayah (tapi duduk serumah) dan ade 7 orang yang kembar. 2 orang lahir tahun 1985, 5 orang lahir tahun 1984.Sorang akakku akan kahwin tahun ni, dia tgh buat persiapan sekarang.6 orang akan grad tahun ni..(Gud luck kakakku..)
Di Johor jadi anak sulung, ada masanya kene jadi garang..hehe.Selalu suruh buat tu, buat ni, selalu tanya 'tengah buat ape tu?' or 'Nak pergi mana tu?'..Tapi kat sini, jadi anak bongsu.So,biler nak pergi mana-mana je, akan ada orang yang tanya "Nak pergi mana tu dik?","Tengah buat aper tu dik?", "Dah belajar ke dik?".Bila malas boleh manja-manja gan akak-akak..hehe...
2 watak yang berbeza, tapi aku suka jadi dua-dua, ada kelebihan dan keseronokkannya yang tersendiri.Moga talian kekeluargaan ini akan terus kekal dan membawa ke Syurga.InsyaAllah..

Wednesday, April 11, 2007

< Mencari Ketabahan >

Ketabahan juga seperti iman, ada turun naiknya, tapi jangan sampai ia jadi seperti chipsmore yang kejap ada kejap takde..Kekadang terfikir, sebenarnya orang yang pura-pura tabah lebih tabah dari orang yang tabah, sebab mereka memberi ketabahan pada orang lain tapi dalam masa yang sama mereka juga mencari ketabahan untuk diri sendiri. Seandainya anda sedang mencari ketabahan,carilah ia secepat mungkin..jangan lama-lama sangat... semakin lama masa yang di ambil untuk recharge ketabahan, makin banyak kerja yang tergendala
(recharge dengan kerap tapi tak lama)..
Mari kita berkongsi Charger-charger ketabahan:
( bagaimana ye mencari ketabahan ??)
.:: Pergi ke tempat yang ada air (tasik, pantai or air terjun) ::.
.:: Menangis(walaupun tak menyelesaikan tapi ia melegakan) ::.
.:: Balik Rumah ::.
.:: Berkomunikasi dengan alam
(Serap ketabahan dari angin yang bertiup ) ::.
.:: Berkongsi dengan orang lain ::.
.:: Duplicate ketabahan orang time solat jemaah
(tu la pasal kene solat rapat-rapat) ::.

Monday, April 9, 2007

< Iman marilah bersamaku>

Wahai saudaraku yang mulia,perbaharuilah selalu imanmu dari waktu ke waktu. Pembaharuan ini sangat penting bagi setiap muslim umumnya dan para aktivis khususnya. Mengapa? Kerana seorang aktivis islam sangat mungkin disibukkan dengan amal dakwah, managemen pelbagai urusan dan kebutuhan, serta memikirkan semuanya.

Amal-amal diatas sangat mungkin menyita waktu sehingga tiada lagi waktu bagi amal hati serta perhatian yang seharusnya diberikan padanya.

Sungguh,seorang muslim berjalan menuju Allah dengan hatinya,bukan dengan anggota badannya. Kedudukan anggota badan dalam kebaikan tidak lain tidak bukan adalah reflaktor dari solehnya hati dan himmah(keinginan)nya untuk melakukan kebaikan itu.Tersitanya waktu ini tentunya dapat mengakibatkan taqshir(berkurangnya kualiti) sehingga berkuranglah sebahagian dari makna iman dari hati, keikhlasan kepada Allah,misalnya.Mungkin saja suatu masa,seorang aktivis akan mencari-cari keikhlasan yang pernah dimilikinya diawal iltizamnya.

Ada beberapa hal yang mungkin berkurang dari seorang aktivis dakwah antaranya; kejujuran, keyakinan, tawakkal, inabah, ketundukan, mahabbah, HAMMASAH dan KETABAHAN.Semua ini hadir sebagai buah dari sikap meremehkan amalan hati.Anda akan melihat ada aktivis yang terlalu banyak mengobrol tanpa urgensinya, ada yang terlalu banyak melakukan hal-hal yang lagho semisal banyak makan dan banyak bergaul tanpa ada maslahat diniyah, banyak tidur dan malas, tidak mengupayakan managemen waktu, serta membiarkanya berlalu tanpa ada faedah dan maslahat syar'iyyah.Walaupun ia bukan sesuatu yang haram atau makruh. Ini semua penyebabnya taqshir(kemalasan dan ketidakseriusan).

Perbaharuilah Imanmu,Penawar lelah pengemban dakwah,Dr Abdullah Azzam

< Dekat de Hati>


Sabtu lepas ada majlis makan-makan dirumah.Mula dengan ta'aruf;nama, asal, course, dan kenangan manis. KENANGAN MANIS yang PALING MANIS, menjadi Nurnazihah Muhammad Nassir(Sory kaq long kiter curi ayat kaq long) dan pabila KETABAHAN DAN KETENANGAN bertapak dijiwa..Rasa nak je jawab camtu, tapi tak berkesempatan sebab ayat-ayat tu terlintas di benak beberapa minit selepas diberi peluang bercakap(huhu ruginya).Dan malam tu diteruskan dengan katibah di surau an-nur,bertajuk "Activate your iman " by Ustaz Haris Bain.Satu rangkap kata-katanya yang terus menusuk ke kalbu :
Musibah itu pasti melanda selagi kita masih hidup,tapi ingatlah Allah Maha Tahu dan Maha Concern
Dia tidak akan biarkan kita sendirian.
Positiflah, bersabarlah dan berdoalah
Malam yang sangat gelap itu akan sirna
setelah mentari menyinar

Friday, April 6, 2007

< Pameran Da'wah >

Macammana boleh terbabit dalam pameran ni ye?
Asalnya ada beberapa akhawat yang menjadi ajk Minggu Da'wah
So apa lagi ambillah peluang..
Bila dapat peluang,rebut dengan tangkas,buat yang terbaik kemudian bertawakal.
Sangat gembira bila dapat buat promotion da'wah secara besar-besaran.




[Board di Booth JIM-KARISMA]


[Booth dari jauh]


[This is our card]

[GuestBook]


[Kita tak sendirian]

Akhukum ikhwanul Medani
Ya akhawati Maliziyun
(sebab masa tu semua akhawat kat booth kita kot)
'alaikum al-jahdu wa an-nashat fi bina'i ummah wa ad-da'wah
'alaikum wa'ie as-siyasi
ana ma'akum wa ana minkum
[Coretan dalam guest book by ikwah PKS]


[Berkemas]


[Angkatan K-UKM yang tabah]

Semoga Pameran Da'wah ini akan membuka jalan yang lebih luas bagi merealisasikan FIDAK 2015.Jazakumullah Khairan Kathira atas peluh dan keringat yang ditumpahkan,moga Allah membayarnya dengan Redha-Nya, Rahmat-Nya serta Taufik-Nya.Teruslah menjadi KHALIFAH YANG TABAH